Showing posts with label food. Show all posts
Showing posts with label food. Show all posts
Puding Roti Jagung
Posted in
Labels:
food
|
Bersempena kedatangan hari raya nanti kawe nak berkongsi idea dengan blogwalker sekalian. Mana tahu ada kegunaannya nanti
Bahan-Bahan
4 keping roti
2 sudu kecil mentega
2 sudu kecil tepung jagung
1 tin jagung berkrim
nanas dalam tin
5 sudu besar gula
2 cawan susu cair
1 biji telur
1 helai daun pandan
Cara Cara
• Campurkan gula dan tepung jagung di dalam sebuah mangkuk lalu masukkan susu cair. Gaul rata.
• Pecahkan telur dan ratakan lagi. Masukkan daun pandan.
• Sapukan mentega dengan rata ke atas acuan untuk membakar.
• Letakkan roti di atas acuan dan siramkan campuran susu cair ke atasnya.
• Kemudian sapukan jagung berkrim di atasnya. Lapiskan lagi roti.
• Ulang melapiskan roti dengan campuran susu cair dan jagung berkrim sehingga habis.
• Aturkan nanas di atasnya.
• Bakar di dalam ketuhar gelombang mikro selama 4-6 minit pada suhu sederhana.
P/S- thanks and credit to who create this recipe..aRMaNiZaN. Selamat mencuba

Chicken Chop
Posted in
Labels:
food
|
Bahan-bahan ( 2 orang )
*UNTUK DIPERAP*
•2 paha ayam (kalo suke, debone kan. kalo malas, biar je tulang nye)
•2 ulas bawang putih (cincang)
•1 cm halia (cincang)
•1/2 sudu teh serbuk lada hitam
•2 sudu besar sos cili
•1 sudu besar sos tomato
•1 sudu besar sos Lee & Perrins
•1 sudu besar kicap manis
•1 sudu besar kicap masin
•1 sudu besar sos tiram
•1 sudu besar madu
•garam secukup rasa
•*SOS BLACK PEPPER*
•1/2 botol sos lada hitam
•2-3 sudu besar sos tiram
•3-4 cendawan butang (cincang)
•1/2 biji bawang besar (cincang)
•garam/gula secukup rasa
Cara-cara
1.gaulkan ayam dengan bahan perapan dan biarkan semalaman. Cucuk-cucukkan ayam dengan garfu supaya bahan perapan dpt diserap dengan elok.
2.selepas diperap semalaman, sediakan non-stick pan untuk tujuan menggoreng ayam. Goreng dengan minyak yg sedikit saja dan tutupkan pan sehingga ayam dah separuh masak.
3.balik-balikkan ayam sehingga masak (tapi jgn terlalu masak agar ayam tetap juicy).
4.lebihan bahan perapan tadi boleh la dijadikan sos utk dituangkan ke atas ayam yg dah siap.
5.tapi kalo rase tak cukup je sos marinate tu, boleh sediakan sos black pepper nya spt yang tertera di atas.
6.caranya dengan memasak bahan2 sos black pepper selama satu minit dan adjust la kepekatannya dengan menambah sedikit air, garam dan gula secukup rasa. OK?
P/S- thanks and credit to who create this recipe..aRMaNiZaN. Selamat mencuba
Mee Goreng Thai
Posted in
Labels:
food
|
Bahan - bahan
1 kg Mee Thai Mah (Mee Chendol seakan-akan mee laksa tetapi pendek)
200gm isi ayam dipotong kecil
200gm udang sederhana (buang kulit)
Bahan Kisar
15 biji cili padi (dikisar halus)
4 ulas bawang putih (dikisar halus)
1 batang lobak dihiris halus
50 sen daun bawang (di potong 2")
30 sen daun kucai
3 kelopak kobis cina (Pek Chye) hiris
15 helai daun selasih
2 sudu makan kicap
2 sudu makan sos tiram
3 sudu makan sos ikan thai
garam & serbuk perasa secukupnya
sedikit air jika perlu
sedikit minyak untuk menumis
Cara-cara
•Panaskan minyak. Tumis bahan kisar hingga garing & masukkan isi ayam & udang.
•Setelah setengah masak, masukkan semua sos, garam & serbuk perasa dan kacau rata.
•Masukkan sayur & mee, sedikit air jika perlu dan gaul rata. Hidangkan semasa panas.
P/S- thanks and credit to who create this recipe..aRMaNiZaN. Selamat mencuba
Kuih Lompang
Posted in
Labels:
food
|
Sempena bulan Ramadhan ini, kawe menyeru diri kawe dan blogwalker sekalian agar kita sama-sama kita pertingkatkan ibadah kepada ALLAH S.W.T supaya kita madapat rahmat, keampunan dan dijauhkan dari api neraka. Kat bawah ni ada resipi untuk kakak yang nak tambat hati suami dan anak-anak. Cubalah.
Bahan-bahan
225g gula pasir
250ml air (untuk memasak gula)
1 helai daun pandan
300g tepung beras
2 1/2 sudu makan rata tepung sagu
250ml air
1/4 camcaT. garam
bahan pewarna (3 - 4 warna)
120g kelapa parut dibuang kulit
1 sudu kecil garam (digaul dengan kelapa)
Cara-cara
-Masak gula bersama air dan daun pandan di dalam sebuah periuk sehingga cair.
-Kacau tepung beras bersama tepung sagu, garam dan air di dalam sebuah mangkuk besar, sehingga sebati.
-Bahagikan adunan cair itu kepada 3 - 4 mangkuk dan titik bahan pewarna pada setiap adunan di mangkuk-mangkukdan kacau hingga rata.
-Panaskan beberapa acuan cawan teh Cina dahulu dan tuang adunan tepung ke dalamnya. -Kukus selama 20 minit.
P/S- thanks and credit to who create this recipe..aRMaNiZaN

Mee Bandung
Posted in
Labels:
food
|
Sempena bulan Ramadhan yang mulia ini, kawe ada sertakan resipi untuk akak suri rumah yang kebuntuan nak masak apa untuk suami tersayang, Cubalah Mee bandung ni. Selamat memasak dan menikmati nikmat berbuka...
Mee Bandung
Bahan-bahan (untuk 4 orang makan)
-Mee / Meehoon
-3 biji bawang merah (dihiris nipis)
-3 ulas bawang putih (dihiris nipis)
-2 keping tauhu (digoreng dan dipotong nipis)
-RM 2 udang kering
-1/2 kilo daging (dikisar halus bersama udang kering)
-1/4 botol sos tomato
-2 biji tomato
-RM1 sayur sawi (dipotong-potong)
-1 bekas kecil (bulat) cili giling - yang selalu didapati di pasar malam. Ikut -citarasa, jika suka pedas tambah lagi
-50 sen daun bawang (dimayang kecil-kecil
-2 camb tepung jagung (untuk melikatkan kuah - dibancuh dengan air dahulu agar tidak berketul-ketul)
-2 biji limau kasturi
-4 biji telur
-200g udang
Cara-cara
• Tumiskan bawang putih dan merah Apabila bawang kekuningan masuk cili dan kacau hingga cili masak.
• Masuk daging yang telah dikisar bersama udang kering tadi. Masukkan air secukupnya.
• Apabila daging telah empuk, masukkan udang dan tahuu goreng Masukkan tomato dan telur Masukkan air tepung jagung Kacau sekali sekala.
• Apabila sudah sebati dan masak masukkan sayur sawi Masukkan garam dan gula secukup rasa.
• Bihun/mee tidak dicampurkan sekali kerana cepat meresap kuah. Oleh itu, bihun/mee direbus seketika/dicelur
• Untuk menghidangkan tabur daun kedalam mangkuk berisi kuah bandung Sebelum memakan perah sedikit air limau kasturi kedalam hidangan ini mengurang atau melambatkan rasa mual. Kalau kuat masam boleh perah banyak.

Kway Teow Mikro
Posted in
Labels:
food
|
Bahan-Bahan
1 paket kway teow
250g isi ayam
1 sudu besar bawang putih kisar
1 sudu besar sos tiram
1 biji bawang besar (dihiris bulat)
2 batang cili dihiris
garam secukup rasa
½ sudu kecil serbuk lada putih
½ sudu kecil serbuk lada hitam
1 sudu besar kicap pekat manis
2 sudu besar kicap cair
2 sudu besar minyak
½ batang lobak merah dihiris panjang
1 batang cili merah dihiris sebagai hiasan
Cara Cara
• Letakkan minyak di bekas khas dan letakkan juga bawang putih dan isi ayam. Gaul hingga rata lalu masukkan ke dalam ketuhar gelombang mikro selama 6-9 minit pada suhu sederhana panas.
• Selepas itu, masukkan kway teow, sos tiram, kicap cair, garam, kicap manis, lada putih dan hitam dan lobak. Gaul lagi sehingga semuanya rata.
• Masukkan ke dalam ketuhar gelombang mikro selama 90-120 saat pada suhu sederhana panas.
P/S- thanks and credit to who create this recipe..aRMaNiZaN
Air Asam Perut @ Nyicoh Perut...
Posted in
Labels:
food
|
Bahan-bahan
1. 1/2 kg perut lembu direbus hingga lembut.
2. 3 biji buah tomato.
3. 5 biji bawang merah.
4. 1 inci halia.
5. 1/2 inci belacan.
6. 10 biji cili api.
7. Asam jawa.
8. Sedikit garam dan gula.
Cara Penyediaan
1. Bawang merah, halia dan cili api dihiris halus.
2. Campurkan bahan-bahan yang telah di hiris tadi dengan perut yang telah dihiris nipis.
3. Masukkan belacan, gula, garam dan perahkan air asam jawa.
4. Masukkan juga tomato yang telah dihiris nipis dan gaul hingga rata.

Nasi Paprik
Posted in
Labels:
food
|
Bahan-bahan
½ ekor ayam - dipotong kecil2
4 ulas bwg merah - ditumbuk
2 ulas bwg putih - ditumbuk
1 labu bwg besar - dimayang
2 btg serai - dititik
2 biji buah tomato - dipotong 4
5 biji cili padi (depends, kalau suka pedas boleh tambah lagi)- ditumbuk
2 biji limau kasturi - diambil jusnya
5 helai daun limau purut - carik-carikkan
bunga kobis, kacang buncis/panjang, karot dan jagung muda
sedikit sos tomato, sos cili, sos tiram dan kicap manis
bahan2 perasa.
Cara-cara
• Panaskan kuali. gorengkan ayam (agak2 sampai masak, jgn terlalu garing).
• Masukkan bawang merah, bwg putih dan cili yg ditumbuk, kacau sekejap.
• Masukkan sos tomato, sos cili, sos tiram dan kicap manis Biarkan mendidih sekejap dan masukkan pula sedikit air. masukkan serai, daun limau purut dan sayur-sayuran.
• Bila dah mendidih, masukkan bwg besar dan buah tomato. semasa menghidang, perahkan limau kasturi.

Asam Pedas Ikan Pari
Posted in
Labels:
food
|

Bahan-bahan
1600g ikan pari (dipotong enam)
1 tangkai bunga kantan (dipotong dua)
2 tangkai daun kesum
1 sudu teh garam
1 sudu teh gula
jus asam jawa (30g asam jawa dicampur dgn 1 liter air)
Tumbuk
6 batang lada merah
3 batang lada kering
1 sm kunyit hidup
1 sudu makan serai yg dihiris
4 hiris lengkuas
setengah biji bawang merah
6 biji bawang putih
1 sudu teh ketumbar
setengah sudu teh belacan
Cara-cara
•Panaskan minyak dan tumiskan bahan-bahan yg dikisar.
•Masukkan ikan pari dan masak sehingga kecut selama 2-3 minit.
•Masukkan bunga kantan yang dipotong dua serta daun kesum.
•Campurkan jus asam jawa dan biarkan hingga mendidih.
•Masukkan bahan-bahan perasa dan hidangkan bersama bunga kantan yang dihiris halus.
Grapes Best!!!
Posted in
Labels:
did u know,
food
|

Grapes.. speak about it make me drooling. I really like grapes. And i know all of you know what grapes taste. It really sweet and juicy. But did you know besides fill your stomach, grape good for your healthy. How??? How good are grapes?
• It detoxifies and cleanse the system encouraging weight loss
• It reduces the risk of coronary heart disease and cancer
• Grapes are the sources of vitamin A, B, B6 and folate
• It contains a compound called pterostilbene which reduces cholesterol and triglycerides
• Minerals like potassium, calcium, phosphorus, magnesium, iron and selenium are found in grapes
• Copper, manganese and zinc are also present in grapes
• It has fiber and proteins
Grape seeds healthier than the fruit
Grape seeds are powerful antioxidants which blocks premature aging and diseases by controlling free radicals. Some grape seed extracts are known to have 50 times the nutritional value of vitamin E and C. They also have anti viral, anti carcinogenic properties which ensure smooth blood circulation. Grape skins are nutritious too. They destroy cancer cells in the human body.
So, come on join me to supermarket and buy as many as grapes you can... Come on guys..aRMaNiZaN
Rendang Ayam
Posted in
Labels:
food
|

Bahan-bahan
1 ekor ayam (potong 12)
3 biji kelapa parut
1 helai daun kunyit
2 batang serai (titik)
sedikit garam
Tumbuk
15 biji cili kering
10 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
5 sm halia
8 sm lengkuas
20 biji lada hitam
20 biji cili padi
Cara-cara
•Masukkan bahan giling kedalam kuali bersama-sama 3 mangkuk pati santan, daun kunyit dan serai.
•Bila mendidih masukkan ayam dan garam. Masak hingga empuk ayamnya. Kemudian, makan!!
p/s- kawe masukkan resipi ni sebab lama rasanya tak makan rendang ayam..yum yummy
Mee Goreng Thai..
Posted in
Labels:
food
|

Bahan - bahan
1 kg Mee Thai Mah (Mee Chendol seakan-akan mee laksa tetapi pendek)
200gm isi ayam dipotong kecil
200gm udang sederhana (buang kulit)
Bahan Kisar
15 biji cili padi (dikisar halus)
4 ulas bawang putih (dikisar halus)
1 batang lobak dihiris halus
50 sen daun bawang (di potong 2")
30 sen daun kucai
3 kelopak kobis cina (Pek Chye) hiris
15 helai daun selasih
2 sudu makan kicap
2 sudu makan sos tiram
3 sudu makan sos ikan thai
garam & serbuk perasa secukupnya
sedikit air jika perlu
sedikit minyak untuk menumis
Cara-cara
• Panaskan minyak. Tumis bahan kisar hingga garing & masukkan isi ayam & udang.
• Setelah setengah masak, masukkan semua sos, garam & serbuk perasa dan kacau rata.
• Masukkan sayur & mee, sedikit air jika perlu dan gaul rata. Hidangkan semasa panas.
Mee Rebus!!!
Posted in
Labels:
food
|

Salam Ramadhan dan salam E'dulfitri. Kepada kakak-kakak suri rumah yang tak ada idea nak masak apa untuk berbuka atau jamuan raya, ambik resipi mee rebus ni. Sedap jugak.. selamat mencuba.
Bahan-bahan:
1 paket mee kuning - celur
Bahan sayuran:
50 sen Taugeh - celur
Sedikit daun sup - hiris nipis
Sedikit daun bawang - hiris nipis
Bawang goreng
4 keping tahu di goreng dan dihiris nipis.
5 biji Cili hijau - dihiris nipis
Limau nipis/limau kasturi - di belah dua
Telur rebus - belah dua
Bahan-bahan kuah:
Sedikit minyak untuk menumis
4 sudu cili kering yang di kisar
3 biji bawang merah - kisar
3 sudu lengkuas yang di kisar
4 batang serai dikisar halus
2 biji bawang putih - kisar
RM 3 udang kering - kisar - lagi banyak lagi sedap.
300gm udang hidup - direbus dan kisar halus
1 kg ubi keledek merah - direbus dan blender halus
3 sudu gula atau secukup rasa
garam secukup rasa
Sedikit ajinomoto
4 sudu sos tomato
Air - agak-agaklah
Cara memasak:
• Tumiskan bawang merah, bawang putih, lengkuas, serai, cili kering dan udang kering yang telah di kisar hingga naik minyak dan berbau wangi.
• Masukkan udang hidup yang dikisar dan air rebusannya sekali.
• Masukkan keledek yang telah dikisar dan tambahkan air secukupnya. bubuh garam, gula, aji,sos tomato.
• Biarkan mendidih dan siap untuk di hidang dan dimakan.....
Buah Tampoi @ Buah Ngeke..
Posted in
Labels:
food
|

Kali ini kawe nak bercerita tentang buah. Aa aa aa..bukan 'buah' tu tau. Tapi buah-buahan tempatan yang agak klasik dan semakin luput dari ingatan kita. Iaitu buah Tampoi atau belah negeri kawe dia panggil buah ngeke. Tujuan kawe post pasal buah ni sebab kawe perhatikan sekarang sudah kurang dijual. Bermakna ia sudah semakin pupus dan akan hilang kalau kita tidak menjaga kaum buah ini.
Pokok Tampoi ialah pokok buah-buahan subtingkat hutan hujan tropika yang kecil yang juga pokok asli di Asia Tenggara, khususnya di Borneo.Pokok Tampoi tergolong dalam spesies diesius, iaitu pokok ini hanya dapat menghasilkan sejenis gamet tunggal. Pokok betinanya menghasilkan buah terus pada batang dan cabang besar. Buahnya besar, dengan kulit yang berwarna jingga dan isi yang berwarna putih. Rasanya masam seolah-olah buah limau tangerin. Bergantung kepada keadaan, buahnya melitupi batang pokok dengan indah seperti dengan banyak spesies Fikus. Nama saintifiknya Baccaurea macrocarpa.

Buah Pokok Tampoi juga dikenali dengan nama buah larah di Hilir Perak. Banyak ditanam di Sungai Lui, Hulu Langat dan di Johol, Negeri Sembilan serta di Johor. Bagaimanapun, buah ini tidak begitu popular berbanding dengan durian, dokong atau rambutan. Banyak yang tidak pernah makan buah tampoi dan tidak tahu namanya.
P/S-Sumber dari (http://ms.wikipedia.org/wiki/Pokok_Tampoi)
Kuih Nekbat!!!
Posted in
Labels:
food
|
Sempena bulan puasa ni kawe upload satu jenis kuih yang sedap dan susah nak dicari di negeri selain pantai timur. Nama empunya badan kuih ini ialah Kuih Nekbat. Kuih nekbat merupakan sejenis kuih tradisional pembasuh mulut yang diperbuat daripada tepung beras dan telur, yang popular di Malaysia, terutama di Pantai Timur iaitu di Kelantan dan Terengganu. Kuih nekbat biasanya disediakan dalam dua fasa. Pada fasa pertama, adunan tepung dibakar dan dimasak sehingga gebu seperti buahulu tetapi tawar dan lebih keras. Apabila ia kembang dan bertukar kekuningan ia sedia untuk digunakan. Nekbat yang telah dimasak akan disimpan kering atau dijual kepada pelanggan yang akan menyediakannya sebelum dihidangkan. Nekbat kering ini tahan lebih lama dan boleh disimpan di dalam peti sejuk.
Pada fasa penyediaan akhir, nekbat ini akan disira dalam air gula yang dimasak dengan daun pandan dan cengkih bagi memberi bau wangi, dan dibiarkan jelira sebelum dihidangkan berkuah dengan air gula tersebut. Nekbat yang telah disira tidak boleh dibiarkan lama, kerana ia akan menjadi kembang dan hancur.
Istiah ini juga digunakan bagi menggelar mereka yang bertubuh gempal sebagai seperti nekbat kembang.-sumber dari (http://ms.wikipedia.org/wiki/Kuih_nekbat)
Budu.. Nyum nyum!!!
Posted in
Labels:
food
|

Mulut raso lecah make tak lalu
Gulai kunyit kuah semangkuk budu
Penyek lada pedas celur pucuk ubi kayu
Perah asam limau suap laju selalu
Budu budu jeliranya aku
Inilah bait pertama lagu dikir barat, "Budu" nyanyian Mat Glemour dan Jali Bunga Tanjung. Sebut saja budu ia membawa konotasi yang berbeza. Artikel atau posting kawe kali ni bersifat erotik sedikit kerana kawe nak perkatakan berkenaan makanan sampingan negeri asal kawe. BUDU. Budu, cukup sinonim dengan orang Kelantan. Ada yang menggemarinya dan ada yang benci padanya. Bukan nak mengata orang lain, ada juga anak jati Kelantan sendiri yang tidak menggemarinya. Mungkin disebabkan rasanya yang masin atau juga kerana budu adalah musuh utama kepada mereka yang alah kepada makanan laut kerana budu dibuat dari ikan bilis.
Sejarah budu bermula.......Entahlah, kawe pun tak tahu. Sejak kawe dilahirkan pada tanggal 7 Aprol 1984 dan start kawe ingat dalam umur 4 tahun, kawe dah meminati budu sehingga kini. Untuk mereka yang tidak kenal akan budu meh sini kawe terangkan serba sedikit tentang makanan terkenalini. Budu merupakan sejenis cecair yang berwarna coklat keperang-perangan. Budu ini terkenal di sebelah pantai timur terutamanya negeri Kelantan dan jugak Terengganu. Ia terkenal kerana ia adalah lambang jatidiri orang pantai timur especially Kelantan.
Budu ini dihasilkan dari ikan bilis dan beberapa rempah sulit berprofile tinggi dan tidak boleh didedahkan kepada umum rahsia pembuatannya. Hehe. Budu ini merupakan perancak atau penggalak semasa menikmati nasi. Sekiranya seseorang itu kurang selera makannya, nescaya budulah penawarnya. Ini terbukti pada diri kawe sendiri bilamana kawe tidak berselera makan nasi, maka budulah akan meningkatkan selera makan kawe ke tahap maximum.
Kaedah memakannya ada pelbagai cara bergantung kepada skill individu. Pertama, secara basicnya budu di makan dengan nasi. Di dalam sepinggan budu(kuantiti sederhana), akan dicampurkan sekeping hirisan asam limau nipis dan beberapa biji lada tek @ lada burung @ lada cekonet @ cili padi @ cili api. Namun, penemuan terbaru sekitar tahun 1980-an telah mengoptimumkan keupayaan budu ini. Iaitu di mana budu didapati lebih sedap dan membawa makna bila dicampur bersama hirisan limau nipis,cili padi(bahan asas) dengan bahan alternatif seperti ikan bakar tawar, mangga kecik (pauh ringan) dan seulas dua durian. Sememangnya campuran ke semua bahan-bahan ini akan menghasilkan rasa yang 'da boom' sekali. Dengan menyuap nasi, ulam-ulaman akan dicecah di dalam budu dan berselang-seli dengan lauk-lauk lain.
Cara yang kedua makan budu ialah ia juga boleh dijadikan pencecah kepada buah celagi putik (asam jawa), buah katak puru (buah nam nam, dan juga beberapa spesis buah-buahan yang seangkatan dengannya. Caranya ialah di dalam budu diletakkan cili padi, belacan dan gula pasir. Gaulkan, dan cecah. Sedap wooo.
Cara ketiga ialah cara yang kawe sendiri tak pernah cuba dan tidak digalakkan untuk anda mencubanya. Tapi kalau sapa yang sudi dan got ball, boleh cuba. Caranya ialah dicecah dengan roti. Yang ni saeng (rakan) kawe pernah buat masa kami study dekat UKM dulu. Dia kata sedap, kawe pun tak pasti betul atau tidak reaksinya atau dia tu tak betul.
Ini adalah gambar pose menarik budu yang telah melalui beberapa proses modifikasi yang dapat kawe tunjukkan buat references.

Di bawah ini juga adalah lagu dikir barat 'Budu'. Untuk maklumat tambahan dari sudut visual dan audio. Layan lah ye.....
Nasi Lauk Unta. .Nyum Nyum!!!
Biasa korang mesti pernah dengar Nasi Ambang kan? Halaa.. nasi yang dia taruk ayam sekor, pastu makan ramai-ramai tu. Nasi ni tak silap aku makanan tradisi orang Jawa. Nasi ini ini dimakan beramai-ramai dalam satu talam. tujuannya adalah untuk eratkan hubungan kekeluargaan sesama kita.
Ni lah gambar Nasi Ambang..

Haaa... tapi dekat satu tempat tu, ada lagi nasi yang boleh dikira macam Nasi Ambang gak lah, tapi ni lagi ganas. Nama dia aku tak tahu tapi memang power lah. Aku namakan nasi ini Nasi Super Duper Powerfull Camel!!

Wonderful Grapes..
Posted in
Labels:
food
|
Jus Carrot Susu (Kerek Susu)

Sebut je jus carrot susu semua orang pasti akan terbayangkan kesedapan menyedutnya terutama di saat hari panas. Tapi tak semua orang menggemari jus ini kerana baunya dan rasanya yang semacam. Bagi kawe, minuman ini termasuk dalam list my favourite drink. Apa yang kawe nak royak ialah bukanlah kesedapan jus ini tetapi kebaikan yang terkandung dalam jus ini.
Untuk menghasilkan jus carrot a.k.a lobak merah ini memerlukan lobak merah sebagai bahannya. Iye la, dah nama air carrot mestilah pakai lobak merah. tak kan nak pakai terung pulak kan? Untuk pengetahuan korang yang tak berapa tahu seperti kawe ni, lobak merah merupakan spesis sayur yang mempunyai banyak khasiat. Maknanya lobak merah bukan spesis serangga atau jugak spesis alga. Lobak merah mengandungi beta carotene, vitamin B dan C , alpha carotene, kalsium, dan potasium (menate hapa pun kawe tak tahu tapi itulah kandungan benda dalam lobak merah). Kesemua bahan-bahan ini adalah baik untuk menguatkan sistem pertahanan badan untuk melawan peyankit. Ia juga meningkatkan pertumbuhan sel-sel- baru dan membuang toksid dalam badan. Jus lobak merah juga baik untuk mata. Amalan meminum jus lobak merah ini mampu menghindari penyakit rabun.
Jus lobak merah jugak juga mampu baiki keadaan kulit kita. Lobak merah adalah amat berguna untuk mengurangkan masalah sakit jantung, diarrhea, dan juga mengatasi selsema iaitu dengan membentuk antibodi dalam badan. Oleh itu, amalan meminum jus lobak merah a.k.a carrot ini sesuai dijadikan amalan murni mulia budi bahasa harian kita. Betapa Allah S.W.T menyayangi hambanya di mana setiap benda yang diciptakan-Nya memberi manfaat kepada kita. Bersyukurlah dengan segala pemberian-Nya. Segaloa puji bgi Allah S.W.T Tuhan semesta alam. Alhamdulillah..
Resipi Jus Kerek Susu Untuk Korang
Bahan-bahan ( 1 gelas shj )
* 1 btg lobak merah
* 1 gelas air masak
* 2 sudu susu pekat
* Gula secukup rasa
* Beberapa ketul ais
Cara-cara
1. Basuh lobak & hiris. Blend dgn 1 gelas air & sedikit gula jika mahu.
2. Tapis ke dalam gelas. Masukkan susu pekat dan kacau.
3. Masukkan ketul ais. Dah sedia utk diminum.
Untuk lebih sedap, korang campurkan dengan kismis kisar. Selamat mencuba
P/S- resipi diambil dan terima kasih kepada http://www.myresipi.com/top/detail/3380.
Resipi Puding Cendol & Puding Lapis
Posted in
Labels:
food
|
Assalamua'laikum semua.. Sudah lama kawe tak update blog. 2,3 hari jugak kawe menyepi. Perkara ini disebabkan masalah masa dan kekangan bahan-bahan. Kawe duk termenung, kawe tengok label 'food' kawe hanya ada satu je post. So, kawe post la satu posting berkenaan resipi puding yang kawe ceduk dari emel kawe dan diletakkan under 'food' label. Harap-harap ada yang sudi mencuba resipi ini. Kawe pun tak try lagi. Nampak macam sedap. Nyum nyum!
Puding Cendol

Bahan-bahan
1/2 paket agar2 [20 gm]
3 gelas air
1 cawan gula
1 cawan susu cair
2 cawan cendul
1 cawan gula merah
Cara Memasak
1. Rebuskan agar dengan air sehingga mendideh..
2. Masukkan gula dan biarkan mendideh lagi. Tapiskan.
3. Bahagikan adunan pada 3 bahagian.
4. Bahagian 1/3 itu dipanaskan dan masukkan gula merah.
5. Kacau rata dn biarkan mendideh dan tapis.
6. Masukkan sedikit dalam acuan dan biarkan agak keras tetapi jangan ekras sangat nanti adunan tidak melekat.
7. 2 bahagian lagi dipanaskan dan masukkan susu cair dan cendul.
8. Kacau rata dan tuangkan perlahan2 atas adunan gula merah dan sejukkan.
9. Hidangkan.
Puding Lapis

Bahan-bahan
1 paket agar-agar [30 gram]
6 cawan air
250 gm gula
1 tin susu cair
pewarna merah,kuning dan hijau
Cara Memasak
1. Rebuskan agar-agar dengan air sehingga agar-agar hancur.
2. Masukkan gula dan masak sehingga mendideh.
3. Tapiskan dan masukkan susu cair.
4. Bahagikan agar-agar pada 3 mangkuk yg sama banyak.
5. Masukkan warna yg berlainan pada 3 mangkuk.
6. Tuangkan 1 bahagian [mangkuk] dalam acuan dan sejukkan.
7. Bila agar2 hampir beku tuangkan lagi 1 bahagian yg lain dengan perlahan [supaya warna tidak bercampur dengan warna yg lain] .
8. Lakukan sama dngan bahagian yg akhir.
9. Sejukkan dan hidangkan.
NOTA
sementara agar-agar beku, mangkuk agar2 yg lain diletakkan dalam loyang yg berisi air panas supaya agar2 dalam mangkuk itu tidak beku.
p/s_thanks to sapa-sapa yang buat resipi ini. kawe tak tahu resipi ni sapa punya property tapi kawe mitok halalkan ye. Untuk dikongsi bersama. thank U, arigato,to che

Subscribe to:
Posts (Atom)