Showing posts with label sport. Show all posts
Showing posts with label sport. Show all posts

Juara Liga Super 2011




Alhamdulillah. Tahniah.. Tahniah.. dan Tahniah diucapkan kepada The Red Warrior kerana telah berjaya merangkul kejuaraan Liga Super pada musim ini. Tahniah kepada semua pemain, pihak pengurusan dan kepada penyyokong setia yang sentiasa memberikan sokongan kepada pasukan ksayangan kita.

Biarpun perjalanan skuad Kelantan pada musim ini peluh liku dan ranjau, syukur kerana pasukan ini dapat mengharunginya. Biarpun kekecewaan tewas di tangan jiran kita Terengganu di final Piala FA, perasaan itu akhirnya dapat diubati dengan kejayaan yang bermakna ini.

Juga tahniah buat jiran kita Terengganu (negeri abg ipar kawe) kerana berada di tempat ke dua. Sekaligus membuktikan kuasa pantai timur sudah dilihat mendominasi industri bola sepak negara kita ini.

HArapan kawe agat The Red Warrior akan terus berjuang lagi di masa akan datang agar kejayaan ini mungkin dapat kita kecapi lagi. Juga kepada Terengganu, diharapkan menjadi saing (kawan) dan pesaing kepada Kelantan. Tahniah sekali lagi kepada ke dua pasukan. Tahniah...aRMaNiZaN


P/S- video thanks to tv1, sokernet.com, and you tube(EPLsoker)
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS
Read Comments

Barcelona Crowned 2011 European Champion League!!!

Last night match was really excited and worth watching. Congratulation to Barcelona for beat Manchester United 3-1..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS
Read Comments

Felda United 1-3 Kelantan



P/S- thanks and kredit to AstroArena (http://www.youtube.com/watch?v=XkpwZFJJ3b8)
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS
Read Comments

Kelantan Akan Bina Stadium Muat 40,000




KOTA BHARU, 18 Mei: Kerajaan negeri Kelantan akan membina sebuah stadium yang memuatkan 40,000 orang di samping ruang masjid di merata-rata bahagiannya di Bukt Merbau, Pasir Puteh.

Perkara ini diumumkan oleh Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Mat dalam satu kenyataan media yang dibacakan selepas Mesyuarat Exco kerajaan negeri hari ini.

"Saya ingin membuat pengumuman pada hari ini satu berita gembira buat rakyat Kelantan khususnya peminat-peminat sukan tanahair di mana Kerajaan Kelantan telah bersetuju untuk membina sebuah kompleks sukan bersekali dengan Bandar baru untuk kegunaan aktiviti sukan di negeri ini.

"Kompleks tersebut yang antaranya akan menempatkan sebuah stadium utama dengan kapasiti 40,000 tempat duduk bertempat di atas tanah milik kerajaan di Bukit Merbau, Pasir Puteh," kata beliau.

Katanya, kerajaan berhasrat agar stadium yang akan dibina ini turut memuatkan ruang masjid di merata-rata bahagian yang akan membolehkan penonton-penonton solat berjemaah dengan mudah di dalam stadium.

Ini bagi merealisasikan hasrat kerajaan negeri yang mahukan aktiviti sukan di negeri ini tidak berpisah dari roh Membangun Bersama Islam yang menjadi dasar pentadbiran kerajaan negeri.

Bagaimanapun rekabentuk secara terperinci terpulang kepada arkitek yang akan diberikan tanggungjawab ini nanti, katanya.

Menurut Nik Aziz, cadangan pembangunan stadium dan kompleks sukan ini terbuka kepada mana-mana pemaju menghantarkan cadangan atas dasar BOT iaitu bina, operasi dan pindah.

"Saya berharap dengan pembinaan kompleks sukan ini nanti, aktiviti sukan di negeri ini dapat berdaya maju dengan lebih baik ke arah membentuk masyarakat yang sihat jasmani dan rohani insya-Allah," katanya.

P/S- sumber thanks to Harakahdaily (http://bm.harakahdaily.net/index.php/headline/3346-kelantan-akan-bina-stadium-muat-40000-)
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS
Read Comments

Separuh Akhir Pertama PIALA FA 2011...

Separuh Akhir 1 PIALA FA 2011

Selangor 1-5 Kelantan


Tahniah Red Warrior!!!


Pahang 2-3 Terengganu

Tahniah Terengganu!!!


P/S- kredit and thanks to http://sokernet.com and Astro Arena
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS
Read Comments

Lionel Messi Score 2 Goals in 1 Shot!!!



P/S-video thanks to soccerguy253 (http://www.youtube.com/watch?v=kMSFkGYdooo&feature=player_embedded)..
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS
Read Comments

Malaysia... 2010 Suzuki Cup Winner!!!




Congratulations to Malaysia football squad for win 2010 Suzuki Cup against Indonesia (aggregate 4-2). Both team played well but luck had sided with Malaysia. Congratulations. I am proud of you all guys.

Tahniah kawe ucapkan kepada skuad negara kita kerana telah menjuarai Piala Suzuki 2010 ini. Inilah saat yang dinanti-nantikan oleh keseluruhan rakyat Malaysia. Kejayaan yang amat manis ini benar-benar melekat di kerongkong kawe kemanisannya. Biarpun bermacam kontroversi dan provokasi yang dikeluarkan oleh pihak lawan, Alhamdulillah, pemain kita tidak melatah dan paling penting mereka tidak tertekan biarpun bermain di tempat lawan. Ini yang membuatkan kawe benar-benar kagum pada skuad kebangsaan kita.

Paling syok, penjaga gol kita (Khairul Fahmi Che Mat-penjaga gol Red Warrior) telah banyak menjadi penyelamat gawang Malaysia dari dibolosi oleh pihak lawan. Tahniah kepada Khairul Fahmi Che Mat kerana penampilan pertama beliau mewakili negara dalam kejohanan kali ini amat membanggakan kawe dan negeri Kelantan.

Harapan kawe, momentum yang ditunjukkan skuad kebangsaan ini akan kekal 5, 6 tahun lagi agar zaman kegemilangan bola sepak negara akan kembali seperti zaman Allayarham Mokhtar Dahari dahulu...aRMaNiZaN.

Winner of 2010 Suzuki Cup


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS
Read Comments

Red Warrior Juara Piala Malaysia 2010!!!








ALHAMDULILLAH!!
Tahniah. Diucapkan kepada pemain skuad RED WARRIOR kerana telah berjaya merangkul gelaran juara Piala Malaysia tahun ini. Biarpun kecewa pada tahun lepas, skuad Kelantan pimpinan ketua jurulatih B Sathianathan akhirnya berjaya menamakan kemarau dan menempa sejarah bagi negeri Kelantan.




Biarpun pada babak pertama perlawanan Kelantan dilihat agak 'slow' namun kawe teringat kata-kata keramat yang kawe selalu sebut kepada Ma kawe kalau kawe malas study dekat-dekat exam. Ayat 'hero tak gaduh' (hero tak rush) akhirnya terbukti malam tadi. Pada babak kedua Red Warrior benar-benar mengamuk dan akhirnya tandukan Hairudin dan jaringan Piya, serta kesungguhan keseluruhan skuad Kelantan telah berjaya menebus kekecewaan mereka tahun lepas.

Apa-pun, mewakili diri kawe berasa amat bangga dan terharu dengan kejayaan yang dilakar oleh pasukan kita malam tadi. Tahniah dari kawe kepada skuad Red Warrior di atas persembahan yang hebat malam tadi. Tahniah kepada team jurulath, kepada penyokong Red Warrior dan penyokong yang sanggup datang dari Kelatan, yang berada di rumah serta juga kepada penyokong Hoben Jang Homen yang menunjukkan semangat kesukanan yang tinggi malam tadi. Tahniah kepada rakyat Kelantan serta juga kepada RTM 1 sebab siarkan siaran langsung (semale kawe tak gi tengok sebab kawe demam).



Harapan kawe, tahun depan ada rezeki Kelantan akan menjulang lagi piala yang berpresij ini. GOMO KELATE GOMO!!! KEKOH BIAR DAROH BELECER!!!


Gol Final Piala Malaysia 2010 (Kelantan 2 VS Negeri Sembilan 1)







p/s- video thanks to http://liga-m.sokernet.com and foto thanks to Kelate.Net
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS
Read Comments

Piala Malaysia 2010 - Selamat Berjuang Red Warriors!!!



Malam ini adalah malam yang kawe nantikan. Malam ini ialah final Piala Malaysia 2010. Apa yang kawe nak royak ialah kawe ingin ucapkan selamat berjuang buat Red Warriors. Harapan kawe malam ini mereka pulang dengan kejayaan. Harapan kawe jugak, kepada para penyokong, jagalah disiplin dan tunjukkan kita bukanlah seganas yang mereka fikirkan. Apa-apa pun, GUD LUCK my RED WARRIORS!!!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS
Read Comments

Lagenda Dunia Jersi 10!!!

Bersempana habisnya World Cup 2010 ini, kawe ingin berkongsi sedikit berkenaan lagenda-lagenda dan lagenda dalam pembikinan dunia bola sepak ini. Apa yang menarik ialah semua lagenda yang sememangnya memiliki skill yang tinggi ini menyarungkan jersi bernombor 10! Yang paling syok mereka adalah player yang kawe minat kecuali Pele je kawe kurang minat. Kui kui kui.. Sebab nama dia lucah daaaa.. Yang terpaling kawe minat ialah Roberto Baggio yang sememangnya terbestest!!








  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS
Read Comments

Well Done New World Cup 2010 Champion!!!



Congratulation to Spain for their victory. They are great team. Walau kawe adalah penyokong setia Argentina dan Belanda, kawe tetap ucapkan tahniah kepada pasukan Sepanyol ini. Persembahan yang mereka sajikan pada final Piala Dunia 2010 ini adalah antara yang terbaik!!!
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS
Read Comments

Perlawanan Akhir Piala Dunia Edisi 2010...




Piala Dunia edisi 2010 akan sudah sampai kepada penghujungnya. Pertembunngan di antara Belanda dan Sepanyol melabuhkan tirai edisi pada kali ini. Perlawanan demi perlawanan telah kita saksikan pada kejohanan kali ini. Pertama sekali kawe ucapkan tahniah kepada tuan rumah, Afrika Selatan di atas komitmen dan kesungguhan dalam penganjuran kali ini. Biarpun berlaku sedikit masalah pada acara pembukaan mereka dapat mengatasinya dengan baik dan Afrika Selatan patut mendapat pujian.

Banyak pasukan gergasi yang tersingkir awal seperti Perancis dan juara tahun 2006, Itali turut tersingkir awal. Manakala Brazil, England dan Argentina turut mendapat nasib yang sama. Kejohanan Piala Dunia edisi 2010 ini telah memberikan kepuasan dan kejutan demi kejutan kepada peminat bola sepak seluruh dunia. Apa yang diharapkan, final kali ini semestinya yang dinanti-nantikan oleh peminat bolasepak seluruh dunia. Selamat berjuang kepada kedua-dua finalis dari kawe dan harapan kawe agar pasukan Belanda akan menjulang piala dunia kali ini. Sekian...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS
Read Comments

Juara Piala Malaysia 2009..

Tahniah diucapkan kepada pasukan Negeri Sembilan kerana telah menjuarai Piala Malaysia. Biarpun permainan malam itu dicemari oleh kenakalan penyokong2 Kelantan ia adalah perkara biasa dan tidak perlu dijadikan cerita utama sangat. Sama seperti pemain Kelantan yang dibaling mercun semasa bermain di Perlis, itu lagi merbahaya kerana jarak mercun meletup hanyalah satu kaki sahaja dari kepala. Bayangkan kalau terkena mata?

Permainan malam itu adalah yang terhebat aku saksikan kerana banyak pemain Kelantan melambung diterjah dan aku puji semangat dan kekentalan 'Pahlawan Merah' yang tidak bertindak agresif walau diterjah berkali-kali. Tahniah..

Para penyokong pula, seharusnya tidak melakukan aksi yang boleh memalukan negeri kita. Namun, aku tidak mempersalahkan penyokong setia 'Pahlawan Merah' kerana mereka pun kecewa kerana mereka sanggup datang dari Kelantan, berhujan dan bersesak serta diejek di dalam stadium semata-mata mahu meberi sokongan kepada pasukan kesayangan mereka. Cuma saluran melepaskan kekecewaan mereka sahaja tidak betul. Mereka tidak sepatutnya membakar stadium. Bayangkan jikalau berlakunya kebakaran besar malam itu, pasti akan merbahayakan nyawa. Apa-pun penyokong Kelantan sememangnya penyokong yang sanggup berkorban demi pasukan mereka dan berjaya membuktikan kita ore Kelate bersatu hati. Tahniah!!

Kesabaran, dan keprofesionalan pemain Kelantan adalah sesuatu yang boleh dipuji. Walau Kelantan tidak membawa pulang Piala Malaysia, Kelantan tetap yang terbaik dan Kelantan sudah melakukan yang terbaik pada malam itu. Aku yakin, tahun depan Red Warrior akan lebih garang dan gedebe lagi.. OLek-olek Sek Kito.. Gomo Kelate Gomo..
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS
Read Comments

Malam Penentu PM 09!!

Tonight is most waiting night to all Malaysian especially for Kelantan and Negeri Sembilan people. Why? Because tonight is a night of result of who will be titled as Malaysia Cup 2009 winner. So, tonight.. Stadium Bukit Jalil will be shaken by almost 85,000 Kelantan and Negeri Sembilan football fans. So, tonight.. together we wait and see who's the winner..

Malam ini adalah malam yang dinantikan oleh semua rakyat Malaysia terutama rakyat Kelantan dan Negeri Sembilan.. Malam ini juga adalah penentu segalanya untuk menyaksikan siapa yang bakal menjulang Piala Malaysia tahun ini (2009). Milik Kelantan atau Negeri Sembilan.. Jawapannya adalah malam ini. Dengan jumlah tiket yang terjual hampir 85,000 lebih bakal menyaksikan Staduim Bukit Jalil akan digegarkan dengan sorakan dan laungan dari penyokong. Diharapkan permainan malam ini adalah yang terbersih dan mendebarkan dalam sejarah bolasepak Malaysia dan diharapkan tiada ensiden yang tidak diingini berlaku.


Gambar ihsan dari-http://www.bharian.com.my

Kehangatan dan kemeriahan sudah dapat dirasai oleh kedua-dua penyokong Kelantan dan Negeri Sembilan..


Gambar ihsan dari-http://www.bharian.com.my
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS
Read Comments

Congratulations Red Warrior!!!



Congratulate!! To my state football team. They finally step in final match this 7th November against Negeri Sembilan. Both this giant team will show their power this SAturday on Stadium Bukit Jalil. Yeahhhhh.........

Tahniah Diucapkan kepada skuad Kijang Red Warrior kerana telah berjaya melangkah ke final Piala Malaysia 2009 ini. Berbekalkan kemenangan di tempat sendiri kelantan bangkit menewaskan Perlis 3-1. Biarpun permainan dikuasai Perlis tetapi Kelantan membuktikan mereka sebuah pasukan yang hebat dan akhirnya berjaya memberikan kegembiraan kepada para penyokong. Biarpun dicemari insiden pemain dibom dan penyokong diserang di luar stadium, tidak manjadi penghalang untuk skuad Red Warrior ini menggegarkan Stadium Bukit Jalil 7 November ini. Ini adalah satu pengorbanan yang berbaloi dari pemain dan penyokong yang seolah-olah bersabung nyawa mengharumkan nama KElantan. TAHNIAh sekali lagi..



MAri ramai-ramai kita pakat saksikan final Piala Malaysia 2009 diantara Kelantan VS Negeri Sembilam. Sama-sama kita meriahkan stadium dengan sorakan dan menghayati perlawanan yang sengit ini dalam suasana yang harmoni tanpa sebarang insiden nanti yang tidak sepatutnya... Jumpa di sana......
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS
Read Comments