Sek Men Kemumin Dalam Ingatan...

Sekolah Men. Keb Kemumin adalah tempat aku meyambung perjuangan aku dalam menjadi seorang manusia. Aku masuk ke sekolah ini pada tahun 1997 di tingkatan 1B. Apa yang specialnya sekolah ini ialah semua adik beradik aku dari kakak aku yang sulung, kakak aku no2, aku dan adik aku yang bongsu semua menuntut ilmu disini. Biarpun sudah 8 tahun aku meninggalkan sekolah ini, namun aku masih mengingati jasa guru-guru yang masih lagi ada di sana.
Kebetulan hari tu adik aku ada menunjukkan gambar terbaru sekolah Kemumin dan aku lihat gur0guru yang pernah mengajar aku masih ada lagi. Mereka seperti Ustaz Ghafar (mengajar Pend. Islam), Pn Sabariah (BM), En Zainuddin Sains), En Wan Din (KH),Pn Hjh Norazlini(Matematik), Ustah Norizan (Pend. Islam), Ph Hashimah (Geog, En Othman (Matematik dgn PJ),Pn Salmi (Pend Seni). Mungkin ada yang aku terlupa sebut kerana nama-nama ini lah yang ada dalam simpanan adik aku.

Kepada cikgu-cikgu yang mengenali saya dan pernah mengajar saya, saya Mohd Arman Arifin memohon maaf dan ampun kepada semua guru kerana saya banyak membuat salah dan silap sepanjang menjadi pelajar di sana. Saya tahu, saya banyak membuat salah dan meminta dihalalkan segala ilmu yang diperturunkan kepada saya. Terima kasih cikgu....

Gambar2 yang aku pow dari simpanan adikku



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS
Read Comments

Pantai Sabak Dalam Memori...

Pantai sabak merupakan sebuah pantai yang terletak 18Km dari Kota Bharu. Pantai Sabak menjadi terkenal kerana pada tanggal 08.12.194, tentera Jepun telah melakukan pendaratan yang pertamanya dalam misi 'Asia Untuk Asia'nya. Kedatangan tentera Jepun seramai 5600 orang dibawah pimpinan General Takumi ini menjadi titik permulaan kepada kemasukan ribuan lagi tentera negara matahari terbit itu ke Tanah Melayu. Kedatangan tentera Jepun menandakan kelemahan kuasa British di Tanah Melayu dan menjadi suntikan semangat yang mendorong penduduk Tanah Melayu bangun berjuang menentang penjajahan.


Pantai Sabak dikenali pada suatu masa dulu kerana menjalankan kegiatan perikanan secara tradisional. Nelayan-nelayan disini pada masa dahulu ke laut dengan menaiki bot-bot kecil dan menggunakan enjin yang berkuasa rendah.

Uniknya, seingat aku nelayan di Pantai Sabak ini berbanding nelayan di tempat lain ialah mereka mewarnakan dan mengecat perahu mereka dengan ukiran-ukiran yang menarik dan menamakan perahu mereka dengan pelbagai ragam nama. Biasanya, nelayan di Pantai Sabak akan turun selepas subih atau kadang-kadang sebelum subuh lagi ke laut. Bila petang, isteri-isteri dan anak-anak kecil akan menunggu kepulangan mereka. Jikalau hari itu ribut, semua pasti akan berada dalam kerisauan mengenangkan nyawa nelayan di laut yang sedang bertarung dengan bahaya.
Bila sampai sahaja, ikan-ikan yang ditangkap akan diusung terlebih dahulu ke pantai dan dikerumuni oleh peraih atau pembeli. Kemudian, perahu-perahu nelayan Pantai Sabak akan ditarik naik ke pantai dan dilapik dengan galang (kayu yang berbentuk bulat, perahu bergolek di atasnya). Kemudian buluh diikat pada atas perahu dan ditolak beramai-ramai. Waktu itu, suasana cukup hingar bingar tetapi ianya menyeronokkan dan sungguh noslagic. Waktu aku kecil, aku selalu menyibuk semasa orang-orang dewasa menolak perahu. Jika tidak ke laut (hari Jumaat), nelayan Pantai Sabak akan beramai-ramai duduk di atas wakaf dan menjahit pukat sambil berborak-borak. Pada masa itu aku selalulah jugak mengikuti arwak abah aku menjahit pukat.




Tapi semua itu sudah manjadi kenangan yang sudah tidak dapat dilalui lagi. Pantai Sabak yang dahulunya antara tercantik di Kelantan sudah tiada lagi. Ianya sudah berbatubatu dimamah ombak. Kini yang tinggal hanyalah pantai yang sudah ditambak dengan batu. Sekarang, perahu tidak lagi ditarik ke pantai tetapi diparking di dalam tali air buatan manusia. Tiada lagi pantai untuk kanak-kanak bermain, menangkap ketam atau mandi manda. Semua kawan-kawan arwah abah aku juga sudah ramai yang menghadap Ilahi. Hilang dimuka bumi Sabak seumpana Pantai Sabak dimamah ombak. Semua ini adalah ketentuan dari Allah S.W.T dan diterima dengan hari yang redha dan bersyukur kerana Pantai Sabak masih lagi dikenali dan diingati.

Pun begitu, walau apa jua keadaan geografi dan fizikalnya, Pantai Sabak tetap menjadi kampung halaman yang aku sentiasa ingati dan rindui. Bagi sesiapa yang ada memiliki gambar-gambar lama Pantai Sabak, sila email kan di armanizan@gmail.com agar dapat diuploadkan di sini untu kenangan dan tatapan bersama.


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS
Read Comments

HaPPy BiRtHdaY mY FiaNcE..

Dalam Blog kami ini, aku ingin mengucapkan selamat menyambut hari ulang tahun kelahiran kepada tunang yang aku kasihi. Selamat Hari Jadi Sayangku.. Abg doakan Ayg panjang umur dan murah rezeki selalu.. Moga kita akan berbahagia dan berkekalan dengan hubungan kita dirahmati Allah S.W.T..
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS
Read Comments

Selamat Menempuh Peperiksaan. Exam Battle!!


Today is a day of battle for my ex-student because today they need to face thier this year 'biggest enemy'. So, I hope they will survive, pass this exam and will get great result. Gud Luck my student...
Selamat menempuh peperiksaan diucapkan kepada semua pelajar yang akan menghadapi peperiksaan PMR hari ini (7.10.09). Aku doakan kepada mereka yang terlibat agar buat dengan terbaik. Malam tadi, seorang pelajar aku (Mat Cat) telefon minta aku doakan mereka dapat menjawab peperiksaan dengan baik. Cikgu doakan agar kamu semua dapat menjawab dengan baik dan betul. Cikgu doakan semua ex-student 2UKM dulu dapat menghabiskan 'peperangan' mereka ini dan memperolehi result yang gempak punye...
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS
Read Comments

Aidilfitri Yang Mengembirakan...

Hari RAya Aidlfitri 2009 adalah hari raya yang paling memenatkan dan paling sibuk. Namun, tahun adalah paling gembira kerana aku sempat berbuka puasa di rumah bersama keluarga. Tahun ni aku balik malam 19hb iaitu dua hari sebelum raya. Maka, sempatlah aku beraya berbuka puasa bersama keluarga. Seronok.. kerana tahun lepas (2008) aku tidak dapat merasai kenikmatan berbuka bersama keluarga kerana bas yang aku naik pagi hari sebelum raya telah rosak di sebuah kampung dekat Kuala Krai. Aku terpaksa naik teksi ke bandar Machang dan naik teksi lagi sekali ke Kota Bharu dan naik kereta lagi sekali nak balik ke rumah. Dekat jam 10.30 malam raya aku sampai rumah. Itu tahun lepas punye cerita la.. Tahun ni Alhamdulillah, syuku pada ALLAH S.W.T kerana aku dapat jugak samapai awal,..

Dedicated pic from my son of fruit

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS
Read Comments

A New House..

Finally, after one year struggle in tiny room (make my brain also become tiny), i already move to new house which shared with other two my friends. So, now i can live peacefully and have added more space in my brain. Ha ha.
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS
Read Comments

Happy Calebrating Hari Raya 2009!!


Salam Lebaran Kepada Semua Umat Islam Yang Berpuasa di Bulan Ramadhan dan Layak Menyambut Hari Raya... Wish Happy Hari Raya To All Muslimin Muslimat Who Fasting During Ramadhan....
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS
Read Comments

Buang Ibu Di Aidilfitri

Ni ada satu berita menarik yang aku ambil dari http://www.hmetro.com.my (myMetro) bertarikh 16 September 2009. Apa aku nak ialah kita sama-sama berkongsi cerita ini dan merenungnya....



Oleh Mary Victoria Dass
maryvictoria@hmetro.com.my

JOHOR BAHRU: Sekeras-keras batu, keras lagi hati seorang anak lelaki yang tergamak memecut kereta meninggalkan ibunya. Lebih memilukan, dia tergamak membiarkan wanita tua itu berlari mengejarnya kira-kira 20 meter kerana mahu mengikut si anak pulang menyambut Aidilfitri di rumah. Namun, apalah kudrat seorang wanita berusia 70-an, apatah lagi terpaksa menggendong bungkusan baju dalam kain batik, untuk mengejar kereta anaknya berusia 40-an yang semakin jauh meninggalkannya. Ia bukan babak menyayat hati dalam drama televisyen, tetapi realiti hidup ditempuhi seorang penghuni rumah jagaan warga emas dan psikatri di Jalan Denai 1, Kempas di sini, yang begitu mengharapkan untuk pulang menyambut hari raya bersama anak dan cucunya di Masai, dekat sini.
Kisah sedih pada pertengahan Ramadan itu diceritakan Pengasas Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor, Norijah Bidin kepada wartawan Harian Metro, semalam. Menurut Norijah, beliau masih mengingati detik cukup menyentuh perasaan itu, apatah lagi kakitangan rumah jagaan berkenaan terpaksa memujuk warga emas uzur terbabit supaya bersabar dan wanita tua itu hanya mampu menangis mengenangkan nasibnya ditinggalkan anak sendiri. Katanya, kejadian bermula apabila lelaki berkenaan datang menziarahi ibunya di rumah penjagaan itu bagi memaklumkan dia tidak dapat dibawa pulang pada hari raya kali ini kerana tiada sesiapa menjaganya.

“Kami menyangka dia ingin membawa ibunya pulang bagi menyambut Aidilfitri kerana sudah dua tahun wanita berkenaan beraya di sini,” katanya ketika ditemui. Menurutnya, terlalu seronok dengan kunjungan anak lelakinya, wanita tua terbabit terus menyalin pakaian dan bersiap untuk mengikut pulang ke rumah keluarganya di Masai. “Kami melihat wanita itu bersungguh-sungguh membungkus pakaiannya ke dalam kain batik kerana mahu pulang ke rumah anaknya,” katanya.

Menurut Norijah, tanpa disangka-sangka, ketika si ibu sedang sibuk berkemas, lelaki berkenaan beredar dari situ secara senyap-senyap tanpa memaklumkan sesiapa. “Menyedari anak lelakinya mahu beredar, wanita itu panik dan mengejar kereta anaknya yang mula meninggalkan kawasan rumah kebajikan. “Wanita tua itu berlari kira-kira 20 meter untuk mengejar kereta berkenaan, tetapi anaknya tetap meninggalkannya. “Si ibu yang terkilan dengan perbuatan anaknya bukan saja mengalami masalah kesihatan, malah kemurungan selama beberapa hari kerana hampa tidak dapat pulang beraya di rumah,” katanya.

Norijah yang bertugas sebagai jururawat di Hospital Permai di sini, berkata daripada 11 warga emas yang mendapatkan perlindungan di pusat jagaan berkenaan, segelintir masih mempunyai ahli keluarga termasuk anak. Menurutnya, lebih mengecewakan, waris warga emas berkenaan yang juga bekas pesakit psikiatri tidak datang menjenguk mereka menjelang 1 Syawal yang bakal tiba.

“Ia mengakibatkan warga emas itu menyambut Aidilfitri bersama penghuni lain di pusat jagaan ini walaupun mereka merindui suasana beraya dengan keluarga di kampung. “Sempena Aidilfitri kali ini, kami amat berharap jika anak warga emas mahupun waris penghuni di sini, datanglah berkunjung bagi menggembirakan mereka. Kalau bukan selalu, setahun sekalipun cukuplah,” katanya.

Baru-baru ini, pusat jagaan berkenaan menerima kunjungan lebih 20 ahli Persatuan Usahawan Wanita Bumiputera Malaysia (Usahanita) Negeri Johor di sini. Pengerusi Usahanita, Datuk Rokiah Omar, tampil menyampaikan sumbangan pakaian, wang dan barangan keperluan harian kepada penghuni rumah kebajikan itu bertujuan memeriahkan sambutan Aidilfitri mereka. Rokiah berkata, pihaknya akan berusaha membantu rumah kebajikan berkenaan yang turut berdepan masalah kekurangan kemudahan.

“Kami akan berusaha bagi mendapatkan van selain kemudahan kerusi roda bagi warga emas yang uzur supaya memudahkan mereka bergerak,” katanya.
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS
Read Comments