Banjir di Kelantan..2009

Dalam keghairahan menyambut A'iduladha yang bakal menjelang pada 10 Zulhijjah 140 @ 27-11-2009 nanti jangan kita lupa dengan keadaan banjir yang melanda di beberapa negeri di Perak, Pahang, Terengganu, Kedah dan juga Kelantan. Sebagai anak jati tulen baka Kelantan, aku turut simpati dan terasa bagaimana susahnya bila berlaku banjir.

Sewaktu aku kecik-kecik dulu aku dah melalui semuanya yang berkaitan dengan banjir. Pernah aku alami rumah aku dipukul ombak, angin kuat, rumah ditenggelami banjir malah aku pernah lemas sewaktu banjir dan Alhamdulillah, Allah S.W.T masih memberi aku ruang berjalan di muka bumi ini. Syukur..

Berbalik kepada banjir di Kelantan, setakat ini sudah 3,272 mangsa banjir dipindahkan. Ini menunjukkan banjir semakin teruk melanda negeri aku yang tercinta ini. Apa yang ingin aku coretkan di sini ialah agar semasa banjir ini semua mangsa hendaklah berada dalam keadaan berjaga-jaga dan tidak panik. Pastikan anak-anak tidak dibiarkan bermain air banjir. Nak main jugak, kena main dalam kawasan rumah dan dipantau oleh orang dewasa yang boleh diharapkan.

Aku juga berharap semua orang yang kena banjir ini bersabar dan sama-sama kita berdoa kepada Allah S.W.T yang Maha Berkuasa agar banjir di negeri Kelantan dan negeri-negeri lain akan berakhir dengan cepat tanpa trgedi yang tidak diingini berlaku. Insya-Allah.. kita sama-sama berdoa..




  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS
Read Comments

0 Response to "Banjir di Kelantan..2009"