Lawak Minggu Ini...

Salam sahabat semua.. Lama rasanya kawe tak update blog ni. Almaklumlah. Kesihatan tak mengizinkan. Sekarang kawe dah ok. Syukur Alhamdulillah.. Kawe akan terus memblog selagi ada kudrat. Papai....



Ada Sisa Makanan,Encik?

Seorang pengemis pergi ke sebuah warung dan bertanya,"Ada sisa makanan,Encik?"
Tuan warung pun menjawab,"Tidak ada." Pengemis pun mengeluh "Iya laa nasibku......"lalu pergi. Besoknya, pengemis itu ke warung lagi dan bertanya,"Ada sisa makanan,Encik?" Tuan warung sekali lagi menjawab,"Tidak ada." Pengemis pun mengeluh lalu beredar pergi. Besoknya lagi,pengemis itu ke warung tanpa jemu dan bertanya,"Ada sisa makanan, Encik?" Tuan warung pun menjawab, "Saya sudah cakap dua kali,saya tidak ada sisa makanan untuk diberi pada awak. Semuanya habis dijual! Jika kamu tanya lagi, akan saya paku kaki kamu ke lantai." lalu pengemis itu pun pergi. Besoknya pengemis itu datang lagi ke warung dan bertanya,"Ada
Paku?" - "Tidak ada." jawab Tuan Warung. Dan pengemis itu bertanya lagi,"Ada sisa makanan, Encik?

Guru Dan Murid

Guru : Budin, di mana letak Australia ?
Budin : Di sini, cikgu! ( sambil menunjuk peta )
Guru : Bagus! Sekarang Abu, siapa yang menemukan Australia?
Abu : Budin, Cikgu

Anak Dan Bapa

Dodo pulang dari sekolah bercerita pada bapanya yang tidak pernah bersekolah.
"Bapak..tadi saya dimarahi cikgu!"
"Kamu buat silap apa, Dodo?"
"Tadi saya tak dapat menjawab pertanyaan cikgu."
"Apa yang ditanya cikgu?"
"Cikgu tanya..dimana letaknya Washington.."
"Bodohnya kamu! Lain kali kalau kamu sudah meletakkan sesuatu benda, jangan lupa kat mana tempatnya!"

P/S- thanks and credit to who create this story..aRMaNiZaN
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS
Read Comments

Kway Teow Mikro




Bahan-Bahan

1 paket kway teow
250g isi ayam
1 sudu besar bawang putih kisar
1 sudu besar sos tiram
1 biji bawang besar (dihiris bulat)
2 batang cili dihiris
garam secukup rasa
½ sudu kecil serbuk lada putih
½ sudu kecil serbuk lada hitam
1 sudu besar kicap pekat manis
2 sudu besar kicap cair
2 sudu besar minyak
½ batang lobak merah dihiris panjang
1 batang cili merah dihiris sebagai hiasan

Cara Cara

• Letakkan minyak di bekas khas dan letakkan juga bawang putih dan isi ayam. Gaul hingga rata lalu masukkan ke dalam ketuhar gelombang mikro selama 6-9 minit pada suhu sederhana panas.
• Selepas itu, masukkan kway teow, sos tiram, kicap cair, garam, kicap manis, lada putih dan hitam dan lobak. Gaul lagi sehingga semuanya rata.
• Masukkan ke dalam ketuhar gelombang mikro selama 90-120 saat pada suhu sederhana panas.

P/S- thanks and credit to who create this recipe..aRMaNiZaN
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS
Read Comments