My Exhausting Last Day



Today is a last day of 2009 year. And today is also my exhausting last day. Why? Because this morning I had overslept and made me arrived very damn late at work. At 8.40 a.m, our company panel's clinic call me need me to bring my worker for medical test and after 2 hours, I return to my office. But after that, one of my worker get asthma and one more time I went to same clinic to see his condition. After that, go to worker hostel for routine daily examination. And now, at 11.02 a.m I'm at my office and finally can start my computer and make name list of employee who will move to new hostel soon. Fuh.. Really exhausting and hardcore day.. I don't know what waiting for me after 12 p.m today.. Yohohoho..yohohoho.


Fuh, hari ini adalah hari terakhir bagi tahun 2009. Hari ini jugalah hari paling sibuk bagi aku dan juga company tempat aku kerja ini. Yelah, pagi-pagi kena bawak pekerja pergi buat x-ray, kemudian ada pulak sakit semput. Lepas tu pergi asrama pekerja buat pemeriksaan dan sekarang ada masa buat senarai nama untuk siapa yang bakal duduk di asrama baru. Lepas tu, kena pulak jadi receptionist. Ha ha. Sebab semua staff kena pergi production plant sebab hari ini ada stock take. So, hanya jabatan aku, iaitu HR Department je yang ada. Ni baru pukul 11 pagi. Tak tahulah apa yang bakal mengunjung tiba lepas rehat nanti. Beginilah kerja aku. Susah nak dijangka apa masalah akan datang. Tapi syok ooo.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS
Read Comments

Selamat Jalan 2009

2009 adalah tahun suka suka bagi aku. Bermula dengan keceriaan, dan diikuti dengan kesedihan. keceriaan, kesedihan dan pelbagai lagi. Tahun ini sahaja aku telah kehilangan orang yang disayangi dan orang yang dikenali. Mereka ialah nenek tersayang, sepupu aku (arwah Abe Yan), kawan arwah Abah aku (arwah Pokyie)dan juga sahabat baik kepada tunangku (arwah kak Dila). Pemergian mereka memberikan maksud dan amaran dari Yang Maha Pencipta akan bagaimana kesudahan perjalanan hidup kita umat manusia. Aku mendoakan agar mereka ditempatkan di kalangan hamba Allah S.W.T yang soleh dan dosa-dosa mereka diampunkan. Al-Fatihah.

Perjalanan 2009 ada juga yang menyeronokkan dan mengembirakan. Paling mengembirakan ialah majlis pertunangan rasmiku yang gilang gemilang. Ada kelakarnya pasal majlis pertunangan aku ni. Iaitu, mula-mula rombongan aku bajet akan datang seramai 45 orang jer. Tapi, alih-alih yang datang dekat 90 orang lebih. Kelam-kabut jugak keluarga belah tunang aku. He he, macam-macam ragam dan reaksi dari mereka bila lihat gerombolan kami. Apa pun, terima kasih kepada Ma aku, Along, Abe Long, Kak Ja, Adik Ct, Ayah Pie, Nadia, Fahmi dan semua kerabatku yang pergi hari tu. Dan banyak terima kasih buat Ayg, Ma Ayg, Ayah Ayg, adik-beradik dia dan belah kerabatnya kerana sudi menerima kunjungan kami pada hari yang bersejarah itu.

Pasal aku pulak, tak ada apa-apa perubahan. Ada pun, pasal baju dan seluar yang semakin ketat dan juga pasal nak mengadapi hari-hari yang mendatang. Harapan akunya, tahun 2010 nanti adalah tahun rezeki. Rezeki yang akan mengubah hidup aku selamanya...

Sebagai penutup, aku nak bawak korang jenjalang pegi Abu Dhabi.. Syok wooo.. jum ah..














  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS
Read Comments

Together Prevent Pollution Come Recycling

Just think where is our leftover going? I mean, not food leftover but our old handphone, our old pc, c keyboard even our our children's play. Trust me, after you threw them, most all of you didn't know what happend to them. So, here i want to show you all where hey go and what is going on to them and I really hope we all(also me) support recycling. Adiossss..

Kita tidak pasti ke manakah barangan lama kita dibuang. Oleh itu, aku ada upload gambor yang diemailkan kepada aku bagaimana sisa buangan dari telepon bimbit lama, keyboard pc, dan mainan anak-anak kita diuruskan (kalau tak silap aku, tempat ni kat negara China). Oleh itu, aku harap korang semua termasuk aku,sama-samalah kita sokong kitar semula.












  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS
Read Comments

SELAMAT TAHUN BARU..


Walau sudah terlewat satu hari, aku rasa sempat lagi untu aku mangucapkan SELAMAT TAHUN BARU HIJRAH 1431. Semoga tahun baru ini rezeki kita semua bertambah, amalan kita kepada Allah S.W.T bertambah dan jangan lupa tanggungjawab kita kepada Islam, kepada ibu bapa, kepada diri kita dan negara kita dan sama-sama menghayai maksud hijrah yang sebenar. SELAMAT TAHUN BARU SEMUA...
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS
Read Comments

My Hometown.My Village..

It almost two months I didn't back to my hometown. For me, two months are really long, long time. I really miss my Mum, my younger sis, my nephew and all of my friends there. I hope all of them in good mood and waiting foe my return. Maybe this Chinese New Year holiday I've been there. I miss my favourite view..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS
Read Comments

Pertandingan Dikir Barat FEStKUM (MAKUM) 2009



Pada 10-12-2009 yang lepas telah diadakan pertandingan dikir barat antara IPT di Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi. Pada pertandingan kali ini menyaksikan pasukan-pasukan yang berentap lebih ramai berbanding dari yang tahun sudahnya. Malah, apa yang istimewa, pertandingan yang diadakan di UKM ini adalah pertama kali dianjurkan oleh UKM di samping acara-acara kebudayaan yang lain.

Dalam pertandingan kali ini UKM, selaku juara bertahan sekali lagi berjaya mengekalkan kejuaraannya pada tahun ini. Dengan memenangi kategori juara terbaik dan busana terbaik menjanjikan kejuaraan buat mereka.

Selaku alumni dan juga generasi ke-2 Kelab Dikir Barat Tunas Warisan Artisukma UKM, kawe mengucapkan tahniah dan setinggi-tinggi kebangaan yang tidak terhingga kawe kepada Tunas Warisan kerana berjaya memenangi pertandingan dikir barat MAKUM kali ini. Bagi kita pelajar universiti, kejuaraan yang diperolehi ini adalah yang tertinggi dari mana-mana pertandingan lain dan Tunas Warisan layak memenanginya. Biarpun pertandingan kali ini disertai oleh pasukan-pasukan lain yang kuat, nampaknya Tunas Warisan masih lagi dapat survive dalam ‘peperangan’ ini dan mencapai kejayaan.

Walaupun sedikit kecewa kerana pada malam pertandingan kawe tidak dapat hadir, kawe tetap dapat rasakan kehangatan persembahan yang dibuat Tunas Warisan dan kawe sentiasa doakan agar kejayaan yang dikecapi oleh Tunas akan bertunas sampai bila-bila.

Tahniah sekali lagi dari kawe alumni Tunas Warisan (2004-2008) kepada Tunas Warisan, tahniah kepada Pusat Kebudayaan UKM kerana menjuarai keseluruhan FEStKUM dan TAHNIAH juga buat Universiti Kebangsaan Malaysia..
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS
Read Comments

My Anime Week Time..

This whole two weeks I already miss many of my favourite anime episode like Bleach, One Piece, Dragon Ball Kai, and Naruto Shippuden (all Japan anime). So, today I use my diamond time to download and watch all of them full day. Ha ha

Sudah lama rasanya aku tak bermanja, gosok-gosok, sentuh, usap-usap dan belek-belek blog aku ini. Puncanya, aku tersibuk sikit dan menyebabkan aku tak berpeluang untuk duduk dalam office. Masuk office pun sekejap, terus keluar. One Piece, Bleach, Naruto Shippuden, dan Dragon Ball Kai (anime yang aku dok layan sekarang) pun tak sempat nak download. ‘ Internet free’ kat rumah pun tak boleh pakai sebab laptop aku ada problem pulak.

Mujurlah, hari ini, Sabtu 18 Zulhijjah1430 (5 Disember 09) aku berkesempatan mendownload semua episod anime yang aku miss tu. Balik keje jam 1 p.m nanti, aku nak makan nasi ayam dekat seksyen 6 Kota Damansara, lepas tu nak layan anime puas-puas.

One piece kisah Luffy yang kelakar, Bleach kisah shinigami yang hebat berlawan, Naruto pulak kisah friendship yang kuat dan Dragon Ball Kai, diupgradekan warnanya jadi lebih menarik. Memang puas hatilah layan, walaupun aku ni dah tua, tapi jiwa kana-kanak loooo..




  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS
Read Comments