Cuci Sarang Labah-labah

Assalamualaikum semua...

Salam blogwalking
Dah lama kawe tak update blog.. Semenjak ada baby ni, kerjanya duk main dengan baby jer.. apa pun Insya-ALLAH kawe akan start jadi blogger semula. hidup rasa bosan kalau tak tekan-tekan keyboard ni.

Life kawe semenjak ni agak kucar bara (tak balance) sikit. Dugaan demi dugaan datang melanda, merobek dan meromen kawe. Tetapi, Alhamdulillah, ALLAH S.W.T Maha Pengasih.. Hidup kawe kira start new dawn sekarang.  Kira kawe nak start episod baru.  Espisod lama yang bernanah itu akan dilupakan.

Apa pun, semoga kawe akan terus mengupdat blog yang dah berabuk ini dan menjadi penyumbang kepada masyarakat. At least kawe laksanakan tanggungjawab seorang Islam dan sama-sama dapat saling mengingati diri dan rakan-rakan semua.  Sama-sama juga kita perbaiki diri dan persiapkan diri berjumpa ALLAH S.W.T nanti. Ibadat kawe, hidup kawe, dan mati kawe hanya untuk ALLAH S.W.T...Amin..

p/s- hero kawe yang semakin hari semakin aktif.. Alhamdulillah. mOga Amir jadi pejuang agama ALLAH S.W.T, bukannya penari gangnam style.. Insya-ALLAH..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS
Read Comments

Parlimen Malaysia Bubar 3/4/2013



Tanggal 3/4/2013 tarikh keramat bila mana PM Malaysia mengumumkan pembubaran parlimen. Berita ini adalah sesuatu yang amat ditunggu-tunggu oleh rakyat Malaysia. Sekian lama mereka menunggu untuk mengundi akhirnya akan tercapai di dalam masa 60 hari dari tarikh pembubaran parlimen ini. Bagi kawe secara peribadi, berita ini adalah berita gembira yang ditunggu-tunggu.

Inilah masanya kawe rasa, bukan hanya kawe seorang tetapi semua orang bercita-cita untuk memangkah calon pilihan mereka. Bagi kawe, masa inilah untuk memilih pemimpin yang adil dan mampu membela nasib rakyat. Pemimpin yang diharapkan adalah yang taat kepada ALLAh dan Rasulullah dan mampu membawa perubahan di kawasan yang diwakili mereka.

Bukan perubahan pembangunan fizikal sahaja, tetapi pembangunan rohani dan akhlak yang merupakan asas terpenting yang sudah pun hilang di dalam jiwa rakyat kita. Betul tak? Paling penting dan kawe doakan, pilihanraya yang akan dijalankan adalah yang Bersih dan adil. Kawe harap tidak akan ada insiden yang membawa kepada mekudaratan. Pergaduhan, khianat, atau mensabotaj pihak lawan tidak sepatutnya berlaku.

Hayatilah amalan demokrasi agar tidak kita melakukan perkara yang bodoh. Apa pun, kawe ucapkan selamat berkempen dengan bersih dan selamat mengundi kepada seluruh warganegara Malaysia yang sah. yang ic tipu, PATI, atau pengundi hantu anda adalah tidak dialu-alukan. Dapat, mampus lah kamu. Bai bai..
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS
Read Comments