nEW LuBuk aNiME kePaDa pEMiNaT aNiMe!!!


Kepada sesiapa yang meminati anime dari Jepun seperti One Piece, Bleach, Naruto dan macam2 lagi layarilah laman web ini. http://www.gogoanime.com. Memang puas hati kerana korang boleh download direct dengan free of charges (tiada cas tersembunyi). Lagi satu, terdapat beratus-ratus anime series dan juga tambahan anime movie. So, aku cadangkan kepada kaki anime yang suka kumpul anime macam aku layarilah web ni. Dia punya anime pun selalu up to date. Tapi nak download korang kena guna cara yang agak ganjil, misteri, ganas, rakus, gelojoh, ghairah, dan merbahaya cket. Boleh mendatangkan kecederaan kekal kepada komposisi tulang belikat serebrum korang. Apa pun kalau nak tahu aku akan ajar. Adiosss cerempett..
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS
Read Comments

Pakcik Penjual Tisu

Baru-baru ni aku ada la pergi ke sebuah restoran manjamu selera dengan tunang aku. Waktu tu dalam pukul 8 malam lah lebih kurang. Dekat Kota Damansara. Kami makan Mee Celup siam. Memang best aku cakap ngko. Susah nak cari rasa mee berkuah macam tu dekat Selangor ni. Tengah makan-makan tu, adalah dating seorang pakcik dia dengan anak dia jual tisu. Dari jauh aku duk usha-usha tengok. Kesian jugak kat mereka. Ye lah, kita semua makan sedap-sedap tapi mereka terpaksa menahan malu dari meja ke meja menjual tisu. Aku tengok ada jugak yang beli, ada jugak yang tak beli. Sampai turn aku, aku beli lah semampu aku bagi. Sehinggalah turn ada satu pasangan abang dengan kakak tu, Melayu, Islam (Sebab bini dia pakai tudung, tu yang aku anggap dia ISlam). Aku pun duk perhati lah tengok. Masa pakcik yang tangan dia tak sempurna dengan anak dia menjual tisu hampiri pasangan abang dan kakak tu, pasangan tu buat-buat tak tahu jer. Pakcik tu dengan anak dia berdiri tepi meja abang dan kakak tu tapi mereka buat tak endah sahaja. Siap pasanagan abang dan kakak bertuah tu buat pesanan dekat pelayan dengan membiarkan pakcik jual tisu dengan anaknya terus berdiri tanpa cakap ‘tak nak’ ke, ‘tak mahu’ ke. Aku rasa terkilan dan sedih kerana pasanagan abang dan kakak tu sanggup buat macam tu. Mungkin bagi mereka berdua dan pelanggan lain dalam restoran tu perkara ini tak ada apa-apa dan tidak payah ambil pusing sangat tetapi bagi aku, cukup meyedihkan kerana ia melibatkan soal kemanusiaan. Perkara yang sudah pupus sekarang ini.

Mereka (pakcik jual tisu) dilayan seolah-olah tiada harga, seolah-olah satu entiti yang tidak wujud walhal mereka berdiri di tepi meja dan menghadap pasangan tu. Aku andaikan diri aku berada di tempat pakcik tu. Betapa malu, terhinanya bila orang buat-buat tak layan. Aku tengok pakcik tu dengan anak dia terus keluar dari kedai dengan muka yang sedih dan sayu. Aku tertanya-tanya, adakah pekerjaan mereka itu hina? Adakah mereka membuat satu kesalah? Tidak, mereka hanya mencari rezeki demi mendapatkan sesuap nasi. Sepatutnya pasangan itu beli lah dengan niat bersedekah kerana aku yakin RM1 pun sudah mampu menggembirakan hati pakcik penjual tisu itu. Hendak kata pasangan tu xada duit mereka mampu makan di restoran. Datang pun naik kereta besar berbanding aku naik moto sahaja.

Aku terfikir mungkin pasangan itu ingat mereka sudah senang tidak perlu membantu orang yang susah. Atau mungkin pasangan bertuah itu tidak pernah merasai hidup melarat menyebabkan hati mereka keras dan tidak memiliki perasaan belas kasihan sesame manusia, sesame bangsa, sesame agama. Aku dapat rasakan ini adalah salah satu spesis manusia disamping ribuan lagi yang mementingkan diri sendiri. Mereka menganggap kesusahan seseorang itu bukan hal mereka. Ataupun mereka sombong kerana memiliki kesenangan dan tidak memandang golongan susah. Mungkin juga mereka malu kerana dihampiri oleh orang susah. Aku harap manusia macam ni patut pupus agar tidak member kesan negative kepada manusia lain.

Sepatutnya sebagai manusia yang lemah, kita harus bersyukur diberikan kekayaan dan dengan kekayaan kita perolehi, bantulah insane yang susah. Manusia kena ingat siapakah yang memberikan mereka rezeki? Harta yang mereka ada itu adalah hak siapa yang sebenarnya? Semuanya adalah hak ALLAH S.W.T. Kekayaan yang diberikan adalah dari Allah untuk kita pegang dan memberikan kepada yang benar-benar memerlukan.

Bagi aku, pakcik penjual tisu tu mencari rezeki yang halal dan dia tidak mengambil hak orang lain. Kerjanya lebih berguna dari perompak, pencuri, peragut dan lebih mulia martabatnya dari penyayi-penyayi, artis-artis yang melalak di atas pentas macam anjing dan terlompat-lompat macam monyet.
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS
Read Comments

Sejarah Dikir Barat Aku..

Sejarah dikir barat dalam hidup aku ni bermula masa umur aku kira-kira dalam 4 atau 5 tahun. Seingat-ingat aku lah. Waktu itu dekat kampong aku diadakan satu perlawanan dikir barat di antara kampong aku lawan dengan kampong mana aku pun lupa daaa. Waktu itu kampong aku ialah Kg Sabak yang sebelum dimakan hakisan lagi. Yang mana sekarang Kg Sabak yang asal sudah 3 hingga 4 km ke dalam laut. Dimakan hakisan. Pada malam dikir barat itu seingat aku lah Allahyarham Aripin Ana ada. Tukan karut aku lupa sebab dah lama dah. Masa tu tengah top lagu ‘Negeri Kelantan Darul Naim’. Lirik dia pun aku ingat-ingat lupa dah. Masa tu, aku tidak minat dengan dikir barat. Sekadar tengok jer. Lagipun malam tu aku jadi patrolmen.

Time tu aku ngan pak sedara aku (Ayah Pie & Ayah Wan) jadi jaga parking moto tepi rumah nenek aku. Aku ingat lagi malam tu berbekalkan lampu suluh, aku buat patrol jaga moto sambil dengar dikir barat. Rasanya kena bayar show malam tu. Tu cerita 22 tahun dulu lah. Itulah first dikir barat yang aku tengok. Lepas tu aku hanya dengar melalui radio sahaja. Time tu mana ada pertandingan dalam TV mcam skang ni.

Kemudian masa aku darjah 3 atau 4 aku tengok dekat sekolah. Time tu tok jogho dia Lee (Ramli Raja Laut). Tapi time tu aku tak terlibat sebab aku kurang minat lagi dikir barat. Minat aku time tu cenderung kepada sukan. Hal-hal kebudayaan ni aku kurang amek pot sangat.

Bila naik sekolah menengah aku lebih gilakan sukan. Aku lebih aktif dalam olahraga dan bola tampar. Masuk form dua aku lebih berminat kepada hal-hal persatuan kerana aku telah mengalami 2 kejadian pahit lepe dalam sukan. Time main bola sepak ngan lompat jauh. Terjadi perkara yang memberikan aku kemaluan yang sangat besar. PAda masa aktif persatuan, Aku banyak gak pegang jawatan time ni. Aku start jadi pengawas time middle school masa form 2 lah. Aku dapat anugerah Pengawas Pelatih Terbaik 1998. Aku dapat tewaskan senior-senior dari form 3. 4 dan 5.

Haa.. masa aku form 3 lah aku start minat dikir barat. Time tu sekolah nak adakan persembahan sempena Hari Guru. Kebiasaannya kalau ada acara aku ni terlibat dalam bahagian belakang tabir. Aku uruskan pentas dan aturcara. Start mula majlis, pasang lagu dan macam-macam lagi. Tapi tahun tu atas permintaan ramai kau kena terlibat on stage. Maka terpaksalah aku fikirkan apa persembahan yang hendak aku dan badan pengawas buat. Last-last kami pun buatlah dikir barat. Lagu time tu tangah top lago ‘Oh carol’. Member aku Peja yang nyayi. Aku jadi awok-awok je sbb aku memang tak pandai nynyi. Alat muzik time tu pandai main gong jer. Posh posh posh

Kemudian pada form 4, 5 aku kurang minat ngan dikir. Aku lebih kepada persaruan dan time tu aku sibuk kerana pegang banyak jawatan macam Pengerusi Silat Terlak IV, pengerusi Pengurusan Surau, Biro Disiplin Pengawas, Penolong Rumah Sukan, Pengerusi Bahasa Melayu dan beberapa jawatan yang aku pun dah lupa.

Form 6 lower dan 6 upper, aku langsung tak terlibat dengan dkir. Kalau ada pun aku hanya pergi tengok geng-geng kampong aku jer (Kg Pantai Sabak- Juara Dikir Barat 2007). Masa form 6 aku cenderung kepada aktiviti ponteng sekolah nagan classmate aku. MAsa lower 6. Masa form upper 6 aku lebih kepada acara ponteng sekolah (nak tgk Dragon Ball), lepak kedai Kak Zah (nasi ayam berempah), lepak cybercafé ngan Patah. Dan lepak2 KB ngan geng-geng 6Au yang gila-gila. Salah seorangnya ialah Kak (Gewe aku skang).

Bila masuk UKM lah baru aku benar-benar serious dalam arena dikir barat ni. Masa aku first year dekat UKM aku pernak la kena aniaya dekat senior-senior. Minum air perencah Meggi campur ajinomoto, campur lada. Ni adalah kononnya ritual nak jadi geng diorang. Maka minumlah aku. Sedap jugak tapi. Last sekali aku memang kamceng ngan diorang ni. Senior-senior yang aku respek sepeti Makyi Long, Bedul, Mat Syah, Mat Apih, Mat G, Jijo, Pairot, David, Mat Lan Misai, Jaki, Ijo, Beri, Boyi dan ramai lagi yang aku lupa nama, (Sorry Banyak3) banyak ajar aku berkenaan dikir barat ni.

Bermula saat itulah aku mula aktif dengan Pusaka Naim dan Tunas Warisan hingga aku grad tahun 2008. Sejarah Tunas Warisan korang boleh baca dalam blog Ise Tok Jogho kita (http://senipusaka.blogspot.com) Macam-macam rintangan dan kejayaan dikecapai. Alhamdulillah, Tunas Warisan terus bertunas dan bertahan. Walau aku dah grad aku, tetap akan sentiasa melawat dan memberi sokongan kepada Tunas Warisan dan pastinya aku masih dan akan terus memantau pergerakan Tunas Warisan yang pernah aku perjuangkan dahulu.
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS
Read Comments

Sedarlah.. Tanda-tanda Kiamat!!

P/S- Petikan ini aku ambil dari internet yang disebarkan melalui e-mail untuk renungan dan peringatan bersama-sama...

1) Penaklukan Baitulmuqaddis.
Dari Auf b. Malik r.a. katanya,Rasulullah s.a.w telah bersabda:

"Aku menghitung 6 perkara menjelang hari kiamat." Baginda menyebutkan salah
1 diantaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis." - Sahih Bukhari
~ dah jadi dah...

2) Zina bermaharajalela.
"Dan tinggallah manusia2 yang buruk, yg seenaknya melakukan persetubuhan
seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang."
- Sahih Muslim
~ dah nampak dah...dekat Malaysia berlambak-lambak

3) Bermaharajalela alat muzik.
"Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan & perubahan muka". Ada
yang bertanya kepada Rasulullah; "Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?"
Baginda menjawab: "Apabila telah bermaharajalela bunyian(muzik) &
penyanyi� wanita" - Ibnu Majah
~ Mentor, Malaysian Idol, Akademi Fantasia, Anugerah Muzik...

4) Menghias masjid & membanggakannya.
"Di antara tanda2 telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegahan dalam
mendirikan masjid" - Riwayat Nasai.
~ memang dah nampak dah...dekat Malaysia banyak dah...

5) Munculnya kekejian, memutuskan kerabat & hubungan dengan tetangga tidak
baik.
"Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan & perkataan keji,
memutuskan hubungan silaturahim & sikap yang buruk dalam tetangga." -
Riwayat Ahmad dan Hakim.
~ ada anak tak mengaku ada mak/bapak pasal malu... dekat Malaysia banyak dah..

6) Ramai orang soleh meninggal dunia.
"Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang2 yang baik&
ahli agama di muka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang2
yang hina & buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari
kemungkaran" - Riwayat Ahmad
~ boleh kira berapa jer para ulama' yg tinggal...dekat Malaysia pun sama gak

7) Orang yang hina mendapat kedudukan terhormat.
"Di antara tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh
Luka' bin Luka'(orang yang bodoh & hina). Maka orang yang paling baik
ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh 2 orang mulia" -
Riwayat Thabrani
~ George Bush, Ariel Sharon& kat Malaysia pun ada....??? Ada lahh.

8) Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja.
"Sesungguhnya di antara tanda2 telah dekatnya hari kiamat ialah manusia
tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalnya
saja.."
- Riwayat Ahmad
~ jiran sesama Islam pon tak bertegur sapa....Memamang dekat Malaysia ada

9) Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang.
Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. "Di antara anda� telah hari kiamat
ialah akan muncul pakaian� wanita & apabila mereka memakainya keadaannya
seperti telanjang".
~ fesyen zaman skarang (tube, spaghetti strap, g-string etc.)...Yang ni memang CONFIRM dekat Malaysia berlambak

10) Bulan sabit kelihatan besar.
"Di antara tanda2 telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung
(membesarnya) bulan sabit." - Riwayat Thabrani
~ tak caya gi tengok... dekat Malaysia pun kita dapat tengok bulan

11) Banyak dusta & tidak tepat dalam menyampaikan berita.
"Pada akhir zaman akan muncul pembohong2 besar yang datang kepadamu dengan
membawa berita2 yang belum pernah kamu dengar & belum pernah
didengar oleh bapa2 kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari
mereka agar mereka tidak menyesatkanmu & memfitnahmu" - Sahih Muslim
~ Yang ni memang CONFIRM dekat Malaysia tercinta ni ada. boleh tengok sendiri lah.. xpayah aku bagitau memang semua orang dah tahu

12) Banyak saksi palsu & menyimpan kesaksian yang benar.
"Sesungguhnya sebelum datang nya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu &
disembunyikan kesaksian yang benar." -Riwayat Ahmad
~ tengok kes peperangan Iraq sbg contoh...kes-kes dekat Malaysia pun sama gak

13) Negara Arab menjadi padang rumput & sungai.
"Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang
rumput & sungai�" - Sahih Muslim
~ Dubaidah turun salji... Mina dah kene banjir...


Dari Abdullah bin 'Amir r.a., Rasulullah s.a.w.bersabda:

"Sampaikanlah pesanku biarpun 1 ayat..."
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS
Read Comments

Informasi H1N1 a.k.a Selsema Babi (Semo Babi)

Apa itu selsema babi? Selsema babi atau H1N1 ini ialah satu penyakit yang semakin disebut hari ini. H1N1 ialah penyakit pernafasan dan selsema berpunca dari virus selsema jenis A yang biasanya menjangkiti babi. Virus ini mula dikesan sekitar tahun 1930-an. Setakat 18 Jun 2009, CDC (Centers Diseasae Control- http://www.cdc.gov) menjelaskan sudah sebanyak 17,855 insan bernama manusia telah dijangkiti penyakit ini dan sebanyak 44 orang meninggal. Dan paling baru menurut perangkaan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), jumlah kumulatif kes melebihi 70,000 dengan lebih 300 kematian.

Penyakit yang bermula di Mexico ini bukanlah sesuatu yang boleh dipandang ringan. Oleh itu, perlu ada langkah pencegahan yang perlu diamalkan oleh semua individu. Antaranya ialah:

1. Sentiasa memakai topeng (mask) yang berkualiti semasa berada di khalayak ramai.
2. Elakkan diri dari pergi ke kawasan yang ramai orang
3. Sentiasa membasuh tangan selepas ke tandas, sebelum makan, dan selepas pulang dai mana-mana tempat kerana ia mungkin merebak melalui tangan kita yang memegang sesuatu.
4. Pastikan diri dan rumah kita berada dalam keadaan bersih selalu
5. Yang paling utama ialah memohon kepada Allah S.W.T agar kita dipelihara daripada bala ini.

Tanda-tanda penyakit H1N1 atau selsema babi ( ore kelate panggil Semo Babi) ialah:

1. Batuk
2. Sukar Bernafas
3. Hidung tersumbat/ Selsema
4. Cirit-birit (beronar perut/wak berok/berok ceroh)
5. Sakit-sakit badan
6. Sakit-sakit sendi
7. Demam
8. Sakit tekak
9. Sakit kepala
10. Letih yang keterlaluan
11. tiada tenaga

Sekiranya anda semua merasai salah satu dari tanda-tanda di atas, saya syorkan agar segeralan ke hospital bagi mengelakkan dai keadaan kita semakin teruk. Apa-pun, kita harus ingat penyakit ini sebenarnya adalah satu ujian dari Allah S.W.T buat orang beriman dan bala buat orang yang mengingkarinya. Satu cara paling efisyen ialah, kita bersama-sama kembali kepada kehidupan yang diredhai Allah S.W.T dan berdoa agar dipelihara oleh Allah S.W.T dari segala musibah. Wallahualam...







  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS
Read Comments