Tanjung Village Food Court @ Kota Damansara

Semalam pulang dari Sunway Giza Mall, singgah sebentar di Tanjung Village Food Court, Kota Damansara. Lokasinya ialah Jalan PJU 5/13, 47810 Kota Damansara, PETALING JAYA (near Sunway Giza Shopping Centre, next to multi-storey carpark. Bagi sesiapa yang sukakan suasana sunyi sini ialah tempat sesuai menjamu selera dengan tenang.

Wife kawe teringin sangat nak rasa makanan di food court ni. Maka kawe singgah dan pilih punya pilih, wife pekena mee hun sup utara, kawe pulak pekena chicken chop dari kedai Bawal Power. Berselera sunguh makan. Tanjung Village Food Court @ Kota Damansara ni selalu kawe lepak bila lunch break sabtu ahad. Macam-macam juadah ada kat sini. Kalau yang tak pernah datang, sila la jenguk.

Bukan apa, sekali sekala cuba menu baru kat tempat baru ok jugak kan? Next time kalau datang kawe nak ke Bawal Power sekali lagi sebab nak try :

Set Keli

Set Bawal
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS
Read Comments

Lawak Minggu Ini...



Pasti Dan Mungkin

Seorang anak bertanya kepada ayahnya.
Anak : Ayah, apakah orang cerdas selalu menjawab dengan kata 'mungkin' sedangkan orang bodoh selalu
menjawab dengan kata 'pasti'?
Ayah : Pasti nak! Eh..mungkin.

Badak Merah

A: Kenapa badak kukunya berwarna merah?
B: Mmm...apa ya..tak tau...
A: Supaya dapat sembunyi di sebalik pohon epal
B: Ah bohong... mana ada badak boleh sembunyi di balik pohon epal?
A: Tak pernah lihat,kan? Bererti badak itu berjaya bersembunyi laa...

Doktor Oh Doktor

Suatu hari seorang wanita mengunjungi seorang doktor.
Doktor : “Emm..anda sebelum ini dirawat doktor lain,kan?”
Pesakit : “Iya Doktor.”
Doktor : “Sungguh doktor yang bodoh,dia tak mampu menyembuhkan penyakitmu, keputusan bodoh apa yang ia katakan kepadamu?”
Pesakit : “Menemui Anda.”

P/S- thanks and credit to who create this joke..aRMaNiZaN
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS
Read Comments

Smoker Haven Discovery Pack!!!


New flavors Mint, Dunhill & Marlboro available. Visit Smoker Haven outlet in Sunway Giza Mall, Kota Damansara. Call 014-2383601 for further information..
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS
Read Comments

Ust Azhar Idrus -Poco Poco



P/S- source thank to GuaDiola88 and You Tube
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS
Read Comments

CountUp New Year 2012 With Ust Azhar Idrus

Tanggal 31 Disember 2011 melangkah ke 1 Januari 2012 merupakan detik bersejarah sepanjang sambutan tahun baru di Malaysia. Di samping celebration yang dilakukan di kawasan-kawasan yang high class, Dataran Shah Alam menewaskan sambutan di tempat lain yang mana kehadiran orang ramai mencecah 70 000 orang. Kehadiran Ust Azhar Idrus diiringi selebriti seperti Zizan Raja Lawak, Ust Akil Hay, Sham Kamikaze, Dakmie, Shahir AF, Ust Norhisham, dan Imam Muda Asyraf di CountUp 2012 ini benar-benar menarik orang ramai memenuhi dataran Shah Alam. Alhamdulillah, menunjukkan yang manusia Malaysia semakin sedar dan menggemari Islam. Moga acara ini diteruskan dan semstinya mendapat sambutan. Tahniah penganjur. Takbir!!! ALLAHUAKHBAR..













P/S- sumber gambar thanks to facebook Jom Gi Kuliah (Ustaz Azhar Idrus).
...aRMaNiZaN
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS
Read Comments

Busi Bahasa Orang Tua



Hari ni kawe nak ceritalah sikit pasal perangai orang tua area rumah kawe. Ceritanya mcam ni, pagi tadi (8.13 a.m 17-12-2011) kawe singgahlah di sebuah gerai untuk membeli kuih buat sarapan pagi dan pengalas perut. Dekat kedai tu ada makcik, anak perempuan dia dan suaminya.

Kawe pun belilah 3 keping kuih apebenda entah RM 1.20. Lepas tu, masa ambik belance tu, kawe ucaplah terima kasih dekat si suami (kawe bayar dekat dia harga kuih kawe). Namun, kecewanya kawe dia dengan muka masam dan lansung tidak memandang muka kawe.

Kawe agak terkejutlah. Apesal pulak orang tua ni? Kawe tertanya-tanya adakah kerana kawe hanya membeli RM1.20 menyebabkan orang tua kutuk tu tidak langsung memandang kawe? Atau adakah kerana kawe ni jarang singgah di gerai dia walau hari-hari lalu? Atau semalam dia tak dapat buat seks dengan bininya menyebabkan hari ini jiwanya memberontak?

Kawe bukan apa, sebagai orang tua seharusnya tunjuklah contoh perangai elok seikit dekat orang muda trang tang tang macam kawe ini. Ini tidak dengan memberi bakii dengan muka masam dan walaupun kawe yang sopan ini mengucapkan terima kasih langsung tidak dipedulikannya. Macam mana kawe nak respek tua kutuk macam tu?

Kawe juga sempat menjeling kepada baju yang dipakainya. lagilah kawe terkejut sebab baju tu bertulis "Surau An-Nur". FYI, Surau An-Nur tu nama surau dekat rumah kawe. Kawe mulalah terfikir, tua kutuk tu mugkin AJK surau atau orang yang pernting, kalau tak masakan dia ada baju Surau An-Nur tu? Mana ada jual pasar malam bro! Bila fikir for the second time kawe lagi sedih sebab macam ni ke sikap ajk surau? Macam mana dia nak tarik orang muda ke surau kalau perangainya biol semacam ini.

Kawe bukanlah nak mengaibkan tua kutuk trsebut, tetapi cubalah you all pikir cket. Ada budai bahasa ke seorang lelaki tua yang beruban, bila ada orang muda yang kacak berbudi bahasa tetapi dibalasnya dengan perangai 'taik'? Apa salahnya senyum sebab kita sebagai peniaga kena hormati pelanggan? Ke tua kuturk ni taku senyum, terpaksa bagi kuih lebih dekat kawe?

FYI, kawe tadi TERPAKSA beli je kuih dekat gerai tu sebab gerai lain yang feberet kawe ada yang dah habis kuihnya dan ada yang tak berniaga weekend ni. So, kalau macam tu la perangai seorang peniaga tua, macam mana orang tertarik? Kawe pun rasa mungkin ni last la kawe 'buang' duit di kgerainya. Oh ya, wife kawe pernah terkena semacam kawe di gerai yang sama. Cuma wife kawe terkena dengan bini pakcik tua tu. Dua-dua laki bini spesies muka masam. Buweekkk.. Renung-renungkanlah..aRMaNiZaN

P/S- fuckta sains- kalau seseorang MASAM muka 64 otot anda sedang digunakan manakala hanya 18 otot yang digunakan kalau kita SENYUM.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS
Read Comments

Pengajaran Dari Satu Penampar



Mungkin ini boleh kiter jadikan satu pengajaran & sebagai renungan bersama........

Pengajaran dari satu penampar

Ada seorang pemuda yang lama belajar di luar negeri kembali ke tanahair dengan angkuh dan sombong. Di dalam benak kepalanya telah lama tersimpan
3 pertanyaan yang dianggapnya tiada siapa yang boleh menjawab. Satu hari beliau bertemu seorang imam tua di kampungnya.

Pemuda: Pak imam apakah boleh menjawab pertanyaan-pertanyaan saya? Pak Imam : Saya hamba Allah dan dengan izin-Nya saya akan menjawab pertanyaan kamu!

Pemuda: Pak imam yakin? Profesor dan banyak orang pintar yang saya tanya tidak mampu menjawab pertanyaan saya.

Pak Imam: Saya akan mencuba sejauh kemampuan saya, insya'Allah.

Pemuda: Saya ada 3 pertanyaan

1. Kalau benar Tuhan itu ada, tunjukan kewujudan Tuhan kepada saya?
2. Apakah yang dinamakan TAKDIR?
3. Kalau syaitan diciptakan dari api, kenapa mereka dimasukkan ke neraka yang dibuat dari api, tentu tidak menyakitkan buat syaitan, sebab mereka memiliki unsur yang sama. Apakah Tuhan tidak pernah berfikir sejauh itu?

Dengan sepontan Pak Imam tersebut menampar pipi si Pemuda itu dengan amat kuat.

Pemuda (sambil menahan sakit) : Kenapa pak imam marah kepada saya?

Pak Imam : Saya tidak marah... Tamparan itu adalah jawapan saya untuk 3 pertanyaan yang awak tanyakan kepada saya.

Pemuda : Saya amat tidak faham...??

Pak Imam : Bagaimana rasanya tamparan saya?

Pemuda : Tentu saja saya merasakan sakit dan pedih...!!

Pak Imam : Jadi awak percaya bahwa sakit itu ada?

Pemuda : Ya....!

Pak Imam : Tunjukan pada saya ujudnya sakit itu atau macam mana rupanya?

Pemuda : Tak boleh pak imam...!!!

Pak Imam : Itulah jawapan kepada pertanyaan pertama awak, kita semua merasakan kewujudan Tuhan itu tanpa mampu melihat kewujudanNya.

Pak Imam : Adakah malam tadi awak bermimpi atau telah tahu saya akan menampar awak?

Pemuda : Tidak....!!?

Pak Imam : Apakah awak pernah terfikir akan menerima sebuah tamparan dari saya hari ini?

Pemuda : Tidak....!!!?

Pak Imam : Itulah yang dinamakan TAKDIR!

Pak Imam : Terbuat dari apakah tangan yang saya gunakan untuk menampar awak ini?

Pemuda : Kulit dan daging...!!!

Pak Imam : Terbuat dari apakah pipi awak itu...?

Pemuda : Kulit dan daging....!!!??

Pak Imam : Bagaimana rasanya tamparan saya?

Pemuda : Sakit dan pedih....!!!?

Pak Imam : Itulah...! Walaupun Syaitan terbuat dari api dan Neraka terbuat dari api, Jika Tuhan berkehendak maka Neraka akan jadilah ia tempat yang menyakitkan untuk syaitan.... walaupun sama unsur asalnya...!!

Pemuda : Allahuakbar!

"ISLAM KAN TETAP DIJULANG WALAUPUN IA DITENTANG.. ITULAH JANJI ILAHI"

'Alangkah terasa hidup sia-sia.. Ruang fikiran hanya dengan ilmu dunia, Alangkah ruginya usia yang pergi.. Jika amalan bukan untuk alam abadi.'
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS
Read Comments

Penjelasan HUDUD

Untuk yang jahil, yang bodoh dan yang suka pandai nak bercakap pasal HUDUD. Kena lah renungkan drama ringkas ini. Sedarlah, manusia Malaysia sudah ramai yang bermain dengan hukum ALLAH S.W.T ini. Ingatlah, HUDUD bukan hukum manusia. Tapi ciptaan ALLAH S.W.T Yang Maha Mengetahui. Insaflah yang kita banyak menderhaka pada yang Maha Pencipta...



P/S- source thank to oneheartcs and You Tube
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS
Read Comments