saat yang menyedihkan....
Posted in
Labels:
armanizan
|
pada tahun 2005 ketika aku berada di tahun 2 semesta 1, aku dikejutkan dengan berita yang benar-benar memberikan kesan ke atas hidup aku pada hari itu. Orang yang aku sayangi telah pergi menghadap Ilahi. orang itu ialah Abah aku yang terlalu aku sayangi. Perginya di secara mengejut 3 hari selepas dia menghantar aku untuk ke UKM bagi memulakan sesi penggal pertama. Panggilan pada pukul 4.05 pagi, 31 Julai benar-benar merubah hidup aku. Aku seolah-olah hilang arah kerana Allayarham terlalu rapat dengan anak-anaknya. Ke mana saja dia pergi, pasti aku akan mengikut, dan segala masalah dia atau aku alami, kami sama2 berbincang mengenainya. Namun, aku redha pada qada dan qadar Allah S.W.T yang lebih menyayangi hambanya itu. Aku harap. adik ku yang bongsu ketika itu berumur 10 tahun tabah menghadapinya. Syukur, dia jauh lebih tabah dari ahli keluarga kami yang lain. Biarpun sudah hampir 3 tahun Allayarham meninggalkan kami, segala pesanan, nasihat, senyuman, dan ketawa Allayarham yang ceria masih lagi segar dalam igatan kami sekeluarga. Kami doakan roh Allayarham ditempatkan bersama-sama dengan hamba-Nya yang salih. Al-Fatihah.....
Melangkah Kaki Ke Dunia Penulisan..
Posted in
Labels:
armanizan
|
Aku mebina blog ini untuk meluahkan isi hati, pandangan dan menerima cadangan berkenaan apa jua perkara agar ianya dapat dikongsikan bersama-sama. Blog ini akan dijadikan medan untuk aku mengasah ilmu kesusasteraan yang dimiliki disamping menerima peringatan dan memperingati manusia akan hakikat kita diciptakan, tugas kita dibumi, amanah kita dan persediaan menghadapi Allah S.W.T yang Maha Kuasa.
Apa jua yang terlintas dan terdengar oleh aku kan aku coretkan disini untuk tatapan semua. Oleh itu sekiranya ada tersalah silap, betulkanlah aku gar tidak terus hanyut dalam dunia khayalan sendiri. Bermadah pulak...
Blog, umpama pisau. Baik digunakan baik hasilnya. Seperti menyiang ikan, memotong buah. Tapi salah guna, buruk hasilnya seperti membunuh atau merompak. Apa-apa ajela...

Subscribe to:
Posts (Atom)