Kepala Babi Dalam Surau di UM
Posted in
Labels:
armanizan
|
Hari ini kotak email aku dikejutkan oleh berita yang benar-benar membuatkan aku terasa marah sangat. Satu kes telah berlaku di UM di mana gempar kepala Babi telah dijumpai di Dalam Surau Akademi Pengajian Islam UM, Kuala Lumpur, 16 Jan - Surau Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya gempar pagi ini apabila kepala seekor babi beserta bendera Pas dengan tulisan ‘PMI, PRO M, PAS’ dijumpai di dalam surau tersebut. Kepala binatang tersebut dianggarkan diletakkan oleh kumpulan yang tidak dikenali kira-kirapukul 5.00 pagi sebelum Subuh. Apa yang aku sakit hari ialah mengapa ada yang sanggup meletakkan kepala binatang yang diharamkan oleh Islam di dalam surau iaitu tempat ibadah bagi orang ISlam. Aku yakin yang meletakkan kepala babi ini ialah orang kita sendiri kerana kalau orang bukan Islam masuk ke dalam surau sudah pasti ia diperasan oleh sesiapa. Ini bermakna kepala babi ini diletakkan oleh orang Islam juga kerana sesiapa tidak akan mengesyaki kalau terlihat seorang Islam masuk ke surau. Aku rasa sedih sangat2 hanya kerana pilihanraya kampus ada pihak yang sanggup ketepikan agama Islam dan sanggup menghina agama sendiri. Kalau Yahudi hina Islam itu aku tak heran sebab mereka Yahdi, tapi ini Islam sendiri. Tapi itu teori aku lah. YAng pastinya, perbuatan ini tidak boleh dimaafkan dan aku harap pihak polis akan siasat perkara ini dengan mendalam hingga ke lubang cacing sekali pum. Syaitan yang melakukan ini tidak boleh dibiarkan. Sama-sama kita doakan agar Allah hancurkan celaka yang tak guna ini..... Takbir!!! ALLAHUAKBAR!!!!!!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Response to "Kepala Babi Dalam Surau di UM"
Post a Comment