Gempar.. Saya Nak Pergi Kangkang!!!

“Saya nak pergi kangkang. Kamu nak ikut?”

Ini mungkin ayat yang sangat pelik dan luar biasa yang keluar dari mulut seorang gadis ayu, sopan dan bertudung litup apabila mengeluarkan perkataan yang mungkin agak kurang enak didengar dek telinga. Dan mungkin ayat ini yang akan terkeluar dari mulut ku;
“Hah? kamu nak pergi apa????”
Dengan slumber pula dia menjawab,
“Itu… Nak pergi kangkang kat tepi jalan sana tu haaaa~” sambil menuding jari ke arah bangunan ditepi jalan yang berhampiran.
Ya Allah! Apa sudah jadi? Betul lah sekarang ini dunia memang sudah hampir kiamat! Apa sudah hilang akal kah gadis ayu dihadapanku ini hingga boleh berkata seperti itu? Sudah sakit mental kah gadis ini? Dengan serta-mertanya aku menepuk kepala yang tidak dihinggapi nyamuk, lalu berkata…
“Astarghfirullah’alazim! Apa yang kamu nak buat nih? Sejak bila kamu terpesong? Aper dah tak tahu malukah kamu? Ya Allah… kesianlah dekat mak ayah kamu tu… dari kecil mereka ajar kamu jadi anak yang sopan. Dah besar panjang macam nih, nak buat benda tak senonoh pula?”
Jerkah ku. Puas hati! Orang yang sudah tidak sedarkan diri perlu diingatkan. Agar tidak menjadi fitnah dikemudian hari. Tapi, lain pula jadinya. Dengan muka hairan dan tidak puas hati, si gadis ayu menjawab;
“Eh! Apa yang kamu merepek nih? Bila pula saya kata, saya nak buat benda tak senonoh?”
Aduh, bertambah ‘panas’ hatiku! Beria-ria aku marah dan cuba hendak mengingatkan dia, dikatanya aku merepek pula!
“Apa pula saya yang merepek? Kamu tu yang merepek! Yang kamu nak pergi mengangkang kat tepi jalan tu buat apa?”
“Kah~kah~kah~” Kata-kata ku dijawab dengan deraian tawa dari gadis ayu tersebut. Ketawanya kelihatan hampir pecah perut.
“Sah lah… memang dah tak waras agaknya gadis didepan aku nih. Kesian~ muda-muda lagi, sudah sakit mental…” kata hati kecil ku. Selepas ketawanya reda, si gadis terus menarik diriku ketepi jalan, lalu menuding jari ke arah sebuah kedai. Terkesima aku melihat kedai tersebut…



P/S-Hehe.. aku terima cite ni dalam email aku. So, aku kongsi lah ngan korang sumer..
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS
Read Comments

Apa Kaifiat Di Sebalik Wuduk..



Semua orang kenal tahu dan pernah berwuduk kerana wuduk adalah perkara wajib dialaksanakan sebelum kita menunaikan solat. Malah, amalan sentiasa berwuduk dapat memberikan ketenangan dan dapat membersihkan hati dari sifat-sifat tercela. Setiap kali wuduk diambil, kita digalakkan berniat pada setiap anggota wuduk seperti.....

1. Ketika berkumur , berniatlah kamu dengan, 'Ya Allah,ampunilah dosa mulut dan lidahku ini'.
Penjelasan nombor 1 : Kita hari-hari bercakap benda-benda yang tak berfaedah.


2. Ketika membasuh muka, berniatlah kamu dengan, 'Ya Allah, serikanlah muka ku dgn cahaya di akhirat kelak, Janganlah Kau hitamkan muka ku ini'.
Penjelasan nombor 2 : Ahli syurga mukanya putih berseri-seri.

3. Ketika membasuh tangan kanan , berniatlah kamu dengan, 'Ya Allah, berikanlah hisab-hisab ku ditangan kanan ku ini'.
Penjelasan nombor 3 : Ahli syurga diberikanhisab- hisabnya di tangan kanan .

4. Ketika membasuh tangan kiri , berniatlah kamu dengan, 'Ya Allah, janganlah Kau berikan hisab- hisab ku di tangan kiri ku ini'.
Penjelasan nombor 4 : Ahli neraka diberikan hisab- hisabnya di tangan kiri .

5. Ketika membasuh kepala , berniatlah kamu dengan,'Ya Allah, lindunganlah daku dari terik matahari di padang Masyar dengan Arasy Mu'.
Penjelasan nombor 5 : Panas di Padang Masyar macam matahari sejengkal di atas kepala.

6. Ketika membasuh telinga , berniatlah kamu dengan,'Ya Allah, ampunilah dosa telinga ku ini'
Penjelasan nombor 6 : Hari-hari mendengar orang mengumpat, memfitnah dll.

7. Ketika membasuh kaki kanan , berniatlah kamu dengan.'Ya Allah, permudahkanlah aku melintasi titian Siratul Mustaqqim'.
Penjelasan nombor 7 : Ahli syurga melintasi titian dengan pantas sekali..

8. Ketika membasuh kaki kiri , berniatlah kamu dengan,'Ya, Allah, bawakanlah daku pergi ke masjid-masjid, surau-surau dan bukan tempat- tempat maksiat'
Penjelasan nombor 8 : Qada' dan Qadar kita di tangan Allah.

Ramai di antara kita yang tidak sedar akan hakikat bahawa setiap yang dituntut dalam Islam mempunyai hikmah nya yang tersendiri .

Pernah kita terfikir mengapa kita mengambil wuduk sedemikian rupa?
Pernah kita terfikir segala hikmah yang kita perolehi dalam menghayati Islam?

Pernah kita terfikir mengapa Allah lahirkan kita sebagai umat Islam?
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS
Read Comments

New Version Horse Car !!!

Best oo.. Elemen kuno campur moden = KuDen




  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS
Read Comments

Khemah Kreatif

Bagi yang kaki camping kt sini aku tunjukkan beberapa khemah yang comel dan best untuk pilihan korang. Tengok le puas2






  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS
Read Comments

Kisah Kanibal Menyayat Hati!!!



Dah lama rasanya aku tak tekan motek (punat) keyboard aku ni. Maklumlah aku busy sehari dua ini. Banyak benda nak disetelkan dan ALHAMDULILLAH, setakat ni semuanya berjaya diuruskan. So, kali ni kawe nak bawak korang kepada satu cerita survival yang berlaku pada tahun 1972 di mana sekumpulan manusia terpaksa makan mayat manusia untuk terus hidup. Dahsyat kan? Ke sedap? Korang nilaikan sendirilah lepas baca.

Ini adalah sebuah kisah kanibalisme yang paling terkenal dalam sejarah. Peristiwa ini terjadi di pegunungan Chili, Andes yang letaknya bersempadan di antara negara Argentina - Chilli pada musim sejuk tahun 1972. Peristiwa ini bermula dengan jatuhnya pesawat Uruguay Air Force Flight 571 yang membawa 45 orang penumpang. Selepas nahas itu, hanya beberapa orang sahaja yang terselamat. Ramai yang mati tertimbun di bawah gelongsoran salji, ada yang mati disebabkan keadaan suhu yang terlalu sejuk dan cedera. Akhirnya hanya 16 orang sahaja yang berjaya diselamatkan pada 23 Desember 1972.

Itupun, setelah mereka sendiri berjuang mencari bantuan disebabkan operasi penyelamatan telah dihentikan kerana masyarakat setempat sudah menganggap mereka sudah terkorban dan mustahil dapat hidup di dalam cuaca sebegitu tanpa tempat berlindung, tanpa pakaian untuk memanaskan badan dan paling utama tanpa makanan!! Cuba korang bayangkan, berada di ketinggian 3 600 meter di atas permukaan laut pada saat musim dingin dengan salji yang turun banyaknya, nyaris membekukan semuanya. Bagaimana mereka mengharungi hidup dalam keadaan cuaca begitu dan terpaksa memakan daging sahabat-sahabat mereka yang sudah meninggal demi survival hidup. Sanggupkah anda? Oleh itu, bersyukurlah dengan apa yang korang makan.
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS
Read Comments

Sars, H1N1 Mask...

Sekarang masih dikejutkan lagi dengan wabak selsema seperti H1N1. Pasal wabak ni aku pernah post pada tahun lepas kat blog aku. Dan umum mengetahui ramai yang mati kerana wabak ini termasuk juga negara kita, Malaysia. Oleh itu, langkah-langkah keselamatan dan penjagaan kesihatan hendaklah dipatuhi dan kia semua perlulah berada pada tahap yang paling maksimun. Salah satu saranan yang telah dianjurkan ialah memakai topeng muka (bukan topeng ultraman,spiderman, batman)semasa berada di khalayak ramai. Face mask iaitu topeng yang warna putih yang korang selalu tengok dokter-dokter pakai tu.So, kat sini ambo nak promote beberapa topeng muka. tuan hamba semua pilihlah yang mana sesuai dengan perwatakan diri kalian semua..













  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS
Read Comments

Unique Pillow @ Bantal Unik!!

Bagi sape-sape yang kaki tido ke, kepala tido ke macam aku, aku nak syorkan pada korang beberapa jenis spesis banal yang cun gak untuk pilihan korang.. Try ek.

Bantal Bentuk Darah (untuk yang ganas)



Bantal Jam (untuk yang berdisiplin)



Bantal Tisu (sesuai untuk mat atau minah jiwang a.k.a tangkap leleh)



Bantal Bentuk Batu (untuk kepala batu dan hati batu)



Bantal Alien (bagi yang suka citer alien)



Bantal iPod (bagi kaki dengar lagu)



dan yang paling best dan aku sukai.. Bantal Paha Awekss.. (bagi yang spesis gatal)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS
Read Comments

Mana Satukah Aku????

Gambar ni masa kawe form 3. Carilah mana satu kawe. Which one is me?

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS
Read Comments

Happy Birthday Along!!!

No no no!!! Jangan korang sumer fikir ni adalah along yang peminjam duit tu. Haaaaa...Ini adalah Along kawe yakni kakak kawe yang suung. Beliau telah menyambut hari lahirnya yang ke-(rahsia) pada 1 April 2010. Along, adik mengucapkan SELAMAT HARI LAHIR. Semoga panjang umur, murah rezeki, gembira disamping Abe Long, Nadia dan Fahmi, diberkati Allah S.W.T selalu dan tahun ini adalah tahun ceria bagi kita semua...Ikhlas dari adikmu....
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS
Read Comments