Kisah Kanibal Menyayat Hati!!!



Dah lama rasanya aku tak tekan motek (punat) keyboard aku ni. Maklumlah aku busy sehari dua ini. Banyak benda nak disetelkan dan ALHAMDULILLAH, setakat ni semuanya berjaya diuruskan. So, kali ni kawe nak bawak korang kepada satu cerita survival yang berlaku pada tahun 1972 di mana sekumpulan manusia terpaksa makan mayat manusia untuk terus hidup. Dahsyat kan? Ke sedap? Korang nilaikan sendirilah lepas baca.

Ini adalah sebuah kisah kanibalisme yang paling terkenal dalam sejarah. Peristiwa ini terjadi di pegunungan Chili, Andes yang letaknya bersempadan di antara negara Argentina - Chilli pada musim sejuk tahun 1972. Peristiwa ini bermula dengan jatuhnya pesawat Uruguay Air Force Flight 571 yang membawa 45 orang penumpang. Selepas nahas itu, hanya beberapa orang sahaja yang terselamat. Ramai yang mati tertimbun di bawah gelongsoran salji, ada yang mati disebabkan keadaan suhu yang terlalu sejuk dan cedera. Akhirnya hanya 16 orang sahaja yang berjaya diselamatkan pada 23 Desember 1972.

Itupun, setelah mereka sendiri berjuang mencari bantuan disebabkan operasi penyelamatan telah dihentikan kerana masyarakat setempat sudah menganggap mereka sudah terkorban dan mustahil dapat hidup di dalam cuaca sebegitu tanpa tempat berlindung, tanpa pakaian untuk memanaskan badan dan paling utama tanpa makanan!! Cuba korang bayangkan, berada di ketinggian 3 600 meter di atas permukaan laut pada saat musim dingin dengan salji yang turun banyaknya, nyaris membekukan semuanya. Bagaimana mereka mengharungi hidup dalam keadaan cuaca begitu dan terpaksa memakan daging sahabat-sahabat mereka yang sudah meninggal demi survival hidup. Sanggupkah anda? Oleh itu, bersyukurlah dengan apa yang korang makan.
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS
Read Comments

0 Response to "Kisah Kanibal Menyayat Hati!!!"