Piala Sumbangsih 2011..The Champs Red Warrior!!!

-Gomo Kelate Gomo-



The Red Warrior



Alhamdulillah...Tahniah!!! Tahniah!!! dan Tahniah dari kawe terhadap pasukan The Red Warrior di atas kejayaan pada malam ini. Permainan garang skuad Kelantan telah membuahkan hasil dan berjaya membawa satu lagi piala yang berprestij ke negeri Cik Siti Wan Kembang. Pahlawan Merah dari Tanah Serendah Sekebun Bunga ini telah membuktikan mereka pasukan yang benar-benar tough. Biarpun memulakan musim 2011 ini dengan kemelut jurulatih, skuad TRW dengan izin ALLAH S.W.T akhirnya menjulang kejayaan. Keputusan perlawanan pada malam ini memberi sedikit kelegaan kepada semua peminat Kelantan kerana perlawanan pembuka tirai pada malam ini adalah sesuatu yang dinanti-nantikan.

Adunan muka baru dan muka lama, iaitu barisan pemain dan ketua jurulatih yang baru (Dato’ M. Karathu) dengan acuan yang telah disediakan bekas ketua jurulatih (B. Sathianathan- CEO Akademi Bola Sepak Alhambra The Red Warriors) nampaknya menghasilkan juadah pembuka selera yang menyelerakan. Apa yang diharapkan pasukan TRW tidak leka dan menjadikan kemenangan pada malam ini sebagai satu motivation point dalam mengharungi musim 2011 yang mencabar ini.

Harapan peribadi kawe ialah, agar Kelantan dapat mempertahankan Piala Malaysia dan menakluki tangga teratas Liga Super. Sama-sama kita peminat TRW berdoa dan memberikan sokongan 1000% kepada skuad kebanggaan kita. Hidup The Red Warrior..

-GOMO KELATE GOMO-...aRMaNiZaN
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS
Read Comments

0 Response to "Piala Sumbangsih 2011..The Champs Red Warrior!!!"