Lawak Minggu Ini...



Mr Brown

Suatu ketika ada seorang ingin menelefon Mr. Brown.
Penelefon : Hello, boleh saya bercakap dengan Mr. Brown?
Penerima : Oh, ini Mr. Black.
Penelefon :Oops Sorry, wrong color!

Markah Matematik


Seorang murid darjah satu pulang dengan gembira setelah dia berjaya mendapat 10 markah pada ujian matematik.
Anak : " Mak! Saya mendapat 10 markah pada ujian matematik dan kata guru hanya saya saja yang mendapat 10 markah!"
Emak : " Pintar anak mak. Murid yang lain dapat markah berapa"??
Anak : " Kata guru yang lain mendapat 100 markah".

Berhenti Merokok

"Bolehkah saya minta rokokmu sebatang?" tanya John pada George.
"Laa.. saya sangka kamu sudah berhenti merokok. Kamu kan sudah tahu bahawa merokok itu merosak tubuh badan! Kamu kan sekarang berpenyakit?" kata George.
"Saya memang sedang dalam proses berhenti merokok. Dan sekarang saya sedang dalam tahap pertama."
"Apa tahap pertama itu?"
"Berhenti membeli rokok!"

Khidmat Negara

"Saya tidak mungkin dapat sertai Khidmat Negara ! " kata Hamid seorang pemuda yang enggan masuk kursus wajib Khidmat Negara.
"Mengapa tidak? " tanya Rekrut yang mendaftarnya.
"Kerana kaki saya yang satu lebih panjang daripada kaki yang lain. "
"Jangan risau. Di tempat kau akan berkhidmat tanahnya juga tidak rata. "

P/S- thanks and credit to who create this story..aRMaNiZaN
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS
Read Comments

0 Response to "Lawak Minggu Ini..."