Puding Roti Jagung

Bersempena kedatangan hari raya nanti kawe nak berkongsi idea dengan blogwalker sekalian. Mana tahu ada kegunaannya nanti

Bahan-Bahan

4 keping roti
2 sudu kecil mentega
2 sudu kecil tepung jagung
1 tin jagung berkrim
nanas dalam tin
5 sudu besar gula
2 cawan susu cair
1 biji telur
1 helai daun pandan

Cara Cara
• Campurkan gula dan tepung jagung di dalam sebuah mangkuk lalu masukkan susu cair. Gaul rata.
• Pecahkan telur dan ratakan lagi. Masukkan daun pandan.
• Sapukan mentega dengan rata ke atas acuan untuk membakar.
• Letakkan roti di atas acuan dan siramkan campuran susu cair ke atasnya.
• Kemudian sapukan jagung berkrim di atasnya. Lapiskan lagi roti.
• Ulang melapiskan roti dengan campuran susu cair dan jagung berkrim sehingga habis.
• Aturkan nanas di atasnya.
• Bakar di dalam ketuhar gelombang mikro selama 4-6 minit pada suhu sederhana.




P/S- thanks and credit to who create this recipe..aRMaNiZaN. Selamat mencuba
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS
Read Comments

New Born @ Orang Baru Dalam Dunia aRMaNiZaN

Syukur pada ALLAH S.W.T kerana telah menganugerahkan seorang anak lelaki dan syukur kerana bayi dilahirkan sihat. Semoga kehadiran Muhammad Amir Asyraq Bin Mohd Arman mengeratkan cinta kami suami isteri dan kasih sayang di dalam keluarga..AMin


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS
Read Comments