Rasanya dah lama kawe tidak mencoret di dalam blog tersayang ini. Itulah, bila dah lama tak membelai keyboard rasa malas. Satu sikap yang tak sepatutnya di layan sangat. Sudah lama cuba berperang dengan perasaan ini. Orang kata seperti menggelupur untuk bermula aktif balik dalam dunia blogger ini.

Kalau dulu masa cuti, masa digunakan dengan mengupdatekan blog. Sekarang, si kecil sudah boleh berjalan, maknanya masa banyak dihabiskan dengan dia. Bangun pagi, si kecil sudah terpacak depan mata. Ajak jalan-jalan @ makan roti canai telur kegemarannya. Huhu. Lepas tu seharian 'berperang' dengan si kecil ini lah. Petang dan malam acara berjalan-jalan sekitar SG. Buloh. Kalau dulu semasa tinggal di Kota Damansara banyak tempat untuk berpeleseran. Sekarang, bila pindah ke Rawang, agak jauh dari 'keseronokan' seperti yang ada di Kota Damansara.

 Harapnya, selepas ini kawe bukan menjadi hangat-hangat taik ayam lagi. Update blog setiap setahun sekali. Hahaha. Mungkin juga dah lama tinggalkan alam belajar menyebabkan malas nk sentuh keypad. Kepala pun mcam kering dari idea. Entahlah. Mungkin selepas ini ada perubahan kot. Sama-sama lah kita doakan blogwalker yea (ada ke orang tengok blog aku ni?) Ok.. last sekali kawe masukkan gambar si kecil bernama Muhammad Amir Asyraq yang dah pun besar dan aktif.. Alhamdulillah...


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS
Read Comments