Syukur Pada ALLAH S.W.T...


Bayangkan bila kita menikmati makanan kegemaran kita seperti ABC misalnya, kita tidak dapat merasa. Lidah kita tidak mampu merasai samaada makanan itu masin, masam, manis, atau sedap. BAgaimanakah perasaan kita pada waktu itu? Aku kadang-kadang terfikir apa akan terjadi jika Allah S.W.T menarik deria rasa kita. Yang mana apa jua benda yang kita makan tidak dapat dipastikan bagaimanakah rasanya. Tentu kita akan sedih, kecewa dan takut kerana telah kehilangan satu nikmat kurniaan Allah yang amat besar.

Syukur kepada Allah S.W.T kerana sehingga artikel ini ditulis aku masih boleh merasa dan menikmati makanan aku. Alhamdulillah.. segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian makhluk dan alam.... Aku bersyukur kepada Allah di atas segala apa yang diberikan kepadaku..
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS
Read Comments

Bazar Ramadhan.....



Bulan puasa adalah bulan untuk umat Islam melakukan amal ibadah pada tahap yang maksimun kerana pada bulan ini pahala amalan digandakan oleh Allah S.W.T. Dalam bulan Ramadhan yang mulia ini Islam menggalakkan umatnya besabar dalam menahan dugaan.

Salah satu dugaan dalam bulan Ramadhan ialah Bazar Ramadhan. Bazar Ramadhan ini asalnya ialah tempat untuk kita mendapatkan juadah, lauk-pauk, kuih-muih dan minuman yang akan dimakan bila berbuka. Namun sebenarnya, di Bazar Ramadhan ini terdapat banyak dugaan yang boleh mengurangkan pahala puasa kita. Misalnya pembaziran, iaitu bila kita membeli makanan atau minuman melebihi dari yang diperlukan. Makanan yang dibeli terlalu banyak sehingga menyebabkan pembaziran sedangkan Islam tidak suka kepada pembaziran dan menggalakkan kesederhanaan dalam berbelanja. Selain itu, di bazar ini kita dapat melihat pelbagai ragam manusia di sana. Ada yang berpakaian menjolok mata tanpa menutup aurat menyebabkan kita terpandang atau sengaja pandang. Wanita melihat lelaki lain, lelaki melihat wanita lain yang mana akan menyebabkan 'naik raaaa'.

Oleh itu, maka kita kena berhati-hatilah dan beringat menjaga diri kita dari perkara-perkara yang membawa kepada mengurangkan pahala puasa atau membatalkan puasa. Aku menyeru pada diri aku le ni.....
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS
Read Comments

Alhamdulillah..Ramadhan Kita Bertemu Lagi..!!




Alhamdulillah, syukur pada Allah S.W.T kerana telah dipanjangkan umur sehingga sekarang. Syukur aku kerana bertemu lagi dengan bulan yang penuh keberkatan, bulan Ramadhan.. Syukurlah kepada Allah S.W.T kerana diberi peluang sekali lagi melakukan amal ibadah di dalam bulan ini disamping puasa dan bertarawih. Bulan Ramadhan bulan menambahkan pahala dan membersihkan diri dari dosa.

Moga pengisian Ramadhan aku kali ini berlipat ganda dari tahun sudah. Aku berdoa kepada Allah S.W.T agar aku dapat mengabdikan diri kepada Nya Ramadhan ini. Moga aku diberi kekuatan dan diberi rahmat dari Allah S.W.T. Moga segala dosa-dosa aku diampunkan Allah S.W.T
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS
Read Comments

Tahniah!!! TUNAS WARISAN...




tAhniah diucapkan kepada kumpulan TUNAS WARISAN UKM kerana menjuarai PERTANDINGAN DIKIR BARAT RAKAN MUDA 2009 di kampung pandan. Syabas diucapkan kepada semua ahli tidak kira yang naik perform atau tidak. Kejayaan kali ini adalah hasil usaha anda semua yang komitmen dalam memberi yang terbaik buat kelab yang kita sayangi. Biarpun kawe sedikit sedih sebab tidak dapat tengok puak TUNAS perform hari tu kawe tetap gembira dengan kejayaan ini. Tahniah kerana puak TUNAS sememangnya layak mengecapi kejayaan ini berdasarkan video yang kawe tengok. Meme kemas dan mantap. Tahniah!!
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS
Read Comments