Alhamdulillah..Ramadhan Kita Bertemu Lagi..!!




Alhamdulillah, syukur pada Allah S.W.T kerana telah dipanjangkan umur sehingga sekarang. Syukur aku kerana bertemu lagi dengan bulan yang penuh keberkatan, bulan Ramadhan.. Syukurlah kepada Allah S.W.T kerana diberi peluang sekali lagi melakukan amal ibadah di dalam bulan ini disamping puasa dan bertarawih. Bulan Ramadhan bulan menambahkan pahala dan membersihkan diri dari dosa.

Moga pengisian Ramadhan aku kali ini berlipat ganda dari tahun sudah. Aku berdoa kepada Allah S.W.T agar aku dapat mengabdikan diri kepada Nya Ramadhan ini. Moga aku diberi kekuatan dan diberi rahmat dari Allah S.W.T. Moga segala dosa-dosa aku diampunkan Allah S.W.T
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS
Read Comments

0 Response to "Alhamdulillah..Ramadhan Kita Bertemu Lagi..!!"