Bazar Ramadhan.....



Bulan puasa adalah bulan untuk umat Islam melakukan amal ibadah pada tahap yang maksimun kerana pada bulan ini pahala amalan digandakan oleh Allah S.W.T. Dalam bulan Ramadhan yang mulia ini Islam menggalakkan umatnya besabar dalam menahan dugaan.

Salah satu dugaan dalam bulan Ramadhan ialah Bazar Ramadhan. Bazar Ramadhan ini asalnya ialah tempat untuk kita mendapatkan juadah, lauk-pauk, kuih-muih dan minuman yang akan dimakan bila berbuka. Namun sebenarnya, di Bazar Ramadhan ini terdapat banyak dugaan yang boleh mengurangkan pahala puasa kita. Misalnya pembaziran, iaitu bila kita membeli makanan atau minuman melebihi dari yang diperlukan. Makanan yang dibeli terlalu banyak sehingga menyebabkan pembaziran sedangkan Islam tidak suka kepada pembaziran dan menggalakkan kesederhanaan dalam berbelanja. Selain itu, di bazar ini kita dapat melihat pelbagai ragam manusia di sana. Ada yang berpakaian menjolok mata tanpa menutup aurat menyebabkan kita terpandang atau sengaja pandang. Wanita melihat lelaki lain, lelaki melihat wanita lain yang mana akan menyebabkan 'naik raaaa'.

Oleh itu, maka kita kena berhati-hatilah dan beringat menjaga diri kita dari perkara-perkara yang membawa kepada mengurangkan pahala puasa atau membatalkan puasa. Aku menyeru pada diri aku le ni.....
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS
Read Comments

0 Response to "Bazar Ramadhan....."