Fenomena Ajaib Laut Pasifik Selatan : Hamparan Pasir Di Tengah Laut
Posted in
Labels:
did u know,
weirdo
|
Satu fenomena ajaib dan menunjukkan keagungan kuasa Allah S.W.T telah terjadi di lautan Pasifik Selatan. Kejadian hamparan pasir seolah-olah pantai telah berlaku di tengah laut Pasifik Selatan. Fenomena ajaib ini ditemukan oleh pelayar yang menaiki kapal layar yang bernama 'Maiken' tengah laut Pasifik Selatan. Dari jauh mereka melihat sesuatu yang aneh, iaitu seolah-olah adanya satu hamparan pantai walhal ketika itu mereka berada tengah laut. Ketika mendekati kejadian aneh itu, pelayar 'Maiken' terkejut, ternyata kejadian aneh itu adalah hamparan pasir yang terhampar di tengah lautan.
Fenomena ini dirasakan mereka cukup pelik dan misteri kerana seharusnya pasir akan tenggelam jika berada di atas air namun apa yang disaksikan pada waktu itu adalah lebih aneh lagi, iaitu kumpulan pasir itu bergerak dan terapung di atas lautan. Eneh bukan? Ini bermakna pasir itu jauh lebih ringan dari air.Apa yang berlaku sebenarnya??
Tidak jauh dari fenomena ajaib itu adanya deretan gunung api di tengah laut Pasifik Selatan yang mana puncaknya sedang mengeluarkan asap. Mungkinkah dari semburan gunung api itulah pasir-pasir yang terapung ini datang? Adakah pepasir ini mungkin sejenis batuan volkanik dari gunung api itu? Tapi yang pasti fenomena ajaib ini belum dapat dijelaskan lagi......

Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Response to "Fenomena Ajaib Laut Pasifik Selatan : Hamparan Pasir Di Tengah Laut"
Post a Comment