Rahsia Asal Usul Tarian Poco-Poco



Alhamdulillah kerana kita semua masih bernafas lagi dgn keizinanNya. Saya ingin berkongsi dgn rakan-rakan semua tantang tarian poco-poco yang sedang hangat ditarikan oleh semua lapisan masyarakat, umumnya masyarakat kita yg beragama islam terutama suri-suri rumah dan badan- badan kerajaan ketika manghadiri kursus.

Sebenarnya tarian poco-poco ini berasal dari Filipina bukannya dari Indonesia . Ia ditarikan oleh masyarakat yang beragama kristian ketika mereka menghadiri upacara sembahyang mingguan mereka. Lihatlah sahaja bagaimana pergerakannya, yang membentuk salib.

Mungkin kita tak perasan kerana kita suka mengikut-ikut sesuatu yg baru tanpa usul periksa. Inilah cara musuh-musuh islam mengenakan kita sedangkan kita tahu apabila kita melakukan sesuatu yg menyerupai sesuatu agama maka kita dikira merestui agama itu seperti amalan yoga yg telah difatwakan haram kerana menyerupai agama Hindu. cuma tarian pocoh2 ini belum difatwakan haram lagi. Marilah kita sama2 fikirkan.

Saya dulu pernah terfikir, kenapa tarian itu dimulakan dari kiri? Dan apa jenis senaman ini? Relevankah tarian ini, yang kelihatan seperti tidak siuman?

Saya menyeru kepada diri anda semua supaya mengambil inisiatif untuk tidak lagi menarikan lagi tarian ini yang ternyata mensyirikkan Allah tanpa kita sedar. Dan paling utama memohon keampunan daripada Allah S.W.T atas kejahilan kita tentang perkara ini sebelum ini.

Semoga mendapat perhatian pihak berkenaan agar mengkaji secara terperinci tentang kesahihan perkara ini,asal usul dan kesannya kepada akidah umat Islam dan mengeluarkan fatwa tentang tarian ini,agar Umat Islam tidak berterusan di dalam kelalaian dan keasyikkan menarikan tarian ini. - Sumber dari email kawe..@ demo cari dalam internet. Banyak citer pasal ni.

P/S- Kawe post posting ini untuk peringatan bersama-sama. Jangan kita lalai dengan propaganda yang cuba meracuni fikiran kita. Kalau ada orang tidak percaya terpulanglah kepada mereka. Kawe cuma nak ingatkan apa yang kawe tahu dan dengar. At least kita beringat. Kalau bukan seperti kawe post tak mengapa. Tapi kalau betul tarian ini seperti yang dikatakan? Beringatlah dan kajilah sebelum kita ikut apa jua benda baru yang kita tidak tahu termasuklah tarian ini.. Buka apa, nak elakkan akhirat esok-esok kita tepuk dahi pun dah tak ada guna dah!!!
Bak kata pepatah 'jangan kerana poco-poco nanti terjadi pocong'..


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS
Read Comments

0 Response to "Rahsia Asal Usul Tarian Poco-Poco"