Sehingga Akhir Hayat...
Kawe korek-korek dalam kotak emel jumpa email pasal keta ni. Memang ianya lasak dan kukuh. Mungkin kereta ini mempunyai nilai sentimental dan nilai estetika kepada tuannya? Atau inikah yang dipanggil 'unbreakable bond'? Betapa kukuhnya ikatan antara mereka. Kereta ini patut dipuji kerana ia sanggup berkhidmat kepada tuannya walau diri sendiri sudah dekat-dekat nak terkorban. Tuan dia pulak walau buruk dan teruk macam mana pun kereta, dia tetap guna tanpa malu dan penyesalan. Bukankah patut dipuji sikap kereta dan tuannya ini? Cuba amati ke dalam kehidupan manusia, kalau kita dah buruk, tua, hampas dan tak berguna lagi seperti kereta ini, masih adakah yang sanggup menerima kita? Dan kita sendiri sanggup ke terima benda yang dah kerepot? Renung-renungkanlah maksud yang tersirat dari gambar-gambar ini...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Response to "Sehingga Akhir Hayat..."
Post a Comment