Bayar Zakat!!!!
Posted in
Labels:
did u know,
Kerohanian
|
Assalamualaikum pelawatdan pembaca blog kawe yang beragama Islam. Kawe nak pesan ni, dalam kemeriahan nak balik raya jangan lupa tunaikan kewajipan kita bayar zakat tau. Ni kawe post sedikit pasal info zakat fitrah. Nak tahu lebih lanjut, korek-korek la sendiri dalam internet ya!
Zakat Fitrah
Penertian Zakat Fitrah
Zakat Fitrah ialah zakat diri yang difardhukan ke atas setiap individu lelaki dan perempuan muslim yang berkemampuan dengan syarat-syarat yang ditetapkan.
Syarat Wajib Zakat
Orang Islam yang wajib mengeluarkan zakat fitrah untuk diri dan keluarga atau tanggungannya ialah:
*Individu yang mempunyai lebihan makanan atau hartanya dari keperluan tanggungannya pada malam dan pagi hari raya.
*Anak yang lahir sebelum matahari jatuh pada akhir bulan Ramadhan dan hidup selepas terbenam matahari.
*Memeluk Islam sebelum terbenam matahari pada akhir bulan Ramadhan dan berkekalan Islamnya.
*Seseorang yang meninggal selepas terbenam matahari akhir Ramadhan.
Siapa Yang Layak Menerima Zakat?
Allah SWT telah menjelaskan golongan yang layak menerima zakat seperti firmanNYA di dalam al-Quran, surah al-Taubah ayat 60:
Maksudnya: “Hanyasanya al-Sodaqaat (zakat) ituadalah untuk orang-orang yang fakir, miskin, amil-amil yang menguruskannya, muallaf yang dijinakkan hatinya, untuk hamba-hamba yang hendak memerdekakan diri, orang-orang yang berhutang, untuk sabilillah, iaitu sebagai satu ketetapan daripada Allah. Dan ingatlah Allah maha mengetahui, lagi maha bijaksana.”
Penjelasan ringkas setiap golongan di atas:
1. Fakir: orang yang tidak ada harta yang cukup untuk memenuhi keperluan makanan, pakaian dan tempat tinggal. Seperti orang yang memerlukan sepuluh ringgit tetapi dia hanya memiliki 3 ringgit sahaja.
2. Miskin: Orang yang hanya memiliki sesuatu untuk keperluan dirinya akan tetapi ianya tidak mencukupi, seperti seorang yang memerlukan 10 ringgit tetapi dia hanya memiliki 8 ringgit sahaja.
3. Amil-Amil yang menguruskannya: iaitulah pegawai-pegawai yang membantu pemerintah mengutip dan mengagihkan zakat.
4. Muallaf yang dijinakkan hatinya: Mereka orang yang baharu memeluk islam yang dijangka dengan memberikan zakat kepada mereka akan menguatkan lagi islam mereka.
5. Hamba-hamba yang hendak memerdekakan diri: iaitu hamba mukatab (المكاتب) yang telah berakad dengan tuan yang memeliki mereka untuk membayar secara ansuran. Dia menjadi merdeka apabila selesai melangsaikan bayaran tersebut. Maka zakat diberi kepada golongan hamba ini apabila mereka tidak mampu menjelaskan ansuran tersebut.
6. Orang-orang yang berhutang: Akan dijelaskan pada jawapan berikutnya.
7. Orang-orang yang berada pada fisabilillah: Akan dijelaskan pada jawapan berikutnya.
8. Ibnu Sabil: Orang yang terputus bekalan dalam musafir yang diharuskan. Inilah 8 golongan yang berhak menerima zakat. Jika saudara termasuk di dalam salah satu golongan di atas maka saudara layak menerima zakat, jika tidak serahkanlah zakat tersebut kepada golongan yang layak. (Sila rujuk al-Fiqh al-Manhaji. Jld 1, ms 320-322)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Response to "Bayar Zakat!!!!"
Post a Comment