Red Warrior Juara Piala Malaysia 2010!!!








ALHAMDULILLAH!!
Tahniah. Diucapkan kepada pemain skuad RED WARRIOR kerana telah berjaya merangkul gelaran juara Piala Malaysia tahun ini. Biarpun kecewa pada tahun lepas, skuad Kelantan pimpinan ketua jurulatih B Sathianathan akhirnya berjaya menamakan kemarau dan menempa sejarah bagi negeri Kelantan.




Biarpun pada babak pertama perlawanan Kelantan dilihat agak 'slow' namun kawe teringat kata-kata keramat yang kawe selalu sebut kepada Ma kawe kalau kawe malas study dekat-dekat exam. Ayat 'hero tak gaduh' (hero tak rush) akhirnya terbukti malam tadi. Pada babak kedua Red Warrior benar-benar mengamuk dan akhirnya tandukan Hairudin dan jaringan Piya, serta kesungguhan keseluruhan skuad Kelantan telah berjaya menebus kekecewaan mereka tahun lepas.

Apa-pun, mewakili diri kawe berasa amat bangga dan terharu dengan kejayaan yang dilakar oleh pasukan kita malam tadi. Tahniah dari kawe kepada skuad Red Warrior di atas persembahan yang hebat malam tadi. Tahniah kepada team jurulath, kepada penyokong Red Warrior dan penyokong yang sanggup datang dari Kelatan, yang berada di rumah serta juga kepada penyokong Hoben Jang Homen yang menunjukkan semangat kesukanan yang tinggi malam tadi. Tahniah kepada rakyat Kelantan serta juga kepada RTM 1 sebab siarkan siaran langsung (semale kawe tak gi tengok sebab kawe demam).



Harapan kawe, tahun depan ada rezeki Kelantan akan menjulang lagi piala yang berpresij ini. GOMO KELATE GOMO!!! KEKOH BIAR DAROH BELECER!!!


Gol Final Piala Malaysia 2010 (Kelantan 2 VS Negeri Sembilan 1)







p/s- video thanks to http://liga-m.sokernet.com and foto thanks to Kelate.Net
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS
Read Comments

Piala Malaysia 2010 - Selamat Berjuang Red Warriors!!!



Malam ini adalah malam yang kawe nantikan. Malam ini ialah final Piala Malaysia 2010. Apa yang kawe nak royak ialah kawe ingin ucapkan selamat berjuang buat Red Warriors. Harapan kawe malam ini mereka pulang dengan kejayaan. Harapan kawe jugak, kepada para penyokong, jagalah disiplin dan tunjukkan kita bukanlah seganas yang mereka fikirkan. Apa-apa pun, GUD LUCK my RED WARRIORS!!!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS
Read Comments

Apa Punca Anak Derhaka???



Media massa memainkan peranan penting. Apabila diteliti terlalu kurang filem atau drama yang menayangkan cerita keluarga bahagia dan harmoni. Walaupun pengakhirnya, si anak atau ibu bapa sedar dan bertaubat tetapi proses untuk kearah itu penuh perlakuan tidak sopan, tengking dan herdik serta bermaki hamun.Kita boleh adakan cerita yang baik. Tidak mustahil seorang anak mengajak adik-adiknya berdoa untuk kesejahteraan ayah mereka. Cium tangan ayah sebaik pulang dan balik kerja, ajak sembahyang jemaah dan sebagainya. Pelikkah kalau ibu bapa praktikkan begitu?

Proses pendidikan yang tidak bermoral turut mempengaruhi. Bagaimana mahu melahirkan anak-anak berakhlak jika di sekolah para guru tidak bermoral? Jika baran dan marah sekalipun, jangan keluarkan perkataan-perkataan celupar seperti bodoh, bengap atau dungu kepada anak murid, kerana kata-kata guru seperti emak, sebahagian daripada doa.
Sabda Nabi saw, “Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukul.”

Jika si anak bijak dan menang dalam sebarang pertandingan sekolah, ucapkan tahniah. Tidak salah kita cium atau peluk mereka sebagai tanda penghargaan. Kala umur mereka 14 hingga 21 tahun jadikan kawan. Tetapi selalunya usia beginilah ibu bapa mula renggangkan hubungan dan ini menyebabkan anak derhaka.

Anak-anak harus dilatih sembahyang jemaah bersama, latih cium tangan dan peluk penuh kasih dan sayang, maka mereka tidak akan tergamak menderhaka. Anak-anak yang lari daripada rumah, berpunca daripada rasa bosan. Belum sempat letak beg sekolah, ibu dah suruh macam-macam. Si anak rasa tertekan dan menyampah dengan persekitaran dan rumah tangga.

Boleh disuruh tetapi berikan hak mereka di rumah. Yang penting dia balik ke rumah suka, dan pergi sekolah pun seronok. Mungkin ibu bapa punya alasan tidak rapat dengan anak-anak kerana sibuk. Kita boleh cuba cara lain, balik di tengah malam, anak-anak sudah tidur, pergi bilik dan cium dahinya. Hubungan rohani tetap subur, walaupun anak tidur tetapi jiwanya sentiasa hidup.

Faktor makanan turut mengganggu jiwa anak-anak dan menjadi aktif tidak menentu. Dalam proses tumbesaran anak-anak, jenis dan mutu makanan sangat penting kerana ia menjadi darah daging. Rasulullah pernah bersabda yang antara lain kisahnya, seorang budak bermain bola dan tertendang masuk ke dalam masjid. Dia masuk ke masjid dan bertembung dengan nabi, dan nabi pun menyebut anak subahat sebanyak tiga kali. Ayahnya runsing dan bertanya kenapa Rasulullah berkata begitu. Bila diperiksa rupanya faktor makanan yang dimakan oleh ayahnya mengganggu tumbesaran si anak. Ia membentuk darah daging dan air mani yang akhirnya membentuk si anak.

Makanan yang baik , pertama halal dan kedua bermutu. Duit halal atau haram turut mengkelaskan jenis makanan. Sebab itu, jika berpendapatan tetap salurkan sedekah atau membayar zakat kerana ia membersih harta. Daripada harta itulah, kita mendapatkan makanan yang akhirnya membentuk darah daging.

DOA ANAK-ANAK TERMAKBUL

Lazim orang tua, pantang anak menegur walaupun tahu mereka bersalah. Jangan rasa tercabar kerana pesan onang tua-tua, bisa ular tidak hilang walau menyusur di bawah akar. Saidina Umar juga pernah berjumpa budak kecil. Dia menghampiri budak itu dan berkata, “Wahai budak, tolong doakan untukku, agar Tuhan ampunkan dosaku.’ Sahabat-sahabat terkejut dan bertanya, “Ya Umar, kamu khalifah, Allah dan Rasul telah jamin syurga untuk kamu, kenapa tidak berdoa sendiri.”

Jawab Saidina Umar, budak-budak kecil tidak berdosa dan doa mereka mudah diterima. Begitu juga dengan Rasulullah, kalau jumpa budak kecil, baginda cukup hormat dan sayang sebab anak-anak tidak berdosa. Lagipun anak anak kalau menegur memang ikhlas dan jangan ambil endah tidak endah

Perasaan anak juga mesti dihargai, sesetengah orang tua kurang bercakap dengan anak-anak. Kalau menegur pun dengan ekor mata dan herdikan. Si anak rasa tersisih dan tidak dihargai. Kepada kawan tempat mereka mengadu bila jumpa kawan baik tidak mengapa, tetapi jumpa yang samseng, ia sudah tentu membawa padah.

Terdapat satu kes, anak mendapat keputusan SPM pangkat dua. Si anak balik menangis dan minta maaf kepada orang tua. Si bapa marah-marah dan herdik seperti melakukan kesalahan terlalu besar. Tidak puas marah, anak dihalau keluar dan tidak bertegur sampai ke hari ini.

Kasihan si anak yang telah berusaha tetapi gagal. Itu bukan kehendaknya dan
rezekinya setakat itu sahaja, tetapi sikap si ayah membunuh jiwa dan terpahat di ingatannya sampai tua

BERTAUBAT SEBELUM MELARAT

Jika Tuhan menurunkan hidayah, segeralah insaf dan bertaubat. Tetapi apa caranya jika orang tua telah meninggal sedangkan sewaktu hidupnya anak derhaka dan melawan mereka? Bila insaf, selalulah ziarah kubur emak dan bacakan ayat-ayat suci untuknya. Jumpa semula kawan-kawan baik ibu atau jiran-jiran yang masih hidup dan buat baik dengan mereka. Sedekah ke masjid atas nama ibu. Walaupun ibu sudah meninggal, minta maaf berkali-kali semoga ibu redha dan Allah ampunkan dosa.

Allah maha pengampun dan luaskan rahmatNya. Tetapi jangan ambil kesempatan buat jahat kemudian bertaubat. Hidup tidak tenteram. Lebih teruk lagi, Allah tunjukkan dalam bentuk bala. Cuba kita perhatikan kemalangan yang berlaku setiap hari. Misalnya tayar kereta pecah, jangan lihat dengan mata kasar, selidik apa salah yang telah kita buat hari ini. Pertama bagaimana hubungan kita dengan Tuhan, jika semuanya baik turun ke peringkat kedua, bagaimana pula hubungan dengan ibu?

Pastikan hubungan dengannya sentiasa harmoni dan lancar. Tidak rugi jalin hubungan yang baik kerana hayat orang tua bukanlah terlalu panjang untuk bersama kita.

HUBUNGAN DENGAN BAPA

Lazim ibu yang dilebihkan, sedangkan bapa menjeruk perasaan kerana tidak dipedulikan anak-anak. Hubungan dengan bapa sepatutnya sama dengan ibu tetàpi dalam konteks Islam, kalau berlaku pertembungan, nabi sunuh utamakan ibu dahulu. Tiga kali ibu barulah sekali kepada bapa.

Bagaimanapun sebaik-baiknya, kasih sayang dan perhatian biar sama agar kedua-duanya tidak berkecil hati. Begitu juga dengan nenek, walaupun kata-katanya ada yang mengarut tetapi jangan melawan di depan mereka. Sebenannya golongan nyanyuk dan tua mencabar kesabaran kita. Walaupun Allah tidak ambil kira kata-kata mereka tetapi kita wajib mentaati dan menghormati golongan tua.

USAH DERHAKA KEPADA MENTUA

Mentua mesti dimuliakan seperti kita menghormati orang tua sendini. Kalau mereka kecil hati, samalah seperti tersinggungnya hati emak. Kita sayang anaknya kenapa tidak sayang orang yang melahirkannya juga? Ada menantu kecil hati dan pendam perasaan terhadap mentua yang terlalu ambil berat tentang anaknya. Bersabarlah dan jalin hubungan baik kerana taraf mereka sama seperti ibu bapa kandung.

Kewajipan anak lelaki, pertama kepada Allah, kedua Rasul, ketiga emak dan emak mentua, keempat bapa dan bapa mentua dan kelima baru isteri. Isteri kena faham, kalau dia sayang dan melebihkan ibu bapa, itu memang wajar.

Sebaliknya anak perempuan, yang pertama Allah, kedua rasul dan ketiga suami. Jalan pintas ke syurga bagi anak-anak selain Allah adalah emak dan ayahnya. Perasaan mentua perlu dijunjung kerana mereka berhak ke atas menantu. Seperti kisah Nabi Allah Ibrahim dengan anaknya Nabi Ismail, suatu hari, Nabi Ibrahim ke rumah anaknya dan kebetulan Nabi Ismail tidak ada di rumah isterinya pun tidak kenal dengan mentuanya.

Menantu berkasar menyebabkan Nabi Ibrahim kecil hati. Dan sebelum balik dia berpesan kepada menantunya suruh suaminya tukar alang rumah kepada yang baru. Bila Nabi Ismail balik isteninya pun menggambarkan rupa lelaki tersebut menyampaikan pesan. Nabi Ismail sedar itu adalah ayahnya. Nabi Ismail insaf di sebalik simbol kata-kata ayahnya, bahawa isterinya bukan daripada kalangan wanita yang berakhlak, lalu diceraikan. Nabi Ismali berkahwin kali kedua dan bapanya masih tidak mengenali menantu. Sekali lagi Nabi Ibrahim melawat dan menantunya melayan dengan bersopan santun walaupun tidak kenal siapa Nabi Ibrahim. Nabi Ibrahim tertarik hati dan sebelum balik berpesan lagi, katakan alang rumah anaknya sudah cukup baik dan jangan ditukar kepada yang lain.

Ibu-ibu tolong maafkan anak-anak dan doakan keselamatan mereka. Memang anak-anak yang degil dan tidak mendengar kata, itu ujian Tuhan. Berdoalah kepada Allah semoga bila usia anak meningkat perangainya berubah. Jika masih tidak berubah, berdoa lagi moga-moga berubah selepas kahwin Sekiranya tidak berbeza, sebelum meninggal tulislah wasiat kepada anak-anak. Jangan tinggal sembahyang dan jadilah anak yang soleh. Ibu-ibu juga amalkan surah Toha ayat satu hingga enam kerana ia mujarab melembutkan hati anak-anak.

P/S-sumber thanks to (http://pastiwp.wordpress.com/2010/01/19/apa-punca-anak-anak-derhaka/)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS
Read Comments

9 Anak 'Buang' Ibu



JOHOR BAHRU: Hanya dengan alasan ibu kuat makan, seorang wanita tua yang lumpuh separuh badan dihantar anaknya ke pusat jagaan warga emas. Lebih menyedihkan, wang pencen arwah suami yang sepatutnya menjadi haknya turut dikaut sembilan zuriatnya itu setiap bulan.

Wanita berusia 84 tahun yang hanya mahu dikenali sebagai Aminah, dihantar ke pusat jagaan selepas semua anaknya bersikap lepas tangan mengenai kebajikannya sedangkan ada antara mereka berjawatan tinggi termasuk bergelar profesional.Akibatnya, Aminah bergantung sepenuhnya terhadap ihsan pihak lain bagi meneruskan kehidupan walaupun dia sebenarnya berhak mendapat pencen arwah suami RM700 sebulan.

“Sebelum suami meninggal dunia, dia berpesan kepada anak supaya menjaga saya. Namun, setahun selepas suami meninggal, kedua-dua kaki saya lumpuh sehingga terpaksa mengengsot.


“Sejak itu saya dianggap beban oleh anak hingga mereka menolak satu sama lain menjaga saya sebelum mengambil keputusan menghantar saya ke pusat jagaan ini tiga tahun lalu,” katanya.

Aminah mempunyai sembilan anak, lima lelaki dan empat perempuan berusia antara 30-an hingga lewat 50-an. Suaminya yang bekerja sebagai anggota polis meninggal dunia 10 tahun lalu. Menurutnya, dia yang lebih banyak menguruskan semua sembilan anak kerana suami sering bertugas luar daerah, mendidik mereka dengan penuh kasih sayang sehingga berjaya.

Aminah berkata, buat masa ini, perbelanjaannya bagi membeli ubat-ubatan mahupun lampin pakai buang yang mencecah RM800 sebulan diuruskan Pusat Jagaan Warga Emas Nur Ehsan di Taman Bukit Kempas.Menurutnya, hasratnya menggunakan wang pencen arwah suaminya tidak kesampaian kerana setiap kali persoalan itu ditimbulkan, ia mencetuskan pertengkaran di kalangan anak.

“Mereka mengambil wang itu secara bergilir-gilir. Jika anak sulung lelaki menggunakannya bulan ini, anak kedua mengambilnya pada bulan depan sebelum kad ATM (mesin juruwang automatik) itu diserahkan kepada anak ketiga.

“Saya sedih kerana setiap kali meminta daripada pengurusan pusat jagaan termasuk membeli minyak angin kerana tidak mempunyai wang sedangkan anak bekerja dan hidup senang,” katanya yang sebak ketika menceritakan kisah hidupnya.

Sementara itu, Pengurus Pusat Jagaan Warga Emas Nur Ehsan, Norijah Bidin, 45, berkata, seorang anak wanita berkenaan menghantar ibu kandungnya itu ke situ dengan alasan wanita berkenaan terbabit kuat makan.

Menurutnya lagi, biarpun pada awalnya berjanji mahu membantu meringankan kos penjagaan ibunya dengan menyerahkan wang pencen arwah bapanya, lelaki berusia 40-an itu langsung tidak mengambil peduli mengenai warga emas terbabit sejak dihantar ke situ, kira-kira tiga lalu.

“Kadangkala nenek berkenaan segan meminta hingga kami menggunakan pendekatan psikologi supaya dia tidak kesunyian dan tidak berasa rendah diri dengan keadaannya itu.

“Kami bukan mendesak keluarga itu, tapi sekurang-kurangnya mereka yang berkemampuan sepatutnya membantu meringankan kos yang ditanggung pusat jagaan,” katanya.

sumber (http://www.hmetro.com.my/articles/9anakbuangibukuatmakan/Article)

P/S- kawe doakan agar ke semua 9 ekor anjing ini insaf dan memohon maaf kepada ibu mereka dan bertaubat kepada ALLAH S.W.T sebelum ibu mereka meninggal atau mereka mampus nanti...
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS
Read Comments

Senyum Itik..




Lawak 1

Seorang wanita menolong seorang mangsa kemalangan di tengah kerumunan orang ramai. Tiba-tiba seorang lelaki menghampirinya dan berkata dengan kasar...
"Puan ketepi...! Biar saya yang buat... saya baru saja tamat kursus rawatan cemas!"

Wanita itu ketepi dan memandang lelaki melakukan tugasnya... Jelas lelaki itu belum begitu mahir... Lalu...dengan tenang wanita itu berkata.

"Kalau akhirnya saudara memerlukan seorang doktor, saya ada di sini."


Lawak 2


Makanan Yang Sihat
Salim sering mengeluh sakit kepala dan dada. Doktor menganjurkan agar dia berhenti merokok dan minum minuman keras. Selain itu harus berhenti makan daging kambing, daging kesukaan Salim.

Doktor : "Jangan lupa daging kambing. Anda hanya boleh makan sayur-sayuran dan daging haiwan yang boleh berenang dan terbang"

Setelah tiga hari berlalu sang Doktor menalifon Salim mengingatkan Salim agar makan hanya daging haiwan yang hanya berenang dan terbang sahaja. Tiga bulan kemudian Doktor mengunjungi rumah Salim untuk melihat perkembangannya. Dia diberitahu oleh orang gaji yang majikannya itu berada di kolam renang.

Mendengar itu sang Doktor merasa tenang, menyangka Salim bukan hanya mengikuti arahannya, tetapi juga mahu berolahraga untuk meningkatkan kesihatan tubuhnya. Sang Doktor kemudian bergegas menuju ke kolam renang dimana Salim berada. Namun apa yang dilihatnya di kolam renang?

"Salim berada di dalam air sedang melatih kambingnya berenang!!!"


Lawak 3

UMNO ada keris, DAP ada roket, PAS ada bulan. Tapi...setajam mana keris,
sepanjang mana roket, kalau DATANG BULAN keris & roket simpan dalam
seluar je le....


Lawak 4

Seorang pemuda memeriksa dirinya di sebuah klinik.. Setelah beberapa soalan bertubi-tubi ditanya kepada doktor berkenaan penyakitnya.. Doktor itu menyuruhnya berbaring dan membuka mulutnya kemudian mengeluarkan lidahnya panjang2. Setelah itu doktor duduk dan menulis sesuatu di mejanya.

Setelah beberapa minit kemudian doktor itu berdiri dan berkata..
"Sudah selesai. Sekarang masukkan lidahmu dan tutup mulutmu semula!"

Dengan kehairanan pemuda tersebut bertanya..
"Doktor, tadi doktor suruh saya berbaring, membuka mulut dan menjulurkan lidah panjang2, tetapi doktor tidak melakukan apa-apa kepada saya. Untuk apa saya lakukan semua itu tadi?"

"Supaya," jawab si doktor..
"Saya boleh menulis repot kesihatan kamu dengan tenang, tidak diganggu oleh pertanyaan kamu yang bertubi-tubi seperti tadi!"

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS
Read Comments

Mee Goreng Thai..




Bahan - bahan
1 kg Mee Thai Mah (Mee Chendol seakan-akan mee laksa tetapi pendek)
200gm isi ayam dipotong kecil
200gm udang sederhana (buang kulit)

Bahan Kisar
15 biji cili padi (dikisar halus)
4 ulas bawang putih (dikisar halus)
1 batang lobak dihiris halus
50 sen daun bawang (di potong 2")
30 sen daun kucai
3 kelopak kobis cina (Pek Chye) hiris
15 helai daun selasih
2 sudu makan kicap
2 sudu makan sos tiram
3 sudu makan sos ikan thai
garam & serbuk perasa secukupnya
sedikit air jika perlu
sedikit minyak untuk menumis

Cara-cara
• Panaskan minyak. Tumis bahan kisar hingga garing & masukkan isi ayam & udang.
• Setelah setengah masak, masukkan semua sos, garam & serbuk perasa dan kacau rata.
• Masukkan sayur & mee, sedikit air jika perlu dan gaul rata. Hidangkan semasa panas.
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS
Read Comments