Senyum Itik..
Posted in
Labels:
funny
|
Lawak 1
Seorang wanita menolong seorang mangsa kemalangan di tengah kerumunan orang ramai. Tiba-tiba seorang lelaki menghampirinya dan berkata dengan kasar...
"Puan ketepi...! Biar saya yang buat... saya baru saja tamat kursus rawatan cemas!"
Wanita itu ketepi dan memandang lelaki melakukan tugasnya... Jelas lelaki itu belum begitu mahir... Lalu...dengan tenang wanita itu berkata.
"Kalau akhirnya saudara memerlukan seorang doktor, saya ada di sini."
Lawak 2
Makanan Yang Sihat
Salim sering mengeluh sakit kepala dan dada. Doktor menganjurkan agar dia berhenti merokok dan minum minuman keras. Selain itu harus berhenti makan daging kambing, daging kesukaan Salim.
Doktor : "Jangan lupa daging kambing. Anda hanya boleh makan sayur-sayuran dan daging haiwan yang boleh berenang dan terbang"
Setelah tiga hari berlalu sang Doktor menalifon Salim mengingatkan Salim agar makan hanya daging haiwan yang hanya berenang dan terbang sahaja. Tiga bulan kemudian Doktor mengunjungi rumah Salim untuk melihat perkembangannya. Dia diberitahu oleh orang gaji yang majikannya itu berada di kolam renang.
Mendengar itu sang Doktor merasa tenang, menyangka Salim bukan hanya mengikuti arahannya, tetapi juga mahu berolahraga untuk meningkatkan kesihatan tubuhnya. Sang Doktor kemudian bergegas menuju ke kolam renang dimana Salim berada. Namun apa yang dilihatnya di kolam renang?
"Salim berada di dalam air sedang melatih kambingnya berenang!!!"
Lawak 3
UMNO ada keris, DAP ada roket, PAS ada bulan. Tapi...setajam mana keris,
sepanjang mana roket, kalau DATANG BULAN keris & roket simpan dalam
seluar je le....
Lawak 4
Seorang pemuda memeriksa dirinya di sebuah klinik.. Setelah beberapa soalan bertubi-tubi ditanya kepada doktor berkenaan penyakitnya.. Doktor itu menyuruhnya berbaring dan membuka mulutnya kemudian mengeluarkan lidahnya panjang2. Setelah itu doktor duduk dan menulis sesuatu di mejanya.
Setelah beberapa minit kemudian doktor itu berdiri dan berkata..
"Sudah selesai. Sekarang masukkan lidahmu dan tutup mulutmu semula!"
Dengan kehairanan pemuda tersebut bertanya..
"Doktor, tadi doktor suruh saya berbaring, membuka mulut dan menjulurkan lidah panjang2, tetapi doktor tidak melakukan apa-apa kepada saya. Untuk apa saya lakukan semua itu tadi?"
"Supaya," jawab si doktor..
"Saya boleh menulis repot kesihatan kamu dengan tenang, tidak diganggu oleh pertanyaan kamu yang bertubi-tubi seperti tadi!"
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Response to "Senyum Itik.."
Post a Comment