Red Warrior Juara Piala Malaysia 2010!!!








ALHAMDULILLAH!!
Tahniah. Diucapkan kepada pemain skuad RED WARRIOR kerana telah berjaya merangkul gelaran juara Piala Malaysia tahun ini. Biarpun kecewa pada tahun lepas, skuad Kelantan pimpinan ketua jurulatih B Sathianathan akhirnya berjaya menamakan kemarau dan menempa sejarah bagi negeri Kelantan.




Biarpun pada babak pertama perlawanan Kelantan dilihat agak 'slow' namun kawe teringat kata-kata keramat yang kawe selalu sebut kepada Ma kawe kalau kawe malas study dekat-dekat exam. Ayat 'hero tak gaduh' (hero tak rush) akhirnya terbukti malam tadi. Pada babak kedua Red Warrior benar-benar mengamuk dan akhirnya tandukan Hairudin dan jaringan Piya, serta kesungguhan keseluruhan skuad Kelantan telah berjaya menebus kekecewaan mereka tahun lepas.

Apa-pun, mewakili diri kawe berasa amat bangga dan terharu dengan kejayaan yang dilakar oleh pasukan kita malam tadi. Tahniah dari kawe kepada skuad Red Warrior di atas persembahan yang hebat malam tadi. Tahniah kepada team jurulath, kepada penyokong Red Warrior dan penyokong yang sanggup datang dari Kelatan, yang berada di rumah serta juga kepada penyokong Hoben Jang Homen yang menunjukkan semangat kesukanan yang tinggi malam tadi. Tahniah kepada rakyat Kelantan serta juga kepada RTM 1 sebab siarkan siaran langsung (semale kawe tak gi tengok sebab kawe demam).



Harapan kawe, tahun depan ada rezeki Kelantan akan menjulang lagi piala yang berpresij ini. GOMO KELATE GOMO!!! KEKOH BIAR DAROH BELECER!!!


Gol Final Piala Malaysia 2010 (Kelantan 2 VS Negeri Sembilan 1)







p/s- video thanks to http://liga-m.sokernet.com and foto thanks to Kelate.Net
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS
Read Comments

0 Response to "Red Warrior Juara Piala Malaysia 2010!!!"