Parlimen Malaysia Bubar 3/4/2013



Tanggal 3/4/2013 tarikh keramat bila mana PM Malaysia mengumumkan pembubaran parlimen. Berita ini adalah sesuatu yang amat ditunggu-tunggu oleh rakyat Malaysia. Sekian lama mereka menunggu untuk mengundi akhirnya akan tercapai di dalam masa 60 hari dari tarikh pembubaran parlimen ini. Bagi kawe secara peribadi, berita ini adalah berita gembira yang ditunggu-tunggu.

Inilah masanya kawe rasa, bukan hanya kawe seorang tetapi semua orang bercita-cita untuk memangkah calon pilihan mereka. Bagi kawe, masa inilah untuk memilih pemimpin yang adil dan mampu membela nasib rakyat. Pemimpin yang diharapkan adalah yang taat kepada ALLAh dan Rasulullah dan mampu membawa perubahan di kawasan yang diwakili mereka.

Bukan perubahan pembangunan fizikal sahaja, tetapi pembangunan rohani dan akhlak yang merupakan asas terpenting yang sudah pun hilang di dalam jiwa rakyat kita. Betul tak? Paling penting dan kawe doakan, pilihanraya yang akan dijalankan adalah yang Bersih dan adil. Kawe harap tidak akan ada insiden yang membawa kepada mekudaratan. Pergaduhan, khianat, atau mensabotaj pihak lawan tidak sepatutnya berlaku.

Hayatilah amalan demokrasi agar tidak kita melakukan perkara yang bodoh. Apa pun, kawe ucapkan selamat berkempen dengan bersih dan selamat mengundi kepada seluruh warganegara Malaysia yang sah. yang ic tipu, PATI, atau pengundi hantu anda adalah tidak dialu-alukan. Dapat, mampus lah kamu. Bai bai..
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS
Read Comments

0 Response to "Parlimen Malaysia Bubar 3/4/2013"