Pakcik Penjual Tisu
Posted in
Labels:
armanizan
|
Baru-baru ni aku ada la pergi ke sebuah restoran manjamu selera dengan tunang aku. Waktu tu dalam pukul 8 malam lah lebih kurang. Dekat Kota Damansara. Kami makan Mee Celup siam. Memang best aku cakap ngko. Susah nak cari rasa mee berkuah macam tu dekat Selangor ni. Tengah makan-makan tu, adalah dating seorang pakcik dia dengan anak dia jual tisu. Dari jauh aku duk usha-usha tengok. Kesian jugak kat mereka. Ye lah, kita semua makan sedap-sedap tapi mereka terpaksa menahan malu dari meja ke meja menjual tisu. Aku tengok ada jugak yang beli, ada jugak yang tak beli. Sampai turn aku, aku beli lah semampu aku bagi. Sehinggalah turn ada satu pasangan abang dengan kakak tu, Melayu, Islam (Sebab bini dia pakai tudung, tu yang aku anggap dia ISlam). Aku pun duk perhati lah tengok. Masa pakcik yang tangan dia tak sempurna dengan anak dia menjual tisu hampiri pasangan abang dan kakak tu, pasangan tu buat-buat tak tahu jer. Pakcik tu dengan anak dia berdiri tepi meja abang dan kakak tu tapi mereka buat tak endah sahaja. Siap pasanagan abang dan kakak bertuah tu buat pesanan dekat pelayan dengan membiarkan pakcik jual tisu dengan anaknya terus berdiri tanpa cakap ‘tak nak’ ke, ‘tak mahu’ ke. Aku rasa terkilan dan sedih kerana pasanagan abang dan kakak tu sanggup buat macam tu. Mungkin bagi mereka berdua dan pelanggan lain dalam restoran tu perkara ini tak ada apa-apa dan tidak payah ambil pusing sangat tetapi bagi aku, cukup meyedihkan kerana ia melibatkan soal kemanusiaan. Perkara yang sudah pupus sekarang ini.
Mereka (pakcik jual tisu) dilayan seolah-olah tiada harga, seolah-olah satu entiti yang tidak wujud walhal mereka berdiri di tepi meja dan menghadap pasangan tu. Aku andaikan diri aku berada di tempat pakcik tu. Betapa malu, terhinanya bila orang buat-buat tak layan. Aku tengok pakcik tu dengan anak dia terus keluar dari kedai dengan muka yang sedih dan sayu. Aku tertanya-tanya, adakah pekerjaan mereka itu hina? Adakah mereka membuat satu kesalah? Tidak, mereka hanya mencari rezeki demi mendapatkan sesuap nasi. Sepatutnya pasangan itu beli lah dengan niat bersedekah kerana aku yakin RM1 pun sudah mampu menggembirakan hati pakcik penjual tisu itu. Hendak kata pasangan tu xada duit mereka mampu makan di restoran. Datang pun naik kereta besar berbanding aku naik moto sahaja.
Aku terfikir mungkin pasangan itu ingat mereka sudah senang tidak perlu membantu orang yang susah. Atau mungkin pasangan bertuah itu tidak pernah merasai hidup melarat menyebabkan hati mereka keras dan tidak memiliki perasaan belas kasihan sesame manusia, sesame bangsa, sesame agama. Aku dapat rasakan ini adalah salah satu spesis manusia disamping ribuan lagi yang mementingkan diri sendiri. Mereka menganggap kesusahan seseorang itu bukan hal mereka. Ataupun mereka sombong kerana memiliki kesenangan dan tidak memandang golongan susah. Mungkin juga mereka malu kerana dihampiri oleh orang susah. Aku harap manusia macam ni patut pupus agar tidak member kesan negative kepada manusia lain.
Sepatutnya sebagai manusia yang lemah, kita harus bersyukur diberikan kekayaan dan dengan kekayaan kita perolehi, bantulah insane yang susah. Manusia kena ingat siapakah yang memberikan mereka rezeki? Harta yang mereka ada itu adalah hak siapa yang sebenarnya? Semuanya adalah hak ALLAH S.W.T. Kekayaan yang diberikan adalah dari Allah untuk kita pegang dan memberikan kepada yang benar-benar memerlukan.
Bagi aku, pakcik penjual tisu tu mencari rezeki yang halal dan dia tidak mengambil hak orang lain. Kerjanya lebih berguna dari perompak, pencuri, peragut dan lebih mulia martabatnya dari penyayi-penyayi, artis-artis yang melalak di atas pentas macam anjing dan terlompat-lompat macam monyet.

Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Response to "Pakcik Penjual Tisu"
Post a Comment