Sejarah Dikir Barat Aku..

Sejarah dikir barat dalam hidup aku ni bermula masa umur aku kira-kira dalam 4 atau 5 tahun. Seingat-ingat aku lah. Waktu itu dekat kampong aku diadakan satu perlawanan dikir barat di antara kampong aku lawan dengan kampong mana aku pun lupa daaa. Waktu itu kampong aku ialah Kg Sabak yang sebelum dimakan hakisan lagi. Yang mana sekarang Kg Sabak yang asal sudah 3 hingga 4 km ke dalam laut. Dimakan hakisan. Pada malam dikir barat itu seingat aku lah Allahyarham Aripin Ana ada. Tukan karut aku lupa sebab dah lama dah. Masa tu tengah top lagu ‘Negeri Kelantan Darul Naim’. Lirik dia pun aku ingat-ingat lupa dah. Masa tu, aku tidak minat dengan dikir barat. Sekadar tengok jer. Lagipun malam tu aku jadi patrolmen.

Time tu aku ngan pak sedara aku (Ayah Pie & Ayah Wan) jadi jaga parking moto tepi rumah nenek aku. Aku ingat lagi malam tu berbekalkan lampu suluh, aku buat patrol jaga moto sambil dengar dikir barat. Rasanya kena bayar show malam tu. Tu cerita 22 tahun dulu lah. Itulah first dikir barat yang aku tengok. Lepas tu aku hanya dengar melalui radio sahaja. Time tu mana ada pertandingan dalam TV mcam skang ni.

Kemudian masa aku darjah 3 atau 4 aku tengok dekat sekolah. Time tu tok jogho dia Lee (Ramli Raja Laut). Tapi time tu aku tak terlibat sebab aku kurang minat lagi dikir barat. Minat aku time tu cenderung kepada sukan. Hal-hal kebudayaan ni aku kurang amek pot sangat.

Bila naik sekolah menengah aku lebih gilakan sukan. Aku lebih aktif dalam olahraga dan bola tampar. Masuk form dua aku lebih berminat kepada hal-hal persatuan kerana aku telah mengalami 2 kejadian pahit lepe dalam sukan. Time main bola sepak ngan lompat jauh. Terjadi perkara yang memberikan aku kemaluan yang sangat besar. PAda masa aktif persatuan, Aku banyak gak pegang jawatan time ni. Aku start jadi pengawas time middle school masa form 2 lah. Aku dapat anugerah Pengawas Pelatih Terbaik 1998. Aku dapat tewaskan senior-senior dari form 3. 4 dan 5.

Haa.. masa aku form 3 lah aku start minat dikir barat. Time tu sekolah nak adakan persembahan sempena Hari Guru. Kebiasaannya kalau ada acara aku ni terlibat dalam bahagian belakang tabir. Aku uruskan pentas dan aturcara. Start mula majlis, pasang lagu dan macam-macam lagi. Tapi tahun tu atas permintaan ramai kau kena terlibat on stage. Maka terpaksalah aku fikirkan apa persembahan yang hendak aku dan badan pengawas buat. Last-last kami pun buatlah dikir barat. Lagu time tu tangah top lago ‘Oh carol’. Member aku Peja yang nyayi. Aku jadi awok-awok je sbb aku memang tak pandai nynyi. Alat muzik time tu pandai main gong jer. Posh posh posh

Kemudian pada form 4, 5 aku kurang minat ngan dikir. Aku lebih kepada persaruan dan time tu aku sibuk kerana pegang banyak jawatan macam Pengerusi Silat Terlak IV, pengerusi Pengurusan Surau, Biro Disiplin Pengawas, Penolong Rumah Sukan, Pengerusi Bahasa Melayu dan beberapa jawatan yang aku pun dah lupa.

Form 6 lower dan 6 upper, aku langsung tak terlibat dengan dkir. Kalau ada pun aku hanya pergi tengok geng-geng kampong aku jer (Kg Pantai Sabak- Juara Dikir Barat 2007). Masa form 6 aku cenderung kepada aktiviti ponteng sekolah nagan classmate aku. MAsa lower 6. Masa form upper 6 aku lebih kepada acara ponteng sekolah (nak tgk Dragon Ball), lepak kedai Kak Zah (nasi ayam berempah), lepak cybercafé ngan Patah. Dan lepak2 KB ngan geng-geng 6Au yang gila-gila. Salah seorangnya ialah Kak (Gewe aku skang).

Bila masuk UKM lah baru aku benar-benar serious dalam arena dikir barat ni. Masa aku first year dekat UKM aku pernak la kena aniaya dekat senior-senior. Minum air perencah Meggi campur ajinomoto, campur lada. Ni adalah kononnya ritual nak jadi geng diorang. Maka minumlah aku. Sedap jugak tapi. Last sekali aku memang kamceng ngan diorang ni. Senior-senior yang aku respek sepeti Makyi Long, Bedul, Mat Syah, Mat Apih, Mat G, Jijo, Pairot, David, Mat Lan Misai, Jaki, Ijo, Beri, Boyi dan ramai lagi yang aku lupa nama, (Sorry Banyak3) banyak ajar aku berkenaan dikir barat ni.

Bermula saat itulah aku mula aktif dengan Pusaka Naim dan Tunas Warisan hingga aku grad tahun 2008. Sejarah Tunas Warisan korang boleh baca dalam blog Ise Tok Jogho kita (http://senipusaka.blogspot.com) Macam-macam rintangan dan kejayaan dikecapai. Alhamdulillah, Tunas Warisan terus bertunas dan bertahan. Walau aku dah grad aku, tetap akan sentiasa melawat dan memberi sokongan kepada Tunas Warisan dan pastinya aku masih dan akan terus memantau pergerakan Tunas Warisan yang pernah aku perjuangkan dahulu.
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS
Read Comments

0 Response to "Sejarah Dikir Barat Aku.."