Happy Calebrating Hari Raya 2009!!


Salam Lebaran Kepada Semua Umat Islam Yang Berpuasa di Bulan Ramadhan dan Layak Menyambut Hari Raya... Wish Happy Hari Raya To All Muslimin Muslimat Who Fasting During Ramadhan....
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS
Read Comments

Buang Ibu Di Aidilfitri

Ni ada satu berita menarik yang aku ambil dari http://www.hmetro.com.my (myMetro) bertarikh 16 September 2009. Apa aku nak ialah kita sama-sama berkongsi cerita ini dan merenungnya....



Oleh Mary Victoria Dass
maryvictoria@hmetro.com.my

JOHOR BAHRU: Sekeras-keras batu, keras lagi hati seorang anak lelaki yang tergamak memecut kereta meninggalkan ibunya. Lebih memilukan, dia tergamak membiarkan wanita tua itu berlari mengejarnya kira-kira 20 meter kerana mahu mengikut si anak pulang menyambut Aidilfitri di rumah. Namun, apalah kudrat seorang wanita berusia 70-an, apatah lagi terpaksa menggendong bungkusan baju dalam kain batik, untuk mengejar kereta anaknya berusia 40-an yang semakin jauh meninggalkannya. Ia bukan babak menyayat hati dalam drama televisyen, tetapi realiti hidup ditempuhi seorang penghuni rumah jagaan warga emas dan psikatri di Jalan Denai 1, Kempas di sini, yang begitu mengharapkan untuk pulang menyambut hari raya bersama anak dan cucunya di Masai, dekat sini.
Kisah sedih pada pertengahan Ramadan itu diceritakan Pengasas Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor, Norijah Bidin kepada wartawan Harian Metro, semalam. Menurut Norijah, beliau masih mengingati detik cukup menyentuh perasaan itu, apatah lagi kakitangan rumah jagaan berkenaan terpaksa memujuk warga emas uzur terbabit supaya bersabar dan wanita tua itu hanya mampu menangis mengenangkan nasibnya ditinggalkan anak sendiri. Katanya, kejadian bermula apabila lelaki berkenaan datang menziarahi ibunya di rumah penjagaan itu bagi memaklumkan dia tidak dapat dibawa pulang pada hari raya kali ini kerana tiada sesiapa menjaganya.

“Kami menyangka dia ingin membawa ibunya pulang bagi menyambut Aidilfitri kerana sudah dua tahun wanita berkenaan beraya di sini,” katanya ketika ditemui. Menurutnya, terlalu seronok dengan kunjungan anak lelakinya, wanita tua terbabit terus menyalin pakaian dan bersiap untuk mengikut pulang ke rumah keluarganya di Masai. “Kami melihat wanita itu bersungguh-sungguh membungkus pakaiannya ke dalam kain batik kerana mahu pulang ke rumah anaknya,” katanya.

Menurut Norijah, tanpa disangka-sangka, ketika si ibu sedang sibuk berkemas, lelaki berkenaan beredar dari situ secara senyap-senyap tanpa memaklumkan sesiapa. “Menyedari anak lelakinya mahu beredar, wanita itu panik dan mengejar kereta anaknya yang mula meninggalkan kawasan rumah kebajikan. “Wanita tua itu berlari kira-kira 20 meter untuk mengejar kereta berkenaan, tetapi anaknya tetap meninggalkannya. “Si ibu yang terkilan dengan perbuatan anaknya bukan saja mengalami masalah kesihatan, malah kemurungan selama beberapa hari kerana hampa tidak dapat pulang beraya di rumah,” katanya.

Norijah yang bertugas sebagai jururawat di Hospital Permai di sini, berkata daripada 11 warga emas yang mendapatkan perlindungan di pusat jagaan berkenaan, segelintir masih mempunyai ahli keluarga termasuk anak. Menurutnya, lebih mengecewakan, waris warga emas berkenaan yang juga bekas pesakit psikiatri tidak datang menjenguk mereka menjelang 1 Syawal yang bakal tiba.

“Ia mengakibatkan warga emas itu menyambut Aidilfitri bersama penghuni lain di pusat jagaan ini walaupun mereka merindui suasana beraya dengan keluarga di kampung. “Sempena Aidilfitri kali ini, kami amat berharap jika anak warga emas mahupun waris penghuni di sini, datanglah berkunjung bagi menggembirakan mereka. Kalau bukan selalu, setahun sekalipun cukuplah,” katanya.

Baru-baru ini, pusat jagaan berkenaan menerima kunjungan lebih 20 ahli Persatuan Usahawan Wanita Bumiputera Malaysia (Usahanita) Negeri Johor di sini. Pengerusi Usahanita, Datuk Rokiah Omar, tampil menyampaikan sumbangan pakaian, wang dan barangan keperluan harian kepada penghuni rumah kebajikan itu bertujuan memeriahkan sambutan Aidilfitri mereka. Rokiah berkata, pihaknya akan berusaha membantu rumah kebajikan berkenaan yang turut berdepan masalah kekurangan kemudahan.

“Kami akan berusaha bagi mendapatkan van selain kemudahan kerusi roda bagi warga emas yang uzur supaya memudahkan mereka bergerak,” katanya.
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS
Read Comments

Pengorbanan Seorang Ibu dan Bapa..

Kisah ini terjadi semasa aku berumur 8 tahun (darjah 2). Masa tu arwah Abah aku ada lagi dan di bekerja di Singapura. Time tu aku dengan Ma aku (panggilan untuk Ibu aku), Along dan Kak Ja aku. Aku ingat lagi pada masa tu semua kawan-kawan aku sudah memiliki basikal masing-masing. Aku je yang belum ada.

Suatu hari tu, aku bermimpi yang aku dah ada basikal sendiri. Bila bangun je aku menagis sebab mana basikal aku? Aku pun mengadu dekat Ma aku. Ma aku pun, tanpa banyak bicara dan kerana sayangkan aku terus ke Pengkalan Chepa untuk membeli basikal aku. Akhirnya Ma aku beli dan berinya sebagai hadiah kepada aku.

Yang tidak akan aku lupakan sampai mati ialah Ma aku bawak balik basikal tu dari Pengkalan Chepa ke Kg Sabak dengan mengayuhnya sahaja. Kalau sesiapa tahu jarak dari Pangkalan Chepa ke Kg. Sabak, bayangkan sejauh mana Ma aku berkayuh demi aku dibawah panas matahari. Aku benar-benar gembira, terharu dan tidak dapat diluahkan perasaan pada hari itu dan kepada Ma aku, anakmu ini mengucapkan billionan terima kasih yang tidak dapat dibalas dengan apa jua. Ma adalah terbaik!

Abah aku, Abah aku pula telah meninggal pada pagi Isnin tanggal 18/07/2005 pada usia 49 tahun 11 bulan. Kehilangan abah aku masih dirasai kami sehingga kini. Jasa Abah aku tidak dapat diceritakan disini kerana terlalu banyak dan aku akan ceritakan secubit sahaja iaitu satu peristiwa semasa aku lemas.

Hari tu adalah hari gembira dalam hidup aku kerana Abah aku membenarkan aku mengikutnya membeli barang menaiki perahu di rumah Nenek aku. Umur aku seingat aku dalam 4 atau 5 tahun. Masa itu banjir berlaku dan aku seronok kerana dapat naik perahu. Bila excited sangat aku naik perahu dengan berdiri (kononnya nak tunjuk herolah dekat kawan-kawan). Tetapi entah macam amana aku terjatuh di dalam air yang agak dalam. MAsa tu aku xnampak apa dah. Pandangan aku hanya nampak merah seperti senja. Allah Maha Kuasa, aku tiba-tiba nampak tangan Abah aku menarik aku dari dalam air. Kau bukan setakat terhutang budi tetapi nyawa kepada Abah aku.

Abah aku juga sanggup ke luar malam-malam antara pukul 2 hingga 4 pagi pergi mencari ketam jika kami adik-beradik hendak makan ketam. Sanggup keluar meyuluh udang kalau kami hendak makan udang. Namun, kami tidak dapat membalas jasa Abah aku. Hanya doa akan sentiasa aku panjarkan agar roh Abah aku tersayang ditempatkan dikalangan orang solehah.

Ini adalah sezarah dari pengorbanan seorang Ibu dan Bapakepada anaknya. Bayak lagi yang Ma aku buat untuk anak-anaknya dan tidak yermampu untuk aku balas. Sampai mati pun aku tidak akan lupakan jasa Ma dan Abah aku ini. Aku harap, kita semua hargailah jasa Ibu dan Bapa kita selagi mereka masih hidup. Jika mereka tiada, tiada guna kita menangis atau menyesal. Mintalah maaf selalu dan janganlah menderhakai Ibu Bapa kita. Jangan biarkan mereka mengalirkan air mata kesedihan kerana kita biarlah biarlah mereka mengalirkan air mata kegembiraan kerana kita.:)
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS
Read Comments

Kem Dikir Barat 2006 Pantai Sri Tujoh Part 1..

Tanggal bulan September 2006 bertempat di Pantai Sri Tujoh telah diadakan satu kem Dikir Barat oleh kumpulan Tunas Warisan dari UKM. Sewaktu kem itu dijalankan pelbagai aktiviti yang seronok, sero nok, kurang seronok dan tak seronok langsung telah diadakan. Kami telah berkem di sana selama berapa hari pun lupa dah. Apa yang nak aku ceritakan ialah beberapa pengalaman yang menyeronokkan dalam kem tersebut. Kita bermula pada hari pertama kem iaitu perjalanan dari Kajang ke Wakaf Baru menaiki keretapi. Bersambung esok..... aku nak g maye Jumaat nie

Aku menyambung kembali cerita semalam.. Petang itu kami dalam 15 orang kalau tak silap aku ke stesen komuter UKM untuk ke Kajang. DAlam komuter tu sempat lagi lah aku bergambar dengan MAt Boyah dan Pije Indon serta Pokcik.


Lepas sampai kat stesen Kajang tu lah puak kami yang kepala sumbat air ni amik gambar lagi sekali. Kali ni memang teruk la kami balun. Yang penting, memori harus direkodkan untuk tatapan kemudian hari...




Selepas itu bernulalah perjalanan kami yang jauh menuju ke Wakaf Baru. Separuh gerabak keretapi malam tu dikuasai kami semua. Memang bestla wa cakap lu. macam-macam ragam boleh tengok. Ada budak-budak junior(geng-geng ni aku tak kenal lagi time ni) yang tak biasa naik ketapi ada yang pening, pucat muka. Ha Ha HA. Aku ingat lagi siapa tapi biarlah aku dengan orang yang ingat sahaja tahu.. Malam tu benda kami buat, dari borak-borak, lepak kt kantin sehinggalah aku tertido. Sedar-sedar dalam jam berapa entah keretapi dah sampai stesen Gemas. Time tu punyalah lapar perut aku. So, kami pun turun untuk cari makan buat alas perut.

Cari punya cari, adalah kakak tu jual nasi lemak dengan nasi berlauk RM1 je sebungkus. Licin kami bedal nasi akak tu. Selepas itu bermulalah acara menjamu selera ramai-ramai..



Lepas makan, perut kenyang, ada jugak yang sempat membuang kami meneruskan perjalanan. Aku pulak kalau naik keretapi tak ada kerja lain lah selain tido, tido, tido dan tido. Aku memang tak ingat apa dah. Yang aku tahu malam tu Jaki, Ise dan beberapa orang lagi geng-geng aku tak tido. (duk ngejas bare) Aku sedar- je dah pagi dah.. Bangun je terus lepak dekat pintu keretapi (nasib baik tak jatuh, kalu tak mampossss)..


Oh ya, baru aku ingat. Kami tak turun Wakaf baru tapi turun dekat stesen Pasir Mas. Dari Pasir Mas kami naik bas menuju ke rumah Ise Kota (tok joro kita yang manja). Dekat rumah Ise kami dijamu oleh keluarganya dengan nasi yang sememangnya aku tambah sampai tiga kali. Lapar.. (Terima Kasih buat Ise Kota dan Keluarga diatas tajaan makanan kepada Tunas Warisan)Lepas tu, Ise jugaklah arrange van dengan kawannya bawak kami ke wakaf che yeh untu berkumpul di sana sebelum meneruskan perjalanan ke pantai Sri Tujoh. Lepas berkumpul, ada jugak yang balik rumah tak datang-datang ke kem (binawe). Kami berjumpa dengan Allayarham Abe Mie Bukit Marok dan meneruskan perjalanan ke pantai Sri Tujoh. Aku naik moto dengan Aje. Punyalah jauh rasanya sampai naik kebas punggung aku.

Maka, sampailah aku ke pantai Sri Tujoh..Bila sampai sana budak-budak dengan van tak sampai-sampai lagi. Selepas menunggu barulah sampai dan sementara menanti Miji mengadjust chalet untuk penginapan, (tima kasih buat Miji) kami pekena dulu air nyor nak segarkan badan lah katakan.

Aku macam biasalah, kerja aku ialah mengajak geng kacip pil merayau-rayau. Tujuannya ialah utntu mengambil gambar lah. Memori harus direkodkan untuk tatapan di kemudian hari.





Selepas itu kami diberikan dua chalet sebelah menyebelah dan masing-masing pakat dok berebut katil (aku tido bawah je atas lantai). Kami berehat sepuas-puasnya dan bersedia untuk acara sulung yang akan berlangsung petang tu... Bersambung pulok dohh.. Aku nak pergi tandas b*r*k jap.

Acara kami kemudian bermula dengan tidak rasmi pada sebelah petang. Iaitu jalan-jalan di pantai.. Aku kebetulan tido, terlewat sedikit dari yang lain yang terlalu excited nak main pantai. (aku dah asal pun dari pantai gak, so aku slow2 jer)
Bila aku ke sana macam-macam aktiviti dah berlaku seperti bermain dekcok(aku xtahu bahasa suratnya panggil apa), tangkap obor-obor dan bermacam aktiviti yang keanak-anakan lagi.



Kemudian sebelah malam kami dijamu dengan berbique ikan ditaja khas oleh Aje (ayah aje yang sponsor..Terima Kasih buat Aje dan keluarga). Meme puah ati lah malam tu, walaupun aku tak tolong kerana semua budak junior yang buat kerja. (Sorry ek my junior frendzz)


Hari seterusnya bermula secara rasmi latihan fizikal iaitu bangun pagi, dan joging dekat pantai dan disudahi dengan latihan vokal. Time ni lah macam-macam peristiwa terjadi macam ada yang bangun lambat, lambat pergi joging a.k.a ponteng joging (aku, Bedul dan Mak Yie Long). Kena ngepek ko Joe, dan macam-mcam lagi. Bila difikirkan balik best jugak. Kelakar pun ada jugak rasa. Apa-apa pun,se,asa aktiviti pagi pun sempat lagi bergambar kerana memori harus dirakam untuk tatapan kemudian hari...


Petang tu pulak diadakan latihan dikir di tepi sungai. Ada la jugak seround dua kami berlatih. Lepas tu acara diteruskan dengan perlawanan yang aku tak dapat lupakan dalam hidup. "Perlawanan Futsal Kaki Ayam Sambil Kutip Bola Masuk Sungai". Lebih kurang macam tu lah nama perlawanan ini. Seingat aku team aku menang pada hari tu. Striker team kami adalah Peja Batas dan sapa aku xingat dah(Sorry ek). Tapi memang best lah. Seronok, kelakar dan cemas jugak la. Paling kelakar bila ada sapa-sapa yang sepak bola terlalu kuat, maka bola akan terus masuk dalam sungai yang airnya dah surut, maka pergilah dia kutip balik bola tu. (aku xpernah turun sebab aku beringat dah. ada sekali nasib baik kena pagar melantun balik,nasib baik tak masuk dalam sungai. kalau tak, naya ooooo)Sudahnya, lepas perlawanan itu, acara bergambar lagi bagi meraikan kejayaan team kami...


Pada sebelah malam pulak, selepas solat Isya' kami beramai-ramai berjalan kaki ke bangsal tempat puak Sri Tujoh a.k.a puak Miji berlatih dikir barat. Tujuan ke sana adalah untuk didedahkan dengan seni dikir yang sebenar kepada Tunas Warisan dan untuk menuntut ilmu serta petua dikir barat yang sebenar (ilmu cekok muse). Malam itu sebelum bergerak semua pakat berkumpul dan sempat lagi, macam biasalah. Bergambar....


Selepas melalui ranjau dan arus yang mencabar akhirnya sampailah kami ke bangsal (gelanggang) tersebut. Malam itu puak Tunas Warisan yang darat itu telah dipukau oleh persembahan dikir barat puak kg. Miji yang sungguh bertenaga. Semua pakat ralit dan kami telah jatuh cinta dengan sebuah lagu Jogho yang semua orang tahu. (tak perlu aku perkenalkan lagi sebab semua dan hafal lagu ni). Dalam tengah ralit tu, sempat lagilah acara berfoto dilaksanakan denagn jayanya..


Malam-malam berikutnya (aku lupa berapa lama kami kat sana) pelbagai aktiviti dilakukan, seperti acara makan tomyam dekat kedai depan chalet kami. Siap buat meeting lagi dalam kedai orang (jange buat lagi la weh). Lepas tu ada yang g makan Mee Cambor dekat kedai pelayan (aku tak pergi deh, hanya mereka yang pergi je tahu). Main jongkat-jongket dan buaian di waktu pagi (boleh dilihat dekat link ni http://www.metacafe.com/watch/960776/stupid_teen/. Dan acara-acara yang aku lupa laaaa. (Sesiapa ingat boleh email aku kat armanizan@gmail.com)

Selepas berada beberapa hari di Pantai Sri Tujoh yang banyak kenangannya, kami pun pergi ke kg, Jeri Spek. Kami ditawarkan bermalam di banglo dua tingkat first class punya. (Tajaan ayah dan emak Jeri Spek. Terima Kaish Buat Jeri Spek dan keluargnya diatas layanan first classs five star). Sampai di rumah itu masing-masing kepenatan dan berehat-rehat kerana malam itu kami akan meyertai Festival Dikir Barat Perdana 2006 di Stadium Sultam Muhamad ke IV. Paling tak dapat lupa, siap emak Jeri Spek kutip baju kitorang untuk basuh dan menyediakan makanan tengah hari buat Tunas Warisan. (Terima Kasih Buat emak Jeri Spek. Kami Tunas Warisan mengucapkan terima kasih diatas susah payah dan memohon maaf kerana menyusahkan ayah dan mak Jeri sekeluarga)

Aku pulak, tumpang Bedul balik rumah jumpa Ma aku. HeHE. Siap Ma aku masak special untuk aku lagi. Ada jugak geng-geng aku pergi jalan-jalan kat Kota Bharu. Dan macam-macam aktiviti lagilah. Sebelah petang barulah kami berlatih dalam keadaan lesu dan suara yang serak-serak kering kerana sudah teruk kena dekat Sri Tujoh. Maka berlatihlah kami depan rumah menghadap jalan raya dengan keletihan dan kestressan. (Kena ngepek ko Joe, padan muka puak-puak Tunas). Paling kelakar, ada sorang budak tu datang lambat(Kudin Hurai). Dia tanya aku xapa ke, aku cakap masuk je. Xada apa-apa. Kelakarnya..

...............................
Malam tu kami beramai-ramai naik van bergerak ke Stadium (Terima kasih lagi buat ayah Jeri Spek tolong uruskan van untuk kami). Malam tu, keluarga aku pun pergi jugak. Punyalah berdebar dan takut sebab itu adalah kali pertama aku masuk pertandingan. (Sebelum ni buat persembahan dia punya tekanan tu lain beb). Ye la, satu kampung aku datang tengok. Team kami lawan kumulan Sri Limbungan yang memang sudah terkenal kehebatannya. Jawapannya, malam itu kami semua kia. Persembahan agak hambar dan aku pulak, semasa hendak keluar ditolak oleh Topek Lee ( Padahal cerita sebenarnya kaki aku time tu tengah kebas a.k.a sereban. Bila bangun tiba-tiba je kaki aku jadi lembek dan aku nak jatu, nasib baik tak tergolek. Malu gile natang babis la jugak. Bila turun, rupa-rupanya penonton ingat Topek Lee tolek aku sebab dia kebetulan ada kat belakang aku dan cara aku jatuh macam orang ditolak. Jadi, selamattt aku. kalo tak, besar jugak kemaluan aku.. Kepada Topek Lee, timas kasih kerana time tu ada kat belakang aku dan orang tak kata aku jatuh. Kata ditolak. He hEhE)...




Malam itu kami kalah tapi ia tidak mematahkan semangat untuk ke KUSTEM. Apa yang paling berharga ia pengalaman yang kita kutip malam itu. Pengalaman yang berharga kerana berpeluang menyaksikan pasukan-pasukan yang berpengalaman beraksi malam tu. Kami seronok, teruja, terkesima dan terharu kerana diberi peluang menyertai pertandingan yang besar seperti itu. Perjalanan kami masih jauh lagi selepas malam itu kerana kami akan ke KUSTEM untuk menyertai pertandingan Dikir MAKUM 2006.... Perjalanan ke KUSTEM dan cerita yang menarik di akan aku sambung next time.. babaii

........................
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS
Read Comments

Kerabu Telur!!! Sedap Sengoti..

Resipi ni aku ambik dari e-mel tunang aku yang member dia hantar kot. Iaitu berkenaan cara-cara membuat kerabu telur. Korang jangan ingat telur ni hanya berfungsi sebagai pemberian kepada tetamu sewaktu kenduri atau untuk dicucuk atas pulut kuning sahaja. Selain digulai dengan goreng mata kerbau, buat bistik dan rebus, telur boleh digunakan untuk baling kepala orang yang korang menyampah.. Dan ia juga boleh dibuat kerabu. Sedap wooooo.. aku pun tak try lagi tapi nak try la jugak.

Bahan-bahan: (Hidangan ini disukat untuk 5 orang)

-3 biji telur
-1 biji bawang besar Holland (kuning)
-1 biji tomato
-1 kuntum bunga kantan
-3 biji cili padi
-sedikit daun kesum (Kalau tak ada stok, boleh diganti dengan 3-5 tangkai daun selom)
-1 biji besar limau nipis diperah airnya (nak guna limau kasturi pun boleh)
-garam dan gula secukup rasa

Bahan ditumbuk Halus:

-1 biji cili merah
-3 biji cili padi
-1 ulas bawang putih
-1/2 inci belacan dibakar


Cara membuatnya:


1. Dadar nipis telur satu persatu seperti buat ketayap. Gulung dan gunting 1/2 sm lebar.

2. Tomato dibelah 4 dan buang bijinya. Hiris nipis-nipis. Hiris kecil bunga kantan, daun selom, cili padi, cili merah dan bawang besar.

3. Masukkan semua bahan ke dalam mangkuk besar. Masukkan bahan ditumbuk , garam, gula dan perahan limau nipis. Gaul rata dan sedia dihidang.




P/S- harapan aku, resipi ini akan menambah lagi pengetahuan korang dan tidaklah nanti korang tiap-tiap petang sakit kepala fikir nak masak apa. Bagi surirumah, pelbagai masakan dapat pikat hati suami dan anak-anak. Jangan malas dan jemu memasak. Pahala besar tau.. Pesanan ikhlas dari aRMaNizaN;)
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS
Read Comments

Selamat Menyambut Hari Kebangsaan..



Tanggal 31
Bulan lapan lima puluh tujuh
Merdeka ! Merdeka !
Tetaplah merdeka
Ia pasti menjadi sejarah

Tanggal 31
Bulan lapan lima puluh tujuh
Hari yang mulia
Hari bahagia
Sambut dengan jiwa yang merdeka

Mari kita seluruh warga negara
Ramai-ramai menyambut hari merdeka
Merdeka !
Tiga satu bulan lapan lima puluh tujuh
Hari mulia negaraku merdeka

Merdeka! Merdeka! Merdeka!

Laungan ini akan dapat didengari bergema di seluruh bumi Malaysia ini pada malam 31 Ogos. Tidak kira tua atau muda, semua lapisan status sosial, semua kaum akan bersama-sama melaungkan kemerdekaan ini. Namun, sejauh manakah golongan hari ini memahami erti kemerdekaan?

Jikalau dilihat pada sejarah dahulu, para pejuang tanahair kita ramai yang telah terkorban dan tergadai nyawa mereka demi tanah ini. Bermacam versi sejarah yang penuh liku-liku kita dapat baca pada hari ini. Namun, bagi golongan hari ini kemerdekaan bagi mereka adalah sekadar dengan melaungkan MERDEKA, konsert oleh artis dan merayau-rayau di ibu kota atau di bandar-bandar berpeleseran. Itulah erti merdeka bagi mereka. Jangan kata perkara ini tidak ada, kerana mata dan kepala tidak akan menipu. kalau tidak percaya boleh lihat sendiri. Jika ada yang menafikan perkara ini itu semua adalah bohong. Realiti harus dihadapi dan ditelan.

Banyak kesan negatif hasil dari sambutan kemerdekaan yang tidak bermakna oleh insan yang tidak berguna hari ini. Kalau tidak percaya lihat sahaja pada pagi selepas sambutan hari kemerdekaan ini, para pekerja bandaraya terpaksa membersihkan sampah sarap yang bertimbun. Mereka terpaksa membersihkan sampah yang dibuan merata-rata. Tidakkah ini satu penyeksaan? Bermaknakah kemerdekaan dalam diri kita jika kemerdekaan yang disambut meyusakkan orang lain?

Itu belum masuk lagi dengan golongan kaki disko, golongan yang membuat bayi, kaki rempit dan geng-geng pembawa gejala sosial yang lain. Betapa banyak keburukan yang dibawa oleh mereka. Mereka ini bukan sahaja menyusahkan diri sendiri tetapi orang lain yang tidak bersalah. Jadi, inikah erti kemerdekaan sebenar yang kita bangga-banggakan?

Harapan kita agar suatu hari nanti sambutan kemerdekaan di Malaysia bukan sahaja meriah tetapi dipenuhi oleh pengisian yang bermakna dan mendatangkan kebaikan serta hasil yang boleh dituai untuk kegunaan bersama. Apa yang diharapkan, satu kajian perlu dilakukan bagi menilai semula sambutan kemerdekaan negara kita yang semakin tahun semakin suram dengan kilauan semangat dan makna MERDEKA..
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS
Read Comments