Kerabu Telur!!! Sedap Sengoti..

Resipi ni aku ambik dari e-mel tunang aku yang member dia hantar kot. Iaitu berkenaan cara-cara membuat kerabu telur. Korang jangan ingat telur ni hanya berfungsi sebagai pemberian kepada tetamu sewaktu kenduri atau untuk dicucuk atas pulut kuning sahaja. Selain digulai dengan goreng mata kerbau, buat bistik dan rebus, telur boleh digunakan untuk baling kepala orang yang korang menyampah.. Dan ia juga boleh dibuat kerabu. Sedap wooooo.. aku pun tak try lagi tapi nak try la jugak.

Bahan-bahan: (Hidangan ini disukat untuk 5 orang)

-3 biji telur
-1 biji bawang besar Holland (kuning)
-1 biji tomato
-1 kuntum bunga kantan
-3 biji cili padi
-sedikit daun kesum (Kalau tak ada stok, boleh diganti dengan 3-5 tangkai daun selom)
-1 biji besar limau nipis diperah airnya (nak guna limau kasturi pun boleh)
-garam dan gula secukup rasa

Bahan ditumbuk Halus:

-1 biji cili merah
-3 biji cili padi
-1 ulas bawang putih
-1/2 inci belacan dibakar


Cara membuatnya:


1. Dadar nipis telur satu persatu seperti buat ketayap. Gulung dan gunting 1/2 sm lebar.

2. Tomato dibelah 4 dan buang bijinya. Hiris nipis-nipis. Hiris kecil bunga kantan, daun selom, cili padi, cili merah dan bawang besar.

3. Masukkan semua bahan ke dalam mangkuk besar. Masukkan bahan ditumbuk , garam, gula dan perahan limau nipis. Gaul rata dan sedia dihidang.




P/S- harapan aku, resipi ini akan menambah lagi pengetahuan korang dan tidaklah nanti korang tiap-tiap petang sakit kepala fikir nak masak apa. Bagi surirumah, pelbagai masakan dapat pikat hati suami dan anak-anak. Jangan malas dan jemu memasak. Pahala besar tau.. Pesanan ikhlas dari aRMaNizaN;)
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS
Read Comments

0 Response to "Kerabu Telur!!! Sedap Sengoti.."