Selamat Menyambut Hari Kebangsaan..
Posted in
Labels:
event
|
Tanggal 31
Bulan lapan lima puluh tujuh
Merdeka ! Merdeka !
Tetaplah merdeka
Ia pasti menjadi sejarah
Tanggal 31
Bulan lapan lima puluh tujuh
Hari yang mulia
Hari bahagia
Sambut dengan jiwa yang merdeka
Mari kita seluruh warga negara
Ramai-ramai menyambut hari merdeka
Merdeka !
Tiga satu bulan lapan lima puluh tujuh
Hari mulia negaraku merdeka
Merdeka! Merdeka! Merdeka!
Laungan ini akan dapat didengari bergema di seluruh bumi Malaysia ini pada malam 31 Ogos. Tidak kira tua atau muda, semua lapisan status sosial, semua kaum akan bersama-sama melaungkan kemerdekaan ini. Namun, sejauh manakah golongan hari ini memahami erti kemerdekaan?
Jikalau dilihat pada sejarah dahulu, para pejuang tanahair kita ramai yang telah terkorban dan tergadai nyawa mereka demi tanah ini. Bermacam versi sejarah yang penuh liku-liku kita dapat baca pada hari ini. Namun, bagi golongan hari ini kemerdekaan bagi mereka adalah sekadar dengan melaungkan MERDEKA, konsert oleh artis dan merayau-rayau di ibu kota atau di bandar-bandar berpeleseran. Itulah erti merdeka bagi mereka. Jangan kata perkara ini tidak ada, kerana mata dan kepala tidak akan menipu. kalau tidak percaya boleh lihat sendiri. Jika ada yang menafikan perkara ini itu semua adalah bohong. Realiti harus dihadapi dan ditelan.
Banyak kesan negatif hasil dari sambutan kemerdekaan yang tidak bermakna oleh insan yang tidak berguna hari ini. Kalau tidak percaya lihat sahaja pada pagi selepas sambutan hari kemerdekaan ini, para pekerja bandaraya terpaksa membersihkan sampah sarap yang bertimbun. Mereka terpaksa membersihkan sampah yang dibuan merata-rata. Tidakkah ini satu penyeksaan? Bermaknakah kemerdekaan dalam diri kita jika kemerdekaan yang disambut meyusakkan orang lain?
Itu belum masuk lagi dengan golongan kaki disko, golongan yang membuat bayi, kaki rempit dan geng-geng pembawa gejala sosial yang lain. Betapa banyak keburukan yang dibawa oleh mereka. Mereka ini bukan sahaja menyusahkan diri sendiri tetapi orang lain yang tidak bersalah. Jadi, inikah erti kemerdekaan sebenar yang kita bangga-banggakan?
Harapan kita agar suatu hari nanti sambutan kemerdekaan di Malaysia bukan sahaja meriah tetapi dipenuhi oleh pengisian yang bermakna dan mendatangkan kebaikan serta hasil yang boleh dituai untuk kegunaan bersama. Apa yang diharapkan, satu kajian perlu dilakukan bagi menilai semula sambutan kemerdekaan negara kita yang semakin tahun semakin suram dengan kilauan semangat dan makna MERDEKA..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Response to "Selamat Menyambut Hari Kebangsaan.."
Post a Comment