Pantai Sabak Dalam Memori...
Posted in
Labels:
armanizan
|
Pantai sabak merupakan sebuah pantai yang terletak 18Km dari Kota Bharu. Pantai Sabak menjadi terkenal kerana pada tanggal 08.12.194, tentera Jepun telah melakukan pendaratan yang pertamanya dalam misi 'Asia Untuk Asia'nya. Kedatangan tentera Jepun seramai 5600 orang dibawah pimpinan General Takumi ini menjadi titik permulaan kepada kemasukan ribuan lagi tentera negara matahari terbit itu ke Tanah Melayu. Kedatangan tentera Jepun menandakan kelemahan kuasa British di Tanah Melayu dan menjadi suntikan semangat yang mendorong penduduk Tanah Melayu bangun berjuang menentang penjajahan.
Pantai Sabak dikenali pada suatu masa dulu kerana menjalankan kegiatan perikanan secara tradisional. Nelayan-nelayan disini pada masa dahulu ke laut dengan menaiki bot-bot kecil dan menggunakan enjin yang berkuasa rendah.
Uniknya, seingat aku nelayan di Pantai Sabak ini berbanding nelayan di tempat lain ialah mereka mewarnakan dan mengecat perahu mereka dengan ukiran-ukiran yang menarik dan menamakan perahu mereka dengan pelbagai ragam nama. Biasanya, nelayan di Pantai Sabak akan turun selepas subih atau kadang-kadang sebelum subuh lagi ke laut. Bila petang, isteri-isteri dan anak-anak kecil akan menunggu kepulangan mereka. Jikalau hari itu ribut, semua pasti akan berada dalam kerisauan mengenangkan nyawa nelayan di laut yang sedang bertarung dengan bahaya.
Bila sampai sahaja, ikan-ikan yang ditangkap akan diusung terlebih dahulu ke pantai dan dikerumuni oleh peraih atau pembeli. Kemudian, perahu-perahu nelayan Pantai Sabak akan ditarik naik ke pantai dan dilapik dengan galang (kayu yang berbentuk bulat, perahu bergolek di atasnya). Kemudian buluh diikat pada atas perahu dan ditolak beramai-ramai. Waktu itu, suasana cukup hingar bingar tetapi ianya menyeronokkan dan sungguh noslagic. Waktu aku kecil, aku selalu menyibuk semasa orang-orang dewasa menolak perahu. Jika tidak ke laut (hari Jumaat), nelayan Pantai Sabak akan beramai-ramai duduk di atas wakaf dan menjahit pukat sambil berborak-borak. Pada masa itu aku selalulah jugak mengikuti arwak abah aku menjahit pukat.
Tapi semua itu sudah manjadi kenangan yang sudah tidak dapat dilalui lagi. Pantai Sabak yang dahulunya antara tercantik di Kelantan sudah tiada lagi. Ianya sudah berbatubatu dimamah ombak. Kini yang tinggal hanyalah pantai yang sudah ditambak dengan batu. Sekarang, perahu tidak lagi ditarik ke pantai tetapi diparking di dalam tali air buatan manusia. Tiada lagi pantai untuk kanak-kanak bermain, menangkap ketam atau mandi manda. Semua kawan-kawan arwah abah aku juga sudah ramai yang menghadap Ilahi. Hilang dimuka bumi Sabak seumpana Pantai Sabak dimamah ombak. Semua ini adalah ketentuan dari Allah S.W.T dan diterima dengan hari yang redha dan bersyukur kerana Pantai Sabak masih lagi dikenali dan diingati.
Pun begitu, walau apa jua keadaan geografi dan fizikalnya, Pantai Sabak tetap menjadi kampung halaman yang aku sentiasa ingati dan rindui. Bagi sesiapa yang ada memiliki gambar-gambar lama Pantai Sabak, sila email kan di armanizan@gmail.com agar dapat diuploadkan di sini untu kenangan dan tatapan bersama.

Subscribe to:
Post Comments (Atom)
February 12, 2011 at 9:29 PM
Pantai Sabak...dalam kenangan.best kalau diingat balik nostalgia lama zaman kanak2.dulu Pantai Sabak sangat cantik tp semua hanya dalam ingatan..ingat kenangan lama rumah lama tunduk ditelan ombak..sy juga tengah mencari gambar lama pantai sabak.dulu pernah terjumpa di dalam satu blog org putih, tp dah xde. kalau sape2 ada bleh la share ye.
-mawarni mohd zin