Selamat Jalan 2009
Posted in
Labels:
armanizan
|
2009 adalah tahun suka suka bagi aku. Bermula dengan keceriaan, dan diikuti dengan kesedihan. keceriaan, kesedihan dan pelbagai lagi. Tahun ini sahaja aku telah kehilangan orang yang disayangi dan orang yang dikenali. Mereka ialah nenek tersayang, sepupu aku (arwah Abe Yan), kawan arwah Abah aku (arwah Pokyie)dan juga sahabat baik kepada tunangku (arwah kak Dila). Pemergian mereka memberikan maksud dan amaran dari Yang Maha Pencipta akan bagaimana kesudahan perjalanan hidup kita umat manusia. Aku mendoakan agar mereka ditempatkan di kalangan hamba Allah S.W.T yang soleh dan dosa-dosa mereka diampunkan. Al-Fatihah.
Perjalanan 2009 ada juga yang menyeronokkan dan mengembirakan. Paling mengembirakan ialah majlis pertunangan rasmiku yang gilang gemilang. Ada kelakarnya pasal majlis pertunangan aku ni. Iaitu, mula-mula rombongan aku bajet akan datang seramai 45 orang jer. Tapi, alih-alih yang datang dekat 90 orang lebih. Kelam-kabut jugak keluarga belah tunang aku. He he, macam-macam ragam dan reaksi dari mereka bila lihat gerombolan kami. Apa pun, terima kasih kepada Ma aku, Along, Abe Long, Kak Ja, Adik Ct, Ayah Pie, Nadia, Fahmi dan semua kerabatku yang pergi hari tu. Dan banyak terima kasih buat Ayg, Ma Ayg, Ayah Ayg, adik-beradik dia dan belah kerabatnya kerana sudi menerima kunjungan kami pada hari yang bersejarah itu.
Pasal aku pulak, tak ada apa-apa perubahan. Ada pun, pasal baju dan seluar yang semakin ketat dan juga pasal nak mengadapi hari-hari yang mendatang. Harapan akunya, tahun 2010 nanti adalah tahun rezeki. Rezeki yang akan mengubah hidup aku selamanya...
Sebagai penutup, aku nak bawak korang jenjalang pegi Abu Dhabi.. Syok wooo.. jum ah..

Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Response to "Selamat Jalan 2009"
Post a Comment