Pertandingan Dikir Barat FEStKUM (MAKUM) 2009



Pada 10-12-2009 yang lepas telah diadakan pertandingan dikir barat antara IPT di Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi. Pada pertandingan kali ini menyaksikan pasukan-pasukan yang berentap lebih ramai berbanding dari yang tahun sudahnya. Malah, apa yang istimewa, pertandingan yang diadakan di UKM ini adalah pertama kali dianjurkan oleh UKM di samping acara-acara kebudayaan yang lain.

Dalam pertandingan kali ini UKM, selaku juara bertahan sekali lagi berjaya mengekalkan kejuaraannya pada tahun ini. Dengan memenangi kategori juara terbaik dan busana terbaik menjanjikan kejuaraan buat mereka.

Selaku alumni dan juga generasi ke-2 Kelab Dikir Barat Tunas Warisan Artisukma UKM, kawe mengucapkan tahniah dan setinggi-tinggi kebangaan yang tidak terhingga kawe kepada Tunas Warisan kerana berjaya memenangi pertandingan dikir barat MAKUM kali ini. Bagi kita pelajar universiti, kejuaraan yang diperolehi ini adalah yang tertinggi dari mana-mana pertandingan lain dan Tunas Warisan layak memenanginya. Biarpun pertandingan kali ini disertai oleh pasukan-pasukan lain yang kuat, nampaknya Tunas Warisan masih lagi dapat survive dalam ‘peperangan’ ini dan mencapai kejayaan.

Walaupun sedikit kecewa kerana pada malam pertandingan kawe tidak dapat hadir, kawe tetap dapat rasakan kehangatan persembahan yang dibuat Tunas Warisan dan kawe sentiasa doakan agar kejayaan yang dikecapi oleh Tunas akan bertunas sampai bila-bila.

Tahniah sekali lagi dari kawe alumni Tunas Warisan (2004-2008) kepada Tunas Warisan, tahniah kepada Pusat Kebudayaan UKM kerana menjuarai keseluruhan FEStKUM dan TAHNIAH juga buat Universiti Kebangsaan Malaysia..
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS
Read Comments

0 Response to "Pertandingan Dikir Barat FEStKUM (MAKUM) 2009"