Boss And You...
Posted in
Labels:
funny
|
Letter To Boss-For Salary Increment!!!
..........then I guarantee that your Boss reply this letter back to you..
..........then I guarantee that your Boss reply this letter back to you..
Peragut Ganas...
Posted in
Labels:
world view
|
Kejadian ni berlaku di negara China. Mintak jauh la dari berlaku di negara kita. Tapi kalau kejadian ragut yang berlaku sekarang tidak dihapuskan, tak mustahil akan terjadi macam ni jugak kat Malaysia. Harap masyarakat lebih prihatin dalam membanteras jenayah ragut ini.
Sebabnya, bila masyarakat bersama-sama membanteras peragut, Insya-ALLAH, pasti ia akan dapat dihapuskan. Contoh masyarakat tangkap peragut cuba korang tengok kat sini....
Budu.. Nyum nyum!!!
Posted in
Labels:
food
|
Mulut raso lecah make tak lalu
Gulai kunyit kuah semangkuk budu
Penyek lada pedas celur pucuk ubi kayu
Perah asam limau suap laju selalu
Budu budu jeliranya aku
Inilah bait pertama lagu dikir barat, "Budu" nyanyian Mat Glemour dan Jali Bunga Tanjung. Sebut saja budu ia membawa konotasi yang berbeza. Artikel atau posting kawe kali ni bersifat erotik sedikit kerana kawe nak perkatakan berkenaan makanan sampingan negeri asal kawe. BUDU. Budu, cukup sinonim dengan orang Kelantan. Ada yang menggemarinya dan ada yang benci padanya. Bukan nak mengata orang lain, ada juga anak jati Kelantan sendiri yang tidak menggemarinya. Mungkin disebabkan rasanya yang masin atau juga kerana budu adalah musuh utama kepada mereka yang alah kepada makanan laut kerana budu dibuat dari ikan bilis.
Sejarah budu bermula.......Entahlah, kawe pun tak tahu. Sejak kawe dilahirkan pada tanggal 7 Aprol 1984 dan start kawe ingat dalam umur 4 tahun, kawe dah meminati budu sehingga kini. Untuk mereka yang tidak kenal akan budu meh sini kawe terangkan serba sedikit tentang makanan terkenalini. Budu merupakan sejenis cecair yang berwarna coklat keperang-perangan. Budu ini terkenal di sebelah pantai timur terutamanya negeri Kelantan dan jugak Terengganu. Ia terkenal kerana ia adalah lambang jatidiri orang pantai timur especially Kelantan.
Budu ini dihasilkan dari ikan bilis dan beberapa rempah sulit berprofile tinggi dan tidak boleh didedahkan kepada umum rahsia pembuatannya. Hehe. Budu ini merupakan perancak atau penggalak semasa menikmati nasi. Sekiranya seseorang itu kurang selera makannya, nescaya budulah penawarnya. Ini terbukti pada diri kawe sendiri bilamana kawe tidak berselera makan nasi, maka budulah akan meningkatkan selera makan kawe ke tahap maximum.
Kaedah memakannya ada pelbagai cara bergantung kepada skill individu. Pertama, secara basicnya budu di makan dengan nasi. Di dalam sepinggan budu(kuantiti sederhana), akan dicampurkan sekeping hirisan asam limau nipis dan beberapa biji lada tek @ lada burung @ lada cekonet @ cili padi @ cili api. Namun, penemuan terbaru sekitar tahun 1980-an telah mengoptimumkan keupayaan budu ini. Iaitu di mana budu didapati lebih sedap dan membawa makna bila dicampur bersama hirisan limau nipis,cili padi(bahan asas) dengan bahan alternatif seperti ikan bakar tawar, mangga kecik (pauh ringan) dan seulas dua durian. Sememangnya campuran ke semua bahan-bahan ini akan menghasilkan rasa yang 'da boom' sekali. Dengan menyuap nasi, ulam-ulaman akan dicecah di dalam budu dan berselang-seli dengan lauk-lauk lain.
Cara yang kedua makan budu ialah ia juga boleh dijadikan pencecah kepada buah celagi putik (asam jawa), buah katak puru (buah nam nam, dan juga beberapa spesis buah-buahan yang seangkatan dengannya. Caranya ialah di dalam budu diletakkan cili padi, belacan dan gula pasir. Gaulkan, dan cecah. Sedap wooo.
Cara ketiga ialah cara yang kawe sendiri tak pernah cuba dan tidak digalakkan untuk anda mencubanya. Tapi kalau sapa yang sudi dan got ball, boleh cuba. Caranya ialah dicecah dengan roti. Yang ni saeng (rakan) kawe pernah buat masa kami study dekat UKM dulu. Dia kata sedap, kawe pun tak pasti betul atau tidak reaksinya atau dia tu tak betul.
Ini adalah gambar pose menarik budu yang telah melalui beberapa proses modifikasi yang dapat kawe tunjukkan buat references.
Di bawah ini juga adalah lagu dikir barat 'Budu'. Untuk maklumat tambahan dari sudut visual dan audio. Layan lah ye.....
Hati-hati Dengan Baju Anda!!!
Posted in
Labels:
did u know
|
Kawe bukan nak kutuk sesiapa tetapi sebagai peringatan, lain kali nak pakai baju tu check lah tulisan atau gambar-gambarnya agar tak jadi macam dalam gambar ini. Sebaik-baiknya kalau nak solat pakailah baju yang kosong dan tak ada tulisan mahupun gambar (lebih afdhal warna putih). Bimbang menyebabkan orang di belakang kita membacanya time tengah solat. Naya wooo...
Neraka!!!
Posted in
Labels:
Kerohanian
|
Insaflah.. Aku @ Kawe menyeru kepada diri kawe dan rakan-rakan semua kembalilah kita kepada ajaran Islam yang sebenar. Jadikanlah Islam sepenuhnya kehidupan anda. Jangan hanya ambil sebahagian sahaja tetapi ambillah segala di dalam Al-Quran dan as-Sunnah sebagai panduan hidup dan mati. Ingatlah, jangan kita mempersendakan perintah ALLAH S.W.T. Jangan pula menentang dan menzalimi orang yang berjuang menegakkan agama Islam yang tercinta ini. Jauhilah persengketaan yang tidak membawa manfaat. Kawe sebagai seorang hamba ALLAH S.W.T dan sebagai manusia beragama Islam terpanggil untuk berpesan-pesanan kerana negara kita dah semakin teruk sangat ni. Dah banyak sangat musibah melanda. Harap-harap ada yang terbaca dan fikirlah. Kes jenayah meningkat, penipuan di sana sini, perpecahan, saling menuduh, saman-menyaman dan paling jem kreng (maknanya teruk la tu) berkenaan manusia dah semakin jauh dari Islam dan lalai dari tugas mereka sebagai hamba ALLAH S.W.T.
Sempena kedatangan bulan Ramadhan nanti, kawe menyeru diri kawe yang pemalas ini dan rakan-rakan semua gunakan peluang yang ALLAH S.W.T berikan ini untuk tambahkan amalan dan ibadah kepada ALLAH S.W.T. Sama-sama kita berdoa akan diberikan kekuatan. Amin..
Gambar matahari pada jarak 5000 KM. Neraka? Berkali ganda lagi dahsyatnya. Bayangkan kita berada di dalamnya dan dibakar beribu-ribu tahun. Nauzubillah..
Sempena kedatangan bulan Ramadhan nanti, kawe menyeru diri kawe yang pemalas ini dan rakan-rakan semua gunakan peluang yang ALLAH S.W.T berikan ini untuk tambahkan amalan dan ibadah kepada ALLAH S.W.T. Sama-sama kita berdoa akan diberikan kekuatan. Amin..
Gambar matahari pada jarak 5000 KM. Neraka? Berkali ganda lagi dahsyatnya. Bayangkan kita berada di dalamnya dan dibakar beribu-ribu tahun. Nauzubillah..
Ketawa Pengubat Dukalara..
Posted in
Labels:
funny
|
Tokoh Sanjugan Sepanjang Zaman..
Posted in
Labels:
inspiration
|
Dalam kita duk sibuk memuja tokoh-tokoh lain seperti tokoh dalam bolasepak, hiburan dan macam-macam lagi, jangan kita lupa tokoh agama yang merupakan tokoh-tokoh yang disanjungi. Mereka disanjungi dan disayangi kerana ilmu, keperibadian, dan personaliti yang tinggi serta keberanian mereka memperjuangkan Islam. Di antara mereka ramai yang sudah manghadap Ilahi dan ada yang masih hidup meneruskan perjuangan Islam tercinta. Mereka adalah antara tokoh yang paling kawe sanjungi dan hormati. Mereka adalah idola kawe sepanjang hayat.
Tuan Guru Hj Nik Abd Aziz Nik Mat
Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang
Tuan Guru Hj. Fadzil Noor
Ust Ibrahim Mahmud
Tuan Guru Hj Nik Abd Aziz Nik Mat
Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang
Tuan Guru Hj. Fadzil Noor
Ust Ibrahim Mahmud
Kisah Aku dan Gula...
Posted in
Labels:
did u know,
karya sastera
|
Setiap pagi perkara yang aku buat ialah sembahyang Subuh (sebab adalah kewajpan kita sebagai hamba ALLAH S.W.T). Setiap pagi juga aku akan ke kedai mamak yang dekat dengan rumah aku. Roti sardin dan roti nan adalah makanan kegemaran aku. Kalau sehari tidak merasainya, aku rasa macam tidak bermakna sekali. Macam biasa aku pesanlah makanan rutin pagi aku itu dan segelas milo panas. Sampai sahaja menu aku meminta sedikit gula dengan pelayan sebab kami orang Kelantan minat kalau makan roti cecah kuah yang diletakkan sedikit gula. Manis rasanya..Pelayan itu membalas padaku..start hari ini gula dah tak boleh beri lagi sebab sudah mahal. Aku terkedu dan kecewa. Lalu aku telanlah roti di pagi yang syahdu dengan berkuahkan kari tawar. Aku menangis di dalam hati. Mengenangkan hari-hari mendatang pagi aku tidak lagi semanis pagi yang lalu. Oh gula! Bermula hari ini kita tidak akan bersua lagi. Dengan hati yang luhur sarwajagat, aku longai melangkah keluardari kedai mamak itu. Terimalah luahan hatiku buat mu gula..
Gula
Kenapa begini jadinya
Dahulu kau buatku ceria
Dahulu kau buatku gembira
Sekarang kau biarku duka
Kenapa Gula
Kau bicara pada semua
Jika kami kurangkan gula
Badan ini sihat sejahtera
Tetapi kenapa
Kau tidak beritahu sahaja
Yang kau sengaja
Mahu kami sengsara
Jangan kau lupa
Tanpa kau kami sakit jua
Bukan alasan kau tiada
Kami boleh ceria
Banyak lagi benda
Yang mendatangkan bencana
Bukan hanya kau sahaja Gula
Kami mendapat derita
Kalau terlebih cuka
Terlebih lada
Terlebih halia
Terlebih perasa
Tetap membawa duka
Kami rehda
Biarpun hati ini kecewa
Apakan daya
Menghalangmu dari mara
Semasa ke semasa
Naik harga
Oh Gula
Moga ada sinar suria
Yang akan membawa berita
Yang gula
Akan turun harga
Kenapa
Al maklumlah dah dekat nak puasa
Tak dapat makan labu sira
Bila tiba raya
Tak pasal pula
Tak dapat merasa popia
Tak ke naya.......
**********************************
Property of
Mohd Arman Arifin (aRMaNiZaN)
Lagenda Dunia Jersi 10!!!
Posted in
Labels:
sport
|
Bersempana habisnya World Cup 2010 ini, kawe ingin berkongsi sedikit berkenaan lagenda-lagenda dan lagenda dalam pembikinan dunia bola sepak ini. Apa yang menarik ialah semua lagenda yang sememangnya memiliki skill yang tinggi ini menyarungkan jersi bernombor 10! Yang paling syok mereka adalah player yang kawe minat kecuali Pele je kawe kurang minat. Kui kui kui.. Sebab nama dia lucah daaaa.. Yang terpaling kawe minat ialah Roberto Baggio yang sememangnya terbestest!!
Airbag Jacket Untuk Rider Motorsikal
Posted in
Labels:
did u know
|
Setiap hari kita sering terbaca akan kemalangan yang berlaku di negara Malaysia ini. Kebanyakannya kemalangan yang berlaku pasti melibatkan rider motorsikal. Tahu tak korang ada satu ciptaan terbaru dicipta untuk mengurangkan kecederaan kepada rider motorsikal sekiranya mereka tergolek. Kawe ada upload sedikit info berkenaan ciptaan terbaru tersebut iaitu 'airbag jacket'. Jaket airbag ini mampu mengurangkan kecederaan kepada rider motor sekalian sekiranya korang tergolek @ bergolek. Segala maklumat berkenaan jaket ini dan kat mana nak dapatkannya ada pada gambar tu. Pandai-pandailah korang cari kalau sayangkan nyawa. Harga? Korang try usha-usha dulu. Sama-sama kita kongsi maklumat berguna.
Well Done New World Cup 2010 Champion!!!
Posted in
Labels:
sport
|
Congratulation to Spain for their victory. They are great team. Walau kawe adalah penyokong setia Argentina dan Belanda, kawe tetap ucapkan tahniah kepada pasukan Sepanyol ini. Persembahan yang mereka sajikan pada final Piala Dunia 2010 ini adalah antara yang terbaik!!!
Perlawanan Akhir Piala Dunia Edisi 2010...
Posted in
Labels:
sport
|
Piala Dunia edisi 2010 akan sudah sampai kepada penghujungnya. Pertembunngan di antara Belanda dan Sepanyol melabuhkan tirai edisi pada kali ini. Perlawanan demi perlawanan telah kita saksikan pada kejohanan kali ini. Pertama sekali kawe ucapkan tahniah kepada tuan rumah, Afrika Selatan di atas komitmen dan kesungguhan dalam penganjuran kali ini. Biarpun berlaku sedikit masalah pada acara pembukaan mereka dapat mengatasinya dengan baik dan Afrika Selatan patut mendapat pujian.
Banyak pasukan gergasi yang tersingkir awal seperti Perancis dan juara tahun 2006, Itali turut tersingkir awal. Manakala Brazil, England dan Argentina turut mendapat nasib yang sama. Kejohanan Piala Dunia edisi 2010 ini telah memberikan kepuasan dan kejutan demi kejutan kepada peminat bola sepak seluruh dunia. Apa yang diharapkan, final kali ini semestinya yang dinanti-nantikan oleh peminat bolasepak seluruh dunia. Selamat berjuang kepada kedua-dua finalis dari kawe dan harapan kawe agar pasukan Belanda akan menjulang piala dunia kali ini. Sekian...
Smoker Haven Electronis Ciggarettes!!!
Posted in
Labels:
did u know
|
SmokerHaven Electronic Cigarettes Malaysia is a device that looks like a cigarette, feels like a cigarette, tastes like a cigarette, but it isn’t a cigarette. It’s just a healthy way to enjoy smoking! It give smokers a real "smoking" experience without the dangerous chemicals, carcinogens, fire, tobacco, tar, carbon monoxide, ash or smell found in real cigarettes. This E-Cigs Malaysia are no side effects. It is not detectable by smoke detectors! Besides authentic cigarette flavour, smokers have the option of smoking fun flavours such as Strawberry & vanilla. These fun flavours feel just like smoking shisha without the hassle and hazards of shisha. The E-Cigarettes Malaysia is also perfect gift for anyone like father, friends, boyfriend or your hubby.
SmokerHaven Electronic Cigarette come in 3 different models. The SmokerHaven Electronic Cigarette Regular, SmokerHaven Compact and SmokerHaven Cigarillos. Starter kits include :
- A Beautiful Gift Box
- 1 Portable Charging Case (Able to self-charge your E-Cig on the go)
- 1 Complete Electronic Cigarette
- 1 Spare Intelligent Battery
- Trial Flavour Cartridges
- 1 UK Wall Plug Adapter
- 1 USB charger cord (You may charge your E-Cigs using the wall plug or Computer)
- 1 USB E-cig Battery Charger
For further information, visit http://www.smokerhaven.com. Or visit our booth at Carefour Kota Damansara and other booth nearest you. (Call me 0146662098-24 Hours)
Subscribe to:
Posts (Atom)