Budu.. Nyum nyum!!!
Posted in
Labels:
food
|
Mulut raso lecah make tak lalu
Gulai kunyit kuah semangkuk budu
Penyek lada pedas celur pucuk ubi kayu
Perah asam limau suap laju selalu
Budu budu jeliranya aku
Inilah bait pertama lagu dikir barat, "Budu" nyanyian Mat Glemour dan Jali Bunga Tanjung. Sebut saja budu ia membawa konotasi yang berbeza. Artikel atau posting kawe kali ni bersifat erotik sedikit kerana kawe nak perkatakan berkenaan makanan sampingan negeri asal kawe. BUDU. Budu, cukup sinonim dengan orang Kelantan. Ada yang menggemarinya dan ada yang benci padanya. Bukan nak mengata orang lain, ada juga anak jati Kelantan sendiri yang tidak menggemarinya. Mungkin disebabkan rasanya yang masin atau juga kerana budu adalah musuh utama kepada mereka yang alah kepada makanan laut kerana budu dibuat dari ikan bilis.
Sejarah budu bermula.......Entahlah, kawe pun tak tahu. Sejak kawe dilahirkan pada tanggal 7 Aprol 1984 dan start kawe ingat dalam umur 4 tahun, kawe dah meminati budu sehingga kini. Untuk mereka yang tidak kenal akan budu meh sini kawe terangkan serba sedikit tentang makanan terkenalini. Budu merupakan sejenis cecair yang berwarna coklat keperang-perangan. Budu ini terkenal di sebelah pantai timur terutamanya negeri Kelantan dan jugak Terengganu. Ia terkenal kerana ia adalah lambang jatidiri orang pantai timur especially Kelantan.
Budu ini dihasilkan dari ikan bilis dan beberapa rempah sulit berprofile tinggi dan tidak boleh didedahkan kepada umum rahsia pembuatannya. Hehe. Budu ini merupakan perancak atau penggalak semasa menikmati nasi. Sekiranya seseorang itu kurang selera makannya, nescaya budulah penawarnya. Ini terbukti pada diri kawe sendiri bilamana kawe tidak berselera makan nasi, maka budulah akan meningkatkan selera makan kawe ke tahap maximum.
Kaedah memakannya ada pelbagai cara bergantung kepada skill individu. Pertama, secara basicnya budu di makan dengan nasi. Di dalam sepinggan budu(kuantiti sederhana), akan dicampurkan sekeping hirisan asam limau nipis dan beberapa biji lada tek @ lada burung @ lada cekonet @ cili padi @ cili api. Namun, penemuan terbaru sekitar tahun 1980-an telah mengoptimumkan keupayaan budu ini. Iaitu di mana budu didapati lebih sedap dan membawa makna bila dicampur bersama hirisan limau nipis,cili padi(bahan asas) dengan bahan alternatif seperti ikan bakar tawar, mangga kecik (pauh ringan) dan seulas dua durian. Sememangnya campuran ke semua bahan-bahan ini akan menghasilkan rasa yang 'da boom' sekali. Dengan menyuap nasi, ulam-ulaman akan dicecah di dalam budu dan berselang-seli dengan lauk-lauk lain.
Cara yang kedua makan budu ialah ia juga boleh dijadikan pencecah kepada buah celagi putik (asam jawa), buah katak puru (buah nam nam, dan juga beberapa spesis buah-buahan yang seangkatan dengannya. Caranya ialah di dalam budu diletakkan cili padi, belacan dan gula pasir. Gaulkan, dan cecah. Sedap wooo.
Cara ketiga ialah cara yang kawe sendiri tak pernah cuba dan tidak digalakkan untuk anda mencubanya. Tapi kalau sapa yang sudi dan got ball, boleh cuba. Caranya ialah dicecah dengan roti. Yang ni saeng (rakan) kawe pernah buat masa kami study dekat UKM dulu. Dia kata sedap, kawe pun tak pasti betul atau tidak reaksinya atau dia tu tak betul.
Ini adalah gambar pose menarik budu yang telah melalui beberapa proses modifikasi yang dapat kawe tunjukkan buat references.
Di bawah ini juga adalah lagu dikir barat 'Budu'. Untuk maklumat tambahan dari sudut visual dan audio. Layan lah ye.....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Response to "Budu.. Nyum nyum!!!"
Post a Comment