Kisah Aku dan Gula...




Setiap pagi perkara yang aku buat ialah sembahyang Subuh (sebab adalah kewajpan kita sebagai hamba ALLAH S.W.T). Setiap pagi juga aku akan ke kedai mamak yang dekat dengan rumah aku. Roti sardin dan roti nan adalah makanan kegemaran aku. Kalau sehari tidak merasainya, aku rasa macam tidak bermakna sekali. Macam biasa aku pesanlah makanan rutin pagi aku itu dan segelas milo panas. Sampai sahaja menu aku meminta sedikit gula dengan pelayan sebab kami orang Kelantan minat kalau makan roti cecah kuah yang diletakkan sedikit gula. Manis rasanya..Pelayan itu membalas padaku..start hari ini gula dah tak boleh beri lagi sebab sudah mahal. Aku terkedu dan kecewa. Lalu aku telanlah roti di pagi yang syahdu dengan berkuahkan kari tawar. Aku menangis di dalam hati. Mengenangkan hari-hari mendatang pagi aku tidak lagi semanis pagi yang lalu. Oh gula! Bermula hari ini kita tidak akan bersua lagi. Dengan hati yang luhur sarwajagat, aku longai melangkah keluardari kedai mamak itu. Terimalah luahan hatiku buat mu gula..

Gula
Kenapa begini jadinya
Dahulu kau buatku ceria
Dahulu kau buatku gembira
Sekarang kau biarku duka

Kenapa Gula
Kau bicara pada semua
Jika kami kurangkan gula
Badan ini sihat sejahtera

Tetapi kenapa
Kau tidak beritahu sahaja
Yang kau sengaja
Mahu kami sengsara

Jangan kau lupa
Tanpa kau kami sakit jua
Bukan alasan kau tiada
Kami boleh ceria
Banyak lagi benda
Yang mendatangkan bencana

Bukan hanya kau sahaja Gula
Kami mendapat derita
Kalau terlebih cuka
Terlebih lada
Terlebih halia
Terlebih perasa
Tetap membawa duka

Kami rehda
Biarpun hati ini kecewa
Apakan daya
Menghalangmu dari mara
Semasa ke semasa
Naik harga

Oh Gula
Moga ada sinar suria
Yang akan membawa berita
Yang gula
Akan turun harga

Kenapa
Al maklumlah dah dekat nak puasa
Tak dapat makan labu sira
Bila tiba raya
Tak pasal pula
Tak dapat merasa popia
Tak ke naya.......

**********************************
Property of
Mohd Arman Arifin (aRMaNiZaN)
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS
Read Comments

0 Response to "Kisah Aku dan Gula..."