Neraka!!!

Insaflah.. Aku @ Kawe menyeru kepada diri kawe dan rakan-rakan semua kembalilah kita kepada ajaran Islam yang sebenar. Jadikanlah Islam sepenuhnya kehidupan anda. Jangan hanya ambil sebahagian sahaja tetapi ambillah segala di dalam Al-Quran dan as-Sunnah sebagai panduan hidup dan mati. Ingatlah, jangan kita mempersendakan perintah ALLAH S.W.T. Jangan pula menentang dan menzalimi orang yang berjuang menegakkan agama Islam yang tercinta ini. Jauhilah persengketaan yang tidak membawa manfaat. Kawe sebagai seorang hamba ALLAH S.W.T dan sebagai manusia beragama Islam terpanggil untuk berpesan-pesanan kerana negara kita dah semakin teruk sangat ni. Dah banyak sangat musibah melanda. Harap-harap ada yang terbaca dan fikirlah. Kes jenayah meningkat, penipuan di sana sini, perpecahan, saling menuduh, saman-menyaman dan paling jem kreng (maknanya teruk la tu) berkenaan manusia dah semakin jauh dari Islam dan lalai dari tugas mereka sebagai hamba ALLAH S.W.T.

Sempena kedatangan bulan Ramadhan nanti, kawe menyeru diri kawe yang pemalas ini dan rakan-rakan semua gunakan peluang yang ALLAH S.W.T berikan ini untuk tambahkan amalan dan ibadah kepada ALLAH S.W.T. Sama-sama kita berdoa akan diberikan kekuatan. Amin..


Gambar matahari pada jarak 5000 KM. Neraka? Berkali ganda lagi dahsyatnya. Bayangkan kita berada di dalamnya dan dibakar beribu-ribu tahun. Nauzubillah..


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS
Read Comments

0 Response to "Neraka!!!"