Malaysia... 2010 Suzuki Cup Winner!!!




Congratulations to Malaysia football squad for win 2010 Suzuki Cup against Indonesia (aggregate 4-2). Both team played well but luck had sided with Malaysia. Congratulations. I am proud of you all guys.

Tahniah kawe ucapkan kepada skuad negara kita kerana telah menjuarai Piala Suzuki 2010 ini. Inilah saat yang dinanti-nantikan oleh keseluruhan rakyat Malaysia. Kejayaan yang amat manis ini benar-benar melekat di kerongkong kawe kemanisannya. Biarpun bermacam kontroversi dan provokasi yang dikeluarkan oleh pihak lawan, Alhamdulillah, pemain kita tidak melatah dan paling penting mereka tidak tertekan biarpun bermain di tempat lawan. Ini yang membuatkan kawe benar-benar kagum pada skuad kebangsaan kita.

Paling syok, penjaga gol kita (Khairul Fahmi Che Mat-penjaga gol Red Warrior) telah banyak menjadi penyelamat gawang Malaysia dari dibolosi oleh pihak lawan. Tahniah kepada Khairul Fahmi Che Mat kerana penampilan pertama beliau mewakili negara dalam kejohanan kali ini amat membanggakan kawe dan negeri Kelantan.

Harapan kawe, momentum yang ditunjukkan skuad kebangsaan ini akan kekal 5, 6 tahun lagi agar zaman kegemilangan bola sepak negara akan kembali seperti zaman Allayarham Mokhtar Dahari dahulu...aRMaNiZaN.

Winner of 2010 Suzuki Cup


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS
Read Comments

0 Response to "Malaysia... 2010 Suzuki Cup Winner!!!"