Tahniah Adik CT & Along Atikah !!!
Posted in
Labels:
armanizan
|
Kawe nak ucapkan tahniah kepada semua calon PMR 2010. Mengikut akhbar baru je sakni kawe baca, tahun ini adalah terbaik dan mencatat sejarah sepanjang 4 tahun lepas. Kepada yang cemerlang banyak-banyak tahniah dari kawe dan yang tak cemerlang, jangan kecewa kerana anda masih ada SPM untuk buktikan yang anda pun boleh buat.
Salah seorang salon PMR tahun ini ialah seorang yang penting iaitu adik kawe Noraini Azwani Bt Arifin (Adik CT). Kawe mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepadanya kerana berjaya mendapat keputusan yang bagi kawe terbaik (7A 1B). Syukur Alhamdulillah, kejayaan yang dicapai ini adalah buat Ma yang tersayang dan kami sekeluarga. Kawe mengucapkan terima kasih kepada Adik CT kerana telah membanggakan kawe sekeluarga. Yang pastinya, kalau arwah Abah kawe masih ada, semestinya dia lah orang yang paling gembira akan kejayaan anaknya ini. Pasti senyuman sentiasa terukir menunjukkan kegembiraannya.
Juga tahniah kepada Along Atikah (anak sedara tunang kawe) juga cemerlang mendapat 6A 2B dalam PMR kali ini. Tahniah Along. Poksu dan Moksu bangga dengan Along. Tahniah juga buat family Along yang banyak bagi sokongan.
Untuk kedua-dua orang ini, hadiah.. Err.. nanti akan difikirkan apa yang nak kawe berikan. Ucapan tahniah dah kira hadiah kot?!!?? Hehe.. aRMaNiZaN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Response to "Tahniah Adik CT & Along Atikah !!!"
Post a Comment