Jepun Dipelawa Bina Kilang Baja Organik
Posted in
Labels:
negara
|
KOTA BHARU, 21 Safar 1432 - Kesungguhan kerajaan negeri dalam memberi kesedaran penggunaan baja organik terus mendapat perhatian Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat, perkara ini disuarakan beliau ketika mengadakan pertemuan dengan Tuan Yang Terutama Duta Jepun ke Malaysia Mr.Masahiko Horie hari ini.
Nik Aziz berkata kerajaan negeri bercadang untuk membuka ruang kepada mana-mana pelabur untuk membina kilang memproses baja organik di negeri ini memandangkan permintaan dan kesedaran pengguna semakin tinggi.
Beliau juga berkata pertemuan dengan duta Jepun tersebut sering diadakan dan melalui pertemuan ini Mr.Masahiko Horie berharap hubungan dua hala antara Kelantan dan Jepun dapat dipertingkatkan dalam pelbagai bidang seperti pemindahan teknologi dalam bidang pertanian dan pendidikan.
“ Sejarah hubungan Kelantan melalui bandar berkembar antara Kota Bharu dan Kasaoka Jepun bermula sepuluh tahun lalu dan sudah ramai kakitangan dari MPKB menimba ilmu di sana”ujar beliau.
Melalui hubungan sebegini, saya minta agar pihak kerajaan Jepun dapat membina kilang memproses baja organik di sini dan beliau secara lisannya bersetuju untuk membawa perkara ini ke pengetahuan kerajaan Jepun.
Sementara itu, Mr.Masahiko berkata hubungan baik antara Kelantan dan Jepun ini telah banyak membawa kesan positif seperti dalam bidang pertanian, pendidikan dan teknologi.
“Saya pernah berjumpa dengan rakyat Kelantan yang mendapat latihan di bidang elektronik yang dihantar oleh kilang Rohm-Wako di sana dan mereka amat gembira dapat menimba ilmu pengetahuan di Jepun”kata beliau .
Menyentuh saranan kerajaan Kelantan untuk mempelawa mana-mana syarikat dari Jepun untuk membuka sebuah kilang memproses baja organik di Kelantan, Mr.Masahiko berkata ia satu peluang yang amat baik dan akan diajukan saranan ini ke kerajaan Jepun.
Beliau juga berkata kini kesedaran rakyat Jepun terhadap penggunaan bahan kimia dalam pemakanan turut menjadi perhatian serius sehinggakan ada dikalangan masyarakat Jepun sentiasa memerhati kandungan dalam bungkusan makanan yang dipasarkan di Jepun.
Terakhir dikemaskini ( Rabu, 26 Januari 2011)
P/S- Sumber dari dan terima kasih (http://buletin.kelantan.gov.my)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Response to "Jepun Dipelawa Bina Kilang Baja Organik"
Post a Comment