Ribuan Banjiri Himpunan Pemuda PAS di Kedah!!!

Sejak awal pagi tadi, ribuan membanjiri kompleks PAS Kedah di Kota Sarang semut dekat Alor Setar bagi menghadiri himpunan besar-besaran Dewan Pemudanya bagi menghadapi pilihan raya umum ke-13 yang dijangka tidak lama lagi.

Mereka mensasarkan kehadiran 30,000 - sekali ganda lebih banyak daripada perhimpunan yang sama pada 2006 di Kota Bharu.

Mereka pada mulanya bercadang berkumpul di Selangor tetapi ekoran percaturan politik bagi mengekalkan penguasaan kerajaan PAS Kedah, mereka menukar tempat program ke situ.

Antara yang hadir Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Razak, Naib Presiden PKR Salehuddin Ayub dan Ketua Pemuda Nasrudin Hassan.

Antara penampilan istimewa, pelakon dan penulis lirik terkenal Bob Lokman yang hadir menyerahkan borang kepada Azizan untuk menyertai parti Islam itu.

Azizan kemudiannya berucap tentang kepentingan generai muda memastikan PAS dan Pakatan Rakyat

Beliau menyebut tentang kebangkitan rakyat Mesir menjatihkan presiden Hosni Mubarak yang didakwanya selari dengan perintah tuhan dalam menentang pentadbiran yang kejam.

Menteri besar juga mengarahkan perhimpunan itu turut mendaftarkan sebanyak mungkin pengundi muda kerana masih tidak berpuas hati degan jumlah pendaftaran golongan itu di negeri Kedah.

Sementara itu, dalam sidang media selepas merasmikan perhimpunan itu, Azizan berkata beliau yakin Pakatan akan mengekalkan majoriti dua pertiga di Kedah.

Beliau enggan mengulas sama ada PAS akan bertanding lebih kerusi dalam pilihan raya ke-13 yang dijangka tidak lama lagi.






P/S- sumber dari dan terima kasih (http://www.malaysiakini.com/news/156447)-by Susan Loone (Feb 19, 2011)
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS
Read Comments

0 Response to "Ribuan Banjiri Himpunan Pemuda PAS di Kedah!!!"