Berita Baik Untuk Ibu Yang Bakal Bersalin...
Posted in
Labels:
did u know
|
Alhamdulillah, selepas sekian lama kawe mencari akhirnya ketemu jua apa yang kawe cari.Iaitu sebuah pusat rawatan Islamic yang mana khusus untuk kaum hawa. Bagi ibu yang bakal bersalin, tidak perlu ke hospital yang mana doktor sakit puan nya adalah lelaki kerana anda boleh bersalin di sebuah pusat kesihatan yang doktor sakit puan nya wanita dan segala pembantu jururawatnya juga wanita.
Ini lah cara bersalin yang mengikut syariat Islam sebenar. Oleh itu, suami yang tidak mahu digelas dayus (membenarkan kemaluan isterinya ditatapi lelaki lain) silalah beralih ke pusat rawatan yang menyediakan doktor wanita dan pembantu wanita. Kawe bukan nak promosi mana-mana pusat rawatan tetapi yang kawe tahu setakat ini ialah di Hospital Pakar Pusrawi. Tetapi detailnya kawe tidak tahu apa pakej bersalin yang ditawarkan dan bagaimana caranya.
Apa yang kawe nak kongsikan ialah di Kelantan ada satu pusat rawatan iaitu Pusat Perubatan An-Nisa'.Kawe cuba surf webpage nya dan tertarik dengan pakej bersalin yang ditawarkan. Paling menarik, jika mereka yang tidak berkemampuan boleh menabung bayaran bersalin terlebih dahulu. Misalnya isteri kita bakal bersalin 9 bulan lagi, tetapi kita sudah boleh membayar secara ansur-ansur bermula sekarang. Maknanya kita tidak akan terbeban untuk mengeluarkan wang sekaligus bila isterikita bersalin nanti. Jika dikatakanisteri kita terbersalin di hospital lain,wang tabunganakan dipulankan. Menarik bukan. Untuk meklumat lanjut boleh lawati main webpage mereka di http://www.pkb.net.my/annisa/utama.php
Kawe walaupun bakal berkahwin Ogos 2011 nanti, tetap nak menabung awal-awal supaya bini kawe bersalin di sini. Kawe tak nak jadi dayus dan menanggung dosa kerana tidak menjaga aurat dan maruah isteri...aRMaNiZaN..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
January 22, 2016 at 5:48 AM
kemaah boh!! :-)