Terima Kasih Staff Fever Centre Hospital Selayang!!!
Posted in
Labels:
dari hati
|
Semalam, Jumaat Mac 25, 2011 kawe telah ke hospital Selayang keraa bawak tunang kawe mendapatkan rawatan kerana batuknya telah masuk minggu ke tiga. Pada mulanya kawe bawak dia ke klinik kesohatan Sg Buloh kerana pada pagi semalam kawe telah mendapat surat dari sebuah klinik swasta agar tunang kawe membuat imbasan x-ray.
Pagi semalam kawe bersama tunang ke Klinik Kesihatan Sg Buloh. Biarpun kawe berat hari tapi terpaksalah pergi demi kesihatan tunang kawe. Sampai di sana tunang kawe dberikan no giliran 17 di bilik no 3. Sebaik masuk ke bilik dokter, kam menceritakan yang tunang kawe batuk sudah selama 3 minggu dan menunjukkan bersama surat rujukan dari klinik swasta yang kami pergi awal pagi.
Tanpa melakukan sebarang pemeriksaan seperti kebiasaan yang dilakukan dokter terhadap sesiapa yang batuk misalnya melihat ke dalam tekak, tekanan darah atau suhu badan, dokter menyuruh darah tunang kawe diambil. Sempat juga kawe bertanya bagaimana dengan ujian x-ray. Dokter menyatakan perlu ambil darah terlebih dahulu. Terus kawe ke bilik 6 untuk mengambl darah dan menghantanya ke makmal.
Selesai meyerahkan darah di makmal Klinik Kesihatan Sg buloh, staff makmal menjelaskan Isnin dan Selasa minggu depan kawe perlu datang untuk menyerahkan kahak tunang kawe kepada makmal. Kami perlu datang lagi sekali pada 7 April 2011 untuk mengetahui keputusan darah dan kahak. Barulah akan diputuskan sama ada hendak buat imbasan x-ray atau tidak. Selepas itu kawe bertanya adakah perlu berjumpa doktor selepas ini. Dia menjelaskan kami boleh balik terus...????
Kawe rasa sangat terkilan kerana yang pertama walaupun disertakan surat agar tunang kawe melakukan imbasan x-ray, tetapi tidak diambil pot oelh doktor tersebut. Yang ke dua, kenapa kawe perlu menunggu lagi 2 minggu untuk tahu keputusan darah dan kenapa sampai 7 April 2011 barulah dapat diputuskan sama ada perlu lakukan x-ray atau tidak. Ketiga, kawe disuruh pulang tanpa diberikan sebarang ubatan sedangkan tunang kawe berada dalam keadaan batuk yang teruk. (3 minggu batuk sehinggakan kahak berdarah- adalah salah satu dari simpton penyakit tb. Bukankah ia melibatkan penyakit berbahaya kenapa perlu tarikh yang begitu jauh untuk lakukan imbasan x-ray, keputusan darah dan tanpa ubatan.
Persoalannya sekarang tunang kawe sudah batuk sekian lama, jika hendak menunggu sehingga 7 April 2011 (birthday kawe tuh), bagaimakah agaknya keadaan tunang kawe 2 minggu lagi. Sedangkan ubat tidak dibekalkan. Adakah tunang kawe perlu merana lagi dua minggu. Kawe rasa pening tetapi tidak berani bersuara kerana fikir mungkin ini adalah prosedur biasa bagi kes batuk. Sebenarnya kami hendak lakukan imbasan x-ray dan hendak tahu keputusan darah kerana bimbang kalau-kalau batuk tunang kawe menjado lebih kronik. Kepala kami berserabut memikirkan kenapa batuk menjadi teruk sedangkan klinik swasta sudah 3 klinik kami pergi. Hati tak akan tenang selagi tidak tahu panyakit tunang kawe. Oh ya, tunang kawe juga tidak mendapat MC dan kawe yang membawanya tidak mendapat time slip sebagai support documant untuk diberikan kepada company kawe (kawe EL half day)
....................
Kami pulang dengan hati kecewa. Sebagai warganegara Malaysia, kami agak sedih kerana tidak dapat menikmati kemudahan dan perkhidmatan yang sepatutnya tunang kawe dapat. Dalam hati yang luluh, batuk tunang kawe semakin teruk. Kami akhirnya nekad ke Hospital Selayang yang mana sebelum ini kawe pernah pergi x-ray kepala kawe (selalu migrain) dan imbasan x-ray dapat dilakukan serta merta.
Kawe dengan tunang terus ke Hospital Selayang dan ke jabatan kecemasan kerana tunang kawe sudah muntah-muntah. Sampai di bahagian kecemasan, di kaunter saringan tunang kawe diperiksa dan kami diminta ke bahagaian Fever Centre di jabatan Kecemasan Hospita Selayang. Dalam hati kawe tidak menaruh harapan besar yang ujian darah dapat diketahui keputusannya pada hari ini dan imbasan x-ray akan dilakukan.
Masuk ke Fever Centre, tunng kawe diambil darah dan diminta MELAKUKAN IMBASAN X-RAY!!! Kawe terkejut kerana dapat dilakukan imbasan X-ray serta merta. Malu pada diri kerana kawe fikir negatif pada sistem di Hospital Selayang ini. Selepas imbsan x-ray dilakukan, kawe dan tunang masuk ke bilik doktor dan pada masa yang sama doktor iti menunjukkan keputusan x-ray kepada kawe. Alhamdulillah, tunang kawe juga tidak disyaki mendapat penyakit kronik. Begitu juga dengan keputusan darahnya yang normal. Syukur pada ALLAH S.W.T.
Juga tanpa diminta doktor di Fever Centre (bilik no 3) memberikan kami MC dan juga time slip. Juga diberikan 5 jenis ubat kepada tunang kawe. Kami pulang dengan hati yang tenang, gembira dan cukup-cukup berpuas hati.
Kawe dan tunang kawe ingin mengucapkan jutaan TERIMA KASIH kepada staff bilik 1, doktor bilik 3 di Fever Centre (25 Mac 2011 -morning shift), jabatan Kecemasan Hospital Selayang diatas perkhidmatan yang terbaik. Dengan layanan nurse yang sentiasa senyum dan bertutur kata lemah lembut serta kerjasama yang cukup tinggi. Terima kasih semua.
Apa yang kawe nak simpulkan ialah, harapan kawe Klinik Kesihatan Sg Buloh mempertingkatkan kualiti perkhidmatan mereka. Kawe cadangkan adaptasilah 'KAIZEN' dalam gerak kerja anda. Dan kepada bahagaian Fever Centre, jabatan Kecemasan Hospital Selayang, teruskan memberikan perkhidmatan cemerlang anda. Tak mustahil Hospital Selayang adalah hospital pilihan kawe di masa akan datang. Adiosssss.... aRMaNiZaN.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
March 26, 2011 at 10:49 AM
baguslahhosp. selayang
July 20, 2011 at 5:34 PM
salam. sy selalu migrain teruk n mkn ubt yg dpt dr klinik swasta. nk pg hsptl tp xtau prosedur. mcm mn prosedur utk ke hsptl slyg tu? email sy bole? assilajohari@gmail.com. thanks. :)