Pemuda Putus Cinta Nekad Terjun Bangunan!


Gambar hiasan yang tak ada kene mangena dengan berita ni..

SERDANG: Kecewa selepas putus cinta dengan teman wanita, seorang lelaki berusia 27 tahun nekad terjun dari sebuah pangsapuri 15 tingkat di Serdang Perdana, dekat sini awal pagi semalam.

Kejadian kira-kira jam 2 pagi itu menyebabkan mangsa meninggal dunia di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah di kepala.

Ketua Polis Serdang, Superintendan Abd Razak Elias berkata, siasatan awal menunjukkan mangsa baru putus cinta dengan teman wanitanya berusia 19 tahun.

Katanya, sebelum kejadian mangsa menghantar SMS kepada rakan-rakannya memaklumkan mahu membunuh diri akibat putus cinta

“Mayat mangsa dihantar ke Hospital Serdang untuk bedah siasat sebelum diserahkan kepada keluarga,” katanya ketika ditemui pada sidang media selepas Sambutan Hari Polis Ibu Pejabat Polis Daerah di Balai Polis Serdang, semalam.
Menurutnya, kes itu diklasifikasikan sebagai mati mengejut

P/S- sumber dari dan terima kasi (http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Pemudaputuscintanekadterjunbangunan/Article/index_html). Ada lagi budak bodo bunuh diri. Kalau semalam di negeri kawe dapat diselamatkan, kali ni si bodo ni mati gak akhirnya. Jangan negara kita jadi macam Jepun yang kadar kematian disebabkan membunuh diri tinggi. Harap-harap budak bodo di luar sana hargai nyawa yang dikurniakan ALLAH S.W.T. Banyak jalan lain yang ada selain bunuh diri...bengong!!!
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS
Read Comments

0 Response to "Pemuda Putus Cinta Nekad Terjun Bangunan!"