Lawak Minggu Ini..
Posted in
Labels:
cerita lawak
|
Bye! Bye! Mak!
Suatu petang di sebuah 'supermarket'....Seorang lelaki muda tengah berjalan di bahagian barang-barang dapur apabila dia terperasan seorang perempuan tua yang tengah memandangnya dengan mata yang tak berkelip-kelip.
Lelaki muda itu pun terasa pelik..dia terus berjalan ke bahagian buah-buahan tapi dari ekor matanya dia perasan lagi yang perempuan tua tu masih juga memandang dan mengekorinya.
Akhirnya lelaki tu pun buat selamba sahaja, sebab dia ingat dia yang perasan. Lepas mengambil dua tin sardin dan lima biji epal, lelaki muda tu pun berjalan menuju ke kaunter untuk membayar barang-barangnya tetapi di pertengahan jalan perempuan tua tadi tuh cepat-cepat memintas dan berdiri di depannya. "maafkan mak cik nak!!" kata perempuan itu. "Makcik minta maaf bebanyak kiranya anak tak selesa ngan pandangan mak cik tadi.Makcik bukannya apa, cuma wajah anak ni serupa macam arwah anak makcik yang meninggal bulan lepas" Mendengarkan kata-kata perempuan tua itu barulah dia faham kenapa perempuan itu asyik memandangnya. Timbul rasa kesian di hati lelaki itu.
"Oh, begitu ke ceritanya mak cik? Maaflah saya tak tahu. Ada apa-apa yang boleh saya bantu?"tanya lelaki muda itu. "Aaaa.... Mak cik ada satu permintaan kecil kalau anak tak keberatan" kata perempuan itu. "... Bila mak cik dah nak jalan keluar boleh tak anak lambai dan cakap 'babai...mak!!'? Terubat betul rindu mak cik jika anak dapat tolong sebab arwah anak makcik selalu buat macam tuh pada makcik".
"Oh boleh... Takde masalah,"kata lelaki muda tu. Setelah cashier memasukkkan semua barang-barangnya ke dalam plastik, perempuan tua itu pun berjalan keluar dan melambai tangannya ke arah lelaki muda itu.
Lelaki muda itu pun melambaikan tangannya kembali dan melaung "Bye! Bye, mak!!!!".
Setelah memerhatikan perempuan tua itu hilang dari pandangan dengan hati yang kesian, lelaki itu pun bergerak ke cashier untuk membayar barang-barangnya.
"Jumlah semuanya RM130.70 ye encik," kata cashier supermarket tuh. Terkejut lelaki tu mendengar kata-kata cashier tuh. "Eh, kenapa mahal sangat ni cik, saya beli barang sikit jer macamana plak sampai seratus lebih ni?"tanya lelaki itu. "Habis tuh mak awak kata awak nak bayarkan untuk dia sekali!" kata cashier.
Moral dalam cerita ini : Jangan terlalu percaya kat orang yang korang tak kenal !!
P/S- thanks and credit to who create this story..aRMaNiZaN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Response to "Lawak Minggu Ini.."
Post a Comment