Rakyat Malaysia
Posted in
Labels:
negara
|
Tajuk kawe kali ini agak patriotik sedikit. Kenapa ek? Sebabnya kali ini kawe nak tulis pasal sikap kita rakyat Malaysia berkenaan mematuhi undang-undang. Dan jugak keprihatinan, keikhlasan serta kesungguhan rakyat Malaysia dalam melakukan kerja yakni amanah yang diberikan kepada mereka.
Sebelum tu apa itu undang-undang? Mangikut wikipedia, (http://ms.wikipedia.org/wiki/Undang-undang) undang-undang merupakan satu sistem peraturan atau norma yang cuba diikuti oleh ahli-ahli masyarakat. Biasanya ini adalah peraturan sesuatu negara. Jika peraturan-peraturan ini dilanggar, orang yang melanggar peraturan tersebut mungkin dihukum atau didenda oleh mahkamah. Peraturan ini biasanya dibuat oleh pemerintah negara tersebut supaya rakyatnya boleh hidup, bekerja dan bersosial antara satu sama lain. Kadangkala, undang-undang juga dibuat oleh sekumpulan orang yang berfikiran sama. (wikipedia).
Kita sememangnya sedar negara kita punya undang-undang sendiri. Dari undang-undang yang besar sehingga sekecil-kecil undang-undang. Persoalan kawe kali ini ialah kenapa rakyat Malaysia sukar untuk mematuhi undang-undang??? Buka mata luas-luas kita akan dapat lihat di mana-mana ada sahaja manusia yang melanggar undang-undang.
Tak perlu melihat semua pelanggaran undang-undang yang ada di Malaysia, cukup sahaja merujuk kepada kes melanggar undang-undang jalan raya sahaja sudah dapat mencerminkan sikap sebenar rakyat kita. Kes seperti seperti melanggar lampu isyarat, memotong di double line, parking kereta sesuka hati, memandu laju, melintas jalan tanpa jejantas, dan masuk kiri atau kanan tanpa signal adalah beberapa kes jalanraya yang kita dapat lihat saban hari.
Apa yang kawe terangkan di atas adaah contoh mudah kes melanggar undang-undang. Apa yang kawe nak ceritakan ialah berdasarkan pemerhatian kawe sendiri, HAri ini tanggal 23 April 2011 kawe ke stesen KTM Sg Buloh untuk membuat kajian berkenaan peratusan pelanggan Komuter di stesen Sg Buloh mengikut ras kaum. Kawe berada di sana selama 4 jam dari 8 pagi sehingga 12 tengahari.
Sepanjang pemerhatian kawe, kawe dapat melihat beberapa perkara yang amat mendukacitakan kawe sebagai rakyat Malaysia. Pertama berkenaan larangan merokok. Sudah terpampang di stesen tersebut larangan "No Smoking" namun masih ada segelintir manusia terutamanya pemandu teksi di situ yang tanpa rasa segan merokok di situ. Yang kedua ialah koc wanita komuter turut dimasuki oleh penumpang lelaki. Jadi di sini kawe nak terangkan inilah sikap rakyat Malaysia yang mana sudah terang undang-undang telah diwujudkan namun mereka masih lagi ingkar dan melanggarnya.
Tidak tahu asama ada mereka sengaja atau benar-benar dungu untuk memahami peraturan yang telah ditetapkan itu. Kalau anda tak percaya, dipersilakan datang dan tengok sendiri di Stesen Komuter Sg Buloh. Atau di mana-mana stesen.
Kelemahan Bentuan Kepada Penumpang Di Stesen KTM Sg Buloh
Semasa kawe rakam gambar untuk kajian jumlah penumpang, kawe dihampiri oleh seorang petugas KTM yang berpakaian seragam biru. Dia bertanyakan kepada kawe apa yang kawe buat dan kawe menjelaskan kawe menjalankan kajian jumlah penumpang Komuter untuk projek asaiment. Lelaki tadi menjelaskan yang tidak dibenarkan mengambil gambar di stesen tersebut. Lalu selepas berunding lalaki tadi setuju untuk bertanya kepada PIC (Person IN Charge) nya adakah kawe boleh meneruskan ambil gambar di stesen itu (just for my research). Kemudian lelaki tersebut memberitahu kawe yang kawe boleh meneruskan kerja kawe. Terima kasih kepada PIC stesen KTM Sg Buloh.
Apa yang kawe keliru ialah, tiada sign board, tiada larangan bergambar hatta bertulis yang tidak boleh mengambil gambar di stesen tersebut. Jadi, adalah normal kalau kawe mengambil gambar di situ. Namun, apa yang kawe kesalkan ialah kenapa driver teksi yang merokok di situ tidak pula mereka tegur. Sedangkan terpampang board "No Smoking". Adakah kerana pengurusan stesen takut? Atau kerana driver teksi di situ adalah kawan mereka menjadikan mereka kebal dai undang-undang? Korang pembaca fikirlah dengan otak dan akal yang waras. Ada ka patut?
Dan paling kelakar, petugas KTM yang tegur kawe mungkin takut kawe rakam gambarnya yang tidak buat kerja kot. Dia hanya berada di tempay keluar masuk mengutip tiket apabila ada KTM sampai sahaja. Selepas itu, terus masuk ke dalam stesen dan berborak-borak dengan petugas di kaunter tiket dengan hati yang girang gembira. Sedangkan di luar, ada penumpang yang mengalami kesukaran seperti tidak tahu mana satu platform yang mereka perlu tunggu komuter, tak pandai menggunakan tiket, tiket bermasalah dan bermacam hal lagi memerlukan petugas KTM membantu mereka. Ini tidak!!! Petugas tidak membantu pelanggan dengan sewajarnya.
Malah, petugas di kaunter hanya memandang dan seolah-olah menonton cerita lucu bila ada penumpang yang pening untuk menggunakan tiket untuk masuk ke platform. Macam apa yang berlaku tadi ada beberapa kali penumpang warga emas dan yang tak pernah naik komuter yang memasukkan tiket tetapi tidak dapat dibaca (error) tiket mereka menyebabkan beberapa kali dicuba tetapi tidak boleh masuk ke platform. Kawe hanya memerhatikan kalau-kalau petugas di kaunter membantu tetapi dia hanya tengok dan tersengih macam kerang basi. Kawe lah tadi yang membantu mereka semua. Bukan nak bagitau yang kawe ni baik, tetapi atas dasar kesian dan kita sesama manusia perlu membantu semampu yang dapat, kawe pun tolonglah sekadar terupaya.
Hari ini, kawe yang berdiri selama 4 jam di situ lah menjadi sumber rujukan penumpang komuter. Mereka mungkin fikir kawe pekerja KTM kerana 4 jam kawe BERDIRI di situ menjalankan pemerhatian kawe. JAdi, seeloknya, KTM Sg Buloh lebih sensitif kepada penumpang dan lebih peka serta mesra penumpang.
Apa yang nak disimpulkan di sini. Banyak lagi perlu dibaiki minda kita rakyat Malaysia. Amatilah slogan "Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diautamakan" yang di perkenalkan PM kita. Baik dalam mematuhi peraturan atau dalam melaksanakan tugas, perlulah ikhlas kerana dalam kubur nanti apa yang kita lakukan akan disoal malaikat dan diperhitungkan oleh ALLAH S.W.T di akhirat. Sekian wallahualam....aRMaNiZaN.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Response to "Rakyat Malaysia"
Post a Comment