Lawak Minggu Ini...




Singa Yang Baik

Pada suatu hari seorang pemburu sedang berburu di dalam hutan. Di tengah jalan, dia bertemu dengan seekor singa yang ganas. Dalam ketakutan, dia pun berdoa kepada Tuhan. Ketika dia mengintai melalui celah matanya, dia melihat bahawa si singa itu juga sedang berdoa.
Pemburu : Ah, singa yang baik! Selamatlah aku dari menjadi mangsanya!
Singa : Ya, dan singa yang baik juga akan berdoa sebelum makan.


Tidak Melihat


"Adakah kamu tidak melihat lampu merah?" tanya seorang polis kepada seorang mat motor.
"Saya lihat, Encik."
"Lalu kenapa kamu tidak berhenti?"
"Saya tidak melihat Encik."

Tidak Tahu Bagaimana Mengurus Anak

Seorang anak kecil berkata kepada ayahnya: "Papa,saya sedih kerana Mama tidak tahu bagaimana mengurus anak."
Papa : "Kenapa kamu cakap begitu?"
Anak : "Ya...kerana mama selalu menyuruh saya tidur malam hari saat saya belum mengantuk dan membangunkan saya pagi hari saat saya masih mengantuk."


P/S- thanks and credit to who create this story..aRMaNiZaN
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS
Read Comments

0 Response to "Lawak Minggu Ini..."